▼ 31 ; Araneida

1.2K 182 47
                                    

Kami pulang ke Daredevils HQ setelah 5 jam menjalankan misi semalam. Razor mutant sudah diambil sampel kulitnya dan dihantar ke habitatnya semula. Aku melepak sendiri di luar bilik. Menghirup secawan teh panas bagi menghangatkan badan. Ketika itu, aku lihat Yoongi sedang berlari ke arah bilik.

Mata Yoongi buat isyarat mata pada aku, yang menyuruh aku masuk ke dal bilik dengan segera. Aku terus akur dengannya. Pintu bilik kutolak untuk dia masuk terlebih dahulu. Kemudian, barulah aku melangkah masuk ke ruang bilik.

"Kita ada misi baru. Dan korang akan sukakannya. " tutur Yoongi sambil dia berjalan ke skrin.

Kesemua ahli pasukan berkumpul di tempat yang sama. Tangan Yoongi lincah membuka beberapa fail untuk ditunjukkan kepada pasukannya pada skrin tersebut.

"Aries beri kita misi Attacker kali ni. Ini Araneida Mutant. Ini hanyalah satu daripada Rhodens, mutant perosak. Sengatan mereka sangat berbisa dan bertoksik. " tunjuk Yoongi pada imej yang ditayangkan.

Aku lihat mutant perosak itu. Tak boleh bayangkan benda tu wujud. Mutant labah-labah hitam dengan badan yang seumpama manusia? Tak mustahil ke?

"Araneida baru sahaja menyerang habitat mutant lain. Pada masa yang sama, mutant tu pun akan berevolusi dengan toksik yang Araneida bawa. Tiada cara lain selain bunuh mereka. " katanya. Aku menelan air liur.

Entahlah.. Aku tak pasti jika aku boleh jalankan misi ini dengan mudah. Ia terlalu kejam untuk bunuh sesuatu. Misi sebelum ni pun aku teragak-agak untuk tembak ubat penenang. Inikan pula nak membunuh.

"Semua faham? "

"Jungkook? " aku mengangkat kepala. Kelihatan Yoongi memandang serius kepada aku. Orang lain juga begitu.

"Kau okey? Atau ada benda mengganggu fikiran kau? " soal Yoongi. Aku menggeleng pantas.

"Tak.. Tak ada apa-apa. " jawabku dengan tenang.

"Bagus, sebab kita perlu gerak sekarang. Semua bersiap. 5 minit lagi kita berkumpul di Weapon Room. "

Aku mencapai AKM12 Warfighter dari rak. Revolver juga kusempat capai sebelum pasukan Silver Clan beransur-ansur keluar dari Weapon Room. Kami sepasukan terus menuju ke Hangar.

Kami terus menaiki dua buah trak untuk pergi ke lokasi misi. Sepanjang perjalanan, aku membisu. Sering kali mereka menyoal keadaanku, namun hanya kujawab dengan 'tak ada apa-apa'.

Sejujurnya, aku takut. Aku takut jika aku meneruskan misi ini, aku akan menjadi sebahagian daripada mereka. Pembunuh.

Namun, aku di sini dengan matlamat yang jauh sekali perbezaannya dengan orang lain. Aku mesti ingat dan pendam dalam-dalam.

"Kita hampir sampai. Bersedia, semua. " arah Yoongi. Aku mengangkat wajah lalu memandang ke luar. Suasana suram sedang terpapar di mataku.

Dari jauh aku melihat dari luar tingkap. Trak ini sedang dipandu ke arah sebuah runtuhan. Aku cuba membuat andaian. Mungkin dulu ia sebuah bangunan yang berdiri kukuh. Atau ia hanyalah sampah bangunan lain. Bagaimana ini boleh jadi habitat kepada mutant?

"Yoongi kepada Aries, jawab Kapten. "

"Aries di sini, over. "

"Mutant asal dah larikan diri dari habitat disebabkan Araneida. Hantar pasukan untuk kumpulkan mereka semula. "

"Roger that, "

Sejurus selepas itu, Yoongi memberi isyarat kepada semua orang untuk keluar tanpa melakukan sebarang bunyi.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now