▼ 45 ; Seperated

672 91 27
                                    

Aries melangkah ke arah Jungkook. Matanya memandang geram.

"Beritahu aku, Jungkook. Apa yang kau simpan selama ni?"

Setiap manusia di situ terkedu mendengar pertanyaan Aries. Membuat Jungkook tampak jahat.

Jungkook menelan air liurnya.

"Aku..."

Semuanya dah terbongkar. Tiada tujuan lagi untuk sembunyikannya.

"Cakaplah!" Aries akhirnya mengacukan sepucuk pistol tepat pada wajah Jungkook.

"Aku boleh faham mutant, dan mereka boleh faham aku. Itu yang kau nak aku katakan?" darah Jungkook semakin menyirap. Kali ini, dia tidak mahu menjadi orang asyik menurut sahaja.

Kali ini, dia memberontak.

"Kau masih hidup selepas banyak kehilangan darah. Kemudian, kau entah macam mana boleh bercakap dengan mutant. Kau ingat aku akan percayakan kau? Kau macam sembunyi identiti sebenar kau dari kita semua, Jungkook." suara Aries mengeras. Geramnya dia sehingga wajahnya merah padam.

"Sumpah! Aku tak tahu macam mana aku boleh faham mutant. Aku baru tahu sewaktu aku jalankan misi!" Jungkook mengertak. Mempertahankan dirinya.

"Kau sepatutnya dah mati dengan Daredevils lain. Beritahu aku perkara yang sebenar, Jungkook. Macam mana kau masih boleh hidup?"

Jungkook tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu jawapannya. Wajahnya menahan daripada menunjukkan sebarang emosi. Dia tidak mahu letuskan apa-apa sengketa di tengah-tengah kawasan yang luas dan kosong itu.

"Bunuh aku, Aries." rintih Jungkook. Semua orang tersentak, termasuk Aries sendiri.

"Bunuh aku kalau kau tak percayakan aku."

"Dengar, aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh hidup. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh berkomunikasi dengan mutant. Dan aku sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku dalam badan aku. Jadi macam mana aku nak yakinkan kau untuk percayakan aku, Aries?" rintih Jungkook. Tangannya mengenggam pistol Aries lalu menekapnya pada dadanya sendiri.

Aries menghela nafas panjang. Wajahnya menahan amarah yang membuak.

"Kalau aku bunuh kau, ia hanya akan buat aku sebiji macam CLYD, yang bunuh mak aku. Lebih baik aku bunuh dia daripada aku bunuh kau."

Aries menjatuhkan tangannya. Jelingan tajam memamah Jungkook sebelum Aries melangkah ke dalam salah sebuah kereta.

Senyap. Tiada apa-apa yang mereka bualkan dalam ketiga-tiga kereta. Yang duduk di belakang kereta tanpa berbumbung juga tidak berbual walau sepatah. Apa yang mereka baru sahaja lihat tadi, adalah terlalu membingungkan.

Tempat yang mereka sedang lalui itu diselaputi dengan lapisan salji yang nipis. Keadaan sejuk itu menegangkan lagi suasana selepas konflik tadi.

Jungkook duduk di bahagian belakang. Bersama dua orang lagi rakannya, Seokjin dan Sua. Seokjin hanya menjatuhkan pandangannya, manakala Sua pula memandang pemandangan sebuah gaung di sebelah kiri mereka.

"Aku masih percayakan kau, Jungkook." Seokjin tiba-tiba berkata. Jungkook menoleh, memandang dengan penuh harapan.

"Abaikan apa yang Aries katakan. Dia kadang-kadang jadi gila sikit." Sua menambah.

Jungkook tersenyum sesaat. Lalu mengangguk. "Mungkin aku yang melebih tadi." katanya.

"Aku akui yang kau agak melebih tadi." Seokjin menyilang tangan di dadanya.

"Ini cuma nasihat. Jangan berlagak berani bila kau berurusan sendirian dengan Aries. Dia... tak boleh diramal mana. Mungkin dia main pilih je sama ada mahu bunuh kau atau tak tadi." lelaki itu menyambung.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now