▼ 42 ; Anonymous Wave

609 92 8
                                    

Dalam keadaan yang cemas begini, mulalah panik aku menyerang. Jantung berdebar semacam. Sentiasa rasa tak sedap hati. Laksana perkara buruk bakal menerpa bila-bila masa sahaja.

Semua orang tidak fikirkan tentang hiburan, latihan, makan, tidur atau apa-apa sahaja. Mereka sedang bersiap sedia. Untuk apa jua yang bakal melanda dalam masa kurang daripada 24 jam.

Aku tak menjangkakan hal ini.

Segera aku mencapai M249 Warfighter dari rak senjata. Pelurunya aku isikan sepenuhnya. Semua kelengkapan lain aku sediakan. Fikiran aku serabut. Bermacam-macam kemungkinan menyerang minda. Aku jadi tak tentu arah.

"Semua Daredevils diminta untuk ke Main Hall sekarang! " arahan dari speaker terus menyedarkan aku dari lamunan yang lama.

Arahan sebelum ini yang mengatakan berkumpul pada jam terakhir countdown tersebut terbatal. Semua ahli Daredevils berpusu-pusu menuju ke Main Hall.

Beratus-ratus orang membanjiri dewan terbuka tersebut. Hyuk dan Aries berada di situ, bersama beberapa orang saintis yang mengkaji kapsul CLYD tersebut.

"Tuan, kiraan kapsul ini semakin pantas. Dan gelombangnya semakin kuat. " ungkap saintis tersebut dengan nada risau dan cemas.

Gelombang.. Apa?

Dahi Aries berkerut seribu. Tertekankah dia? Apa yang berita yang bakal dia sampaikan?

"Baiklah. Perhatian semua Daredevils, " Aries memutuskan katanya dan mengeluh sejenak. Wajahnya pucat merisau. Buat kali pertama aku rasa kasihan padanya.

"Kiraan kapsul sedang semakin pantas dan terdapat sebuah gelombang yang keluar dari kapsul ini. "

Sunyi. Sepi. Tiada bunyi mencalit di telinga.

"Gelombang tersebut telah menarik perhatian banyak jenis mutant untuk menuju ke sini. Tiada pilihan lain selain berpindah. Tinggalkan kapsul itu dan cari petempatan baru. " Hyuk pula menyambung apabila Aries kelihatan terlampau tertekan. Dia tak mampu berucap pada ketika ini.

"Bersedia untuk apa jua halangan yang kita akan hadapi. Kita-- "

TING!

Secara tiba-tiba, aku merasakan satu jentikan yang amat menyakitkan dari dalam kepalanya. Apa yang Aries katakan sebentar tadi tidak sampai ke otak. Mata terpejam rapat. Menahan sakitnya entah apa yang tiba-tiba menyerang aku.

"Jungkook, kau okey?" Minso berbisik dari belakang. Aku hanya sempat menoleh sedikit, cukuplah untuk lihat sebahagian daripada muka Minso.

Hanya satu anggukan yang tidak meyakinkan. Itu apa yang aku balas.

Saat demi saat. Pandangan aku mula pudar. Namun, jantung bergerak dengan sangat pantas. Aku sendiri tidak memahami apa yang aku sedang alami.

"Jung—"

Sekelip mata, huru-hara menampar bangunan tersebut. Bunyi ngauman mutant kedengaran dengan kuat sekali. Tanah bergoncang kuat sehingga kebanyakkan Daredevils hilang keseimbangan.

"Apa benda tu?!" jeritan mungkin salah seorang yang paling dekat dengan aku.

"Kosongkan bangunan sekarang!" Aries melaung arahan dengan lantang sekali. Mereka semua tersentak, cuma sesaat. Pintu utama yang sangat besar dibuka secara automatik, membenarkan seluruh ahli Daredevils mengosongkan bangunan tersebut.

Aku berdiri pegun tatkala lautan manusia berlari keluar dari situ. Lantas, Minso mencapai tangan aku secara mengejut lalu dibawa bersamanya.

Aku mula menstabilkan penglihatannya. Jelas... ya, kini aku boleh lihat dengan jelas. Bunyi tapak kaki menghentak lantai berderu sepanjang Minso membawa aku lari.

Kami sudahpun berada di luar. Di bawah langit Omnus yang sentiasa suram. Aku dapat rasakan angin mengalir kuat walaupun tubuhku dilindungi sut.

"Yah, Jungkook!" Minso sekali lagi menyeru namaku. Mata terus teralih ke arahnya.

Sebelum sempat Minso berkata apa-apa, perhatian teralih ke arah padang yang tandus sekitar bangunan Daredevils.

Mutant. Mereka di mana-mana.

Dari pelbagai jenis dan spesies, mereka menuju ke satu titik. Ke arah mereka.

Mutant datang dari semua arah, mengepung Daredevils di kawasan Headquater. Terpana, semua terpana. Tiada tempat untuk lari lagi.

Pilihan yang ada, hanyalah lawan semula.

Serbuan mutant yang semakin dekat membuat aku mengangkat senjata. Biarkan sahaja orang ramai di sekeliling. Dari hujung telinga, kedengaran bunyi tembakan yang bertalu-talu dari jauh. Sebahagian Daredevils sudahpun bertindak.

Mata didekatkan dengan skop. Aku mengambil target mutant yang sederhana saiz. Mungkin masih berada 20 meter dari aku. Kemudian, aku menarik picu tanpa ragu.

Tup! Headshot.

Sekali lagi, aku mengambil target di belakang mutant tadi, yang kini sudah tidak bernyawa.

Tup! Tup! Tup! Tiga kali tembakan. Hanya yang kedua tersasar sedikit. Namun ia membuat seekor mutant rebah.

Tanpa aku sedar, orang lain di sekelilingnya mula menembak ke semua arah. Sedikit demi sedikit, tembok mutant itu menipis. Tetapi, ia bagaikan semakin mendekat.

"Fire in the hole!" sahut orang di sebelah. Tangannya melontar bom ke dalam kumpulan mutant di hadapan mereka. Aku segera menunduk, melindungi diri dari terkena tempias bom tersebut.

Bom itu meletup. Membunuh puluhan mutant. Aku melihat dengan mata sendiri, bahagian badan mutant tercampak ke merata tempat.

Ngeri, tapi bukan sekarang masanya untuk rasa jijik.

Aku berundur ke belakang apabila orang di sekeliling mula berpecah. Sekali aku memandang Minso yang masih di sisi, melawan untuk nyawa sendiri.

Dari ekor mata, aku mendapati seekor mutant menuju ke arah Minso. Dekat, ia sangat dekat. Aku bertindak dengan mencapai pistol dari pinggang. Ia diacukan ke arah mutant tersebut lalu lima biji peluru memamah tubuh mutant tersebut.

Semestinya Minso tidak perasan. Dia fokus menembak ke hadapan. Aku sekadar tersenyum sedikit. Suka fakta yang aku sekali menyelamatkan nyawa Minso.

Benteng di sebelah kanan bangunan sudah lemah. Mutant meluru tanpa henti, menuju ke arah bangunan Headquater Daredevils.

Aku menoleh ke belakang. Senjata dijatuhkan buat seketika. Aku menyaksikan mutant sedang menyerang bangunan Headquater, bukan manusia. Mereka mahu musnahkan bangunan itu!

Api amarah semakin kuat. Semakin memenuhi segenap badan aku. Senjata diangkat semula dengan gagah, menembak musuh di hadapan.

Laju peluru memamah setiap mutant yang datang ke arahku. Namun, aku tidak sedar bahawa bahaya sebenarnya datang dari arah belakang.

Mutant merobohkan bangunan Headquater Daredevils. Semua orang lari bertempiaran, menyelamatkan diri dari runtuhan itu.

Tetapi bodohnya aku masih statik di kedudukan yang sama.Aku hanya berpaling sedikit, namun masih tidak nampak runtuhan yang bakal menimpa.

"YAH!! JUNGKOOK!!" teriak Minso.

Aku sempat memandang Minso yang sudah berada jauh daripada aku.

Dalam beberapa saat, figura Minso hilang dalam debu yang berterbangan.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon