▼ 10; The MS Room

1.2K 194 17
                                    

"Jungkook! Fokus! " jerit Tyler dengan kuat. Jungkook bernafas dengan berat. Tubuhnya sakit dikerjakan Minso dalam latihan itu.

Jungkook langsung tak menyerang, sebaliknya mempertahankan diri. Dia sudah terlalu penat untuk teruskan latihan tersebut, tetapi Tyler tetap memaksa Jungkook untuk melawan.

Minso melepaskan satu tumbukan tepat ke wajah Jungkook. Sempat dia menepis sebelum dia rebah ke lantai.

Tyler berjalan menghampiri mereka berdua. Jungkook yang sudah terlentang dan Minso yang duduk di sebelah Jungkook, juga keletihan.

"Aku dah buat yang terbaik, tuan. " Jungkook berkata apabila dia perasan Tyler berada di sisinya.

"Kau ingat terbaik kau cukup untuk survive kat sini? Untuk OSP? " Tyler menyindir. Jelas ketidak puasan hatinya pada Jungkook.

"Sejak akhir-akhir kau asyik hilang tumpuan, " tutur Tyler dengan kuat, sampaikan Yena dan Miya yang sedang berlatih pun berhenti seketika dan menadah telinga.

"Maaf, tuan.. " Jungkook duduk lalu memandang ke bawah. Dia tak mampu lihat muka kecewa Tyler.

Selepas beberapa ketika, Tyler beralih kepada Shen dan Eunseong di sudut yang lain. Jungkook mengangkat muka dan menoleh ke arah Minso secara spontan.

"Aku tak boleh nak paksa kau untuk jadi hebat. Itu keputusan diri kau sendiri. " ujarnya. Jungkook hanya mampu membalas dengan keluhan letih.

"Pasukan kita sekurang-kurangnya mesti tempat ke 20 dan keatas dalam ranking dapat kelayakan dalam OSP. "

"Aku tahu.. " Jungkook bersuara.

"Aku tak nak tahu apa yang mengganggu kau, tapi lebih baik kau hilangkan gangguan tu segera. OSP boleh diumumkan tarikhnya bila-bila masa sahaja. " kata Minso lalu dia bangun dari stage  dan melangkah pergi.

"Hilangkan gangguan? " Jungkook tersengih. Macam mustahil saja nak hilangkan apa yang bermain dalam kepala Jungkook.

Selesai latihan pertama pada pagi itu. Seterusnya pada waktu petang pula, namun Jungkook tak pasti jika dia dapat menghadirkan diri. Dia takut untuk berdepan dengan Tyler selepas mengecewakannya. Penyelesaian bodohnya, dia pergi menghilangkan diri.

Hatinya tergerak untuk pergi ke MS Room, iaitu salah satunya kawasan larangan dalam Combat School. Dia ada rasa ingin tahu tentang apa yang ada di dalam bilik tersebut.

Jungkook berjalan, kononnya hendak menghilangkan diri ke kawasan yang dilaluinya semalam. Dia memerhatikan setiap lorong dan kamera CCTV yang dipasang di sekitar kawasan tersebut.

"Satu kat sini, ada dua kat situ. Dan satu lagi kat laluan lorong. " dia mengenal pasti bilangan kamera yang dipasang.

"Semua kamera kat sini merakam sudut 120°, jadi bahagian dinding ni akan jadi blind spot. " Jungkook menyapu tangannya pada dinding.

Dia memandang pula kamera seterusnya yang terletak kira-kira 4 meter di hadapan. Dia mengira ukuran langkah lalu mencari blind spot yang seterusnya. Kemudian, dia buah lagi kamera dibuat sama seperti yang lain.

Sebuah kamera yang merakam seluruh lorong ke pintu MS Room dengan jelas. Tak mungkin Jungkook dapat mengelak daripada dirakam.

Pergerakan Jungkook sengaja dilambatkan untuk rancangan sulitnya itu. Cuba untuk nampak tidak mencurigakan.

"Tak boleh jadi ni.. " bisik Jungkook.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now