▼ 33 ; Dark Past Memories

1.2K 168 9
                                    

Larian anak kecil di dalam hutan sepatutnya amat sukar. Tetapi bagi aku yang berumur lima tahun itu, ia amat mudah bagi aku. Setiap larianku melalui denai hutan itu cukup lancar.

"Hei, budak! Jangan kau berani nak lari! " suara pengganas yang mengejar aku itu benar-benar menggerunkan. Aku langsung tak pandang ke belakang.

Dahulu, kampung halaman aku hanya bandar kecil yang aman dan makmur. Tapi selepas pengganas mula bertapak di situ, ramai penduduk yang dibunuh dengan kejam. Termasuk ibu bapaku.

Aku menjelajah ke dalam rimba yang tebal itu. Tak banyak yang aku nampak, hanya pokok dan akar yang menjalar. Setelah lama melarikan diri, kaki aku mula penat. Langkah seribuku mula perlahan. Teriakan pengganas di belakang semakin kuat kedengaran.

Dan tepat pada masa itu juga aku tersadung pada akar menjalar. Pergelangan kaki aku luka teruk apabila aku dapati akar itu berduri. Aku meraung sakit.

Tiba-tiba, tangan aku dipegang. Wajahku didongakkan ke atas.

Seorang wanita serba hitam memenuhi ruang pandanganku. Rambut perangnya diikat ke belakang, samar-samar cahaya menembusinya. Dia memandang kasihan kepada aku.

Dia bantu aku bangun. Wajah aku yang sedang ketakutan dia tatap.

"Mujur perempuan ni tangkap dia. " pengganas yang mengejar aku tadi mula menghampiri. Tubuh kerdilku terus bersembunyi di belakang wanita itu.

"Bagi kami budak tu! " suruh salah seorang daripada mereka. Debar di jantungku semakin kuat. Tolonglah.. Selamatkan aku.

"Apa yang kau dah buat padanya? " tangan wanita itu menyentuh lembut kepalaku. Tanganku menggigil apabila mereka memandangku dingin.

"Dia cuma larikan diri daripada kem. Mak ayah dia dah risau tu. " katanya.

"Tipu! " jeritku dengan kuat. "Kau bunuh mak ayah aku! "

"Diamlah budak! "

"Kau yang perlu diam. Atau aku yang diamkan engkau. " wanita itu mengeluarkan sepucuk revolver dari belakangnya. Kemudian dia acukan pada pengganas tidak bersenjata itu.

Semua mengangkat tangan, tanda menyerah diri.

"Kita selesaikan dengan cara elok. Minta maaf pada budak ni. " wanita itu pandang sekilas ke arahku. Wajah pengganas itu berubah.

"Kenapa pula kam-- "

Tang!

Peluru ditembak dari revolver terkena pada dada pengganas itu. Dua orang lagi rakannya tergamam.

"Minta maaf. Sekarang! " wanita itu menunjukkan belangnya.

"Kami mohon maaf, budak. " serentak mereka bersuara. Aku menelan air liur. Tak mungkin pengganas sekejam mereka ini ikhlas meminta maaf.

"Bawa mayat kawan kau pergi. Ini baru amaran pertama. Jangan jejak kaki di sini lagi kalau tak mahu berdepan dengan aku. " arah wanita itu dengan tegas. Dua orang yang sedang terkial-kial mengheret mayat rakannya itu aku tenung. Debar aku terus hilang.

Wanita tadi bawa aku pulang ke tempatnya. Aku menyaksikan sebuah bangunan agam. Langkah kecilku dipercepatkan. Dia membawa aku masuk. Namun, tiada banyak perabot pun yang ada di situ. Ruang yang luas itu hanya membawa kepada sebuah lif.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now