▼ 43 ; Sacrifies

659 96 17
                                    

Sunyi. Tiada apa yang menggegarkan gegendang telinga. Malah, bunyi angin pun tidak ada. Jungkook mendengar sepi yang paling sempurna.

Pandangnya masih hitam padahal mata sudah terbuka. Tangannya terasa pedih yang amat. Sesuatu bagaikan menyengat ke dalam saraf.

Kepalanya juga terasa pedih. Sudah tiada tenaga untuk menggerakkan walau hanya seinci anggota badannya. Dada Jungkook naik turun perlahan-lahan, menahan rasa sakit yang sedang berdenyut kuat.

"Jungkook!"

Setitis air mata kepedihan menggelongsor dari mata, menuju ke telinga. Lega akhirnya dia dijumpai.

Dia terasa batu yang menghempap tangan kirinya itu terangkat. Udara dingin cuba menembus kulit.

Pandangan Jungkook kembali berwarna. Wajah Namjoon yang dia lihat dahulu. Tangannya diletakkan di bawah leher.

Jimin menolak batu yang menindih sahabatnya. Kemudian, dia mengerumuni lelaki yang cedera itu.

"Yah, tangan kau hilang banyak sangat darah ni!" Namjoon berkata, seolah-olah dia dapat mengira berapa liter lagi darah yang masih berbaki dalam badan Jungkook. Lelaki itu tersengih dengan bibir yang berlumuran darah.

Mata Jungkook semakin kuyu. Mukanya comot yang kotoran tanah bercampur cecair merah pekat.

Jungkook memandang tangan kirinya yang hampir kebas sepenuhnya. Seperti dia memakai sarung tangan merah. Langung tiada warna kulit kelihatan.

Dia mahu mengucapkan kata, hanya sepatah. Tetapi memang dia tidak larat lagi. Apatah lagi hendak bergerak.

"Kita kena bawa dia ke tempat selamat dulu. Mutant mungkin akan datang ke sini semula. Cepat, cari semua orang yang masih hidup." suara Aries kedengaran samar-samar sahaja.

"Naikkan dia ke belakang aku." Namjoon memandang Yoongi di sisinya. Dia bergerak dengan segera. Mengangkat tubuh Jungkook yang longlai ke atas belakang Namjoon.

Jungkook dapat merasakan sehelai kain membaluti tubuhnya. Dari situ dia mendapat kehangatan. Sakitnya kini berkurangan, terutamanya di kepala.

Sebaik sahaja dia sedar, Yoongi berada di sebelahnya. Membersihkan senjatanya dengan kain buruk. Wajahnya yang pucat kelihatan comot dengan kotoran.

Rambutnya hampir menutupi mata. Mana mungkin dia boleh lihat Jungkook yang sudah sedar.

Dia cuba bangun. Tangan kanan menolak badan ke atas.

"Sakit?" ucap Yoongi secara tiba-tiba. Senjata yang dipegangnya ditolak ke tepi. Lelaki itu melirik mata kepada Jungkook.

Hanya dua kelipan mata sebagai jawapan. Yoongi menganggap itu sebagai dia tidak faham apa yang cuba disampaikan.

"Tangan kau tu... rasa sakit lagi tak?"

Jungkook memandang tangan kirinya. Berbalut. Warna merah serba sedikit bertompok. Namun, dia tidak langsung merasa sakit.

"Tak..." balas Jungkook dengan nada yang sangat perlahan.

"Baguslah. Kau banyak sangat hilang darah tadi sampai kau mungkin tak dapat diselamatkan. Tapi Aries suruh juga rawat kau."

Jungkook memandang sekeliling. Di hadapannya terdapat sebuah tingkap yang sudah retak. Sebahagian daripadannya pecah dan hanya sedikit yang masih bertahan pada bingkainya. Langit di luar tingkap itu semakin cerah. Mungkin hari sudah bertukar siang.

Seokjin, Taehyung dan Minso duduk bersandar pada dinding berdekatan dengan pintu masuk. Wajah mereka kosong tanpa reaksi. Mereka tidak bercakap, malah mereka tidak memandang antar satu sama lain.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now