▼ 39 ; Small Dangerous Capsule

1.1K 150 17
                                    

Sambil Aries berjalan mengetuai pasukan kami ke Hangar, dia tak berhenti memandang persekitaran dengan anak mata seramnya itu. Lelaki dengan Heterochromia memang menakutkan.

Untuk misi pencarian pertama, kami perlu mengembara ke Abandoned City. Tempat di mana klu pertama CLYD dijumpai. Aku berpendapat, perlukah pergi sedangkan klu itu sudah bertahun lamanya. Masih adakah yang tertinggal?

Bila teringat semula kedudukan Abandoned City dalam peta Omnus, ia terletak sangat berhampiran dengan Red District. Nampaknya kami akan mengembara jauh hari ni.

Sebuah helikopter di luar sedang menunggu ketibaan kami sepasukan. Bunyi bilah yang berputar memekakkan telinga. Pemandu helikopter tersebut membuat isyarat untuk semua orang berangkat. Seorang demi seorang melangkah masuk ke dalam.

"Perjalanan kita agak bahaya walaupun menggunakan helikopter. Ada ramalan akan ada ribut di kilometer 145 di sebelah barat. " seorang lagi kru helikopter tersebut melapor.

"Belok pada kilometer 103. Dari situ, terus cari jalan untuk ke sana. " balas Aries. Karisma dia menyinar apabila dia menjalankan tugas dengan yakin.

Aku mengambil tempat duduk di hujung helikopter. Tempat yang lebih jauh daripada Hyuk. Ya, masih lagi aku tak beri kepercayaan kepadanya. Dia masih musuh, sehingga dia bawa kami keluar dari sini. Aku syak dia masih ada muslihat lain terhadap kami semua.

Pengembaraan selama 3 jam itu cukup untuk buat aku hilang tumpuan. Sudah beberapa kali aku rasa mabuk disebabkan pergerakan helikopter yang sentiasa tidak stabil. Namun sebagai seorang Daredevils, aku tetap perlu bersedia tak kira apa jua kecemasan yang bakal berlaku. Tak ubah seperti askar kerajaan.

Penerangan Aries tentang Abandoned City  sepanjang perjalanan cukup mengangumkan.

"Ia diinspirasikan daripada Hashima Island di Jepun. Atau lebih dikenali sebagai Battleship Island. Bandarnya lebih kurang 92% sama dengan yang sebenar. Sebenarnya di situ tempat di mana mutant yang Daredevils tahan dikaji. Tetapi, ia terlalu bahaya untuk para saintis dan pengkaji yang lain. Lebih kurang 70 orang saintis terkorban akibat kerosakan organ dalaman, berpunca daripada gas toksik di situ. "

Wanton gila! Memang gila! Mereka korbankan hampir seratus nyawa hanya untuk penyelidikan mutant bodoh sebegini? Bagaimana pula dengan Daredevils? Berapa ramai pula yang terkorban demi projek teruk ini?

Lamunan aku terhenti sebaik sahaja helikopter selamat mendarat di atas tanah. Aries terlebih dahulu turun kemudian diikuti oleh Sua dan Hyuk. Seterusnya, ahli pasukan melangkah keluar dengan pantas.

Abandoned City.

Inilah yang Aries ceritakan sebentar tadi. Tempatnya besar, memang besar. Lebih kurang 2 kali ganda HQ Daredevils.

Aku memerhatikan tanah di sekitar kawasan ini. Tanah yang sedang kami pijak ini jauh lebih cerah berbanding tanah yang jauh nun di sana. Rasanya itulah Red District yang dikhabarkan. Kosong, gelap dan menyeramkan.

"Pasukan, berkumpul! " kami menerima arahan daripada speaker dalam helmet. Suara Aries menyerang segenap gegendang telingaku. Nyaring dan dingin sungguh bunyinya.

"Kita akan jelajah tempat ni. Aku akan bawa kamu semua ke tempat terakhir CLYD ditemui. Walau apapun yang berlaku, tolong jangan sesekali berpecah daripada kumpulan. Faham? "

"Ya! "

Aries memulakan langkah, memasuki kota yang besar ini. Sedikit sebanyak aku terasa aura seram tempat ini. Walaupun tiada hidupan di sini, aku rasa seperti terancam. Tak ubah seperti dalam cerita hantu.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora