▼ 1 ; Never See Us Again

3.5K 292 123
                                    

A year after survived,

11:37 p.m.. Terdapat sebuah bangunan terpencil di tengah-tengah bandar, dikelilingi bangunan-bangunan yang lebih tinggi. Jimin, Namjoon, Hoseok, Yoongi, dan Taehyung sedang berkumpul di situ. Mereka mendapat mesej daripada Seokjin untuk berjumpa di situ. Tempat yang dimaksudkan ialah di tempat letak kereta dalm bangunan.

Hoseok duduk di atas simen. Kakinya ligat bermain pasir-pasir dan batu. Sepak ke sana sini. Dia mula bosan. "Kau rasa kenapa Jin hyung nak jumpa kita, kat tempat macam ni? "

"Entahlah. Aku pun tak pasti. " jawab Taehyung.

Kemudian, tiga buah kereta masuk ke dalam pekarangan bangunan itu. Hairan. Kenapa tiga? Dari jauh, mereka mendapati yang Seokjin berada di dalam salah sebuah kereta tersebut.

Seokjin keluar bersama pemandu-pemandu kereta dan orang lain di dalamnya. Hanya Seokjin sahaja yang berpakaian kasual, yang lain memakai tuxedo hitam yang formal.

"Hyung! Kenapa nak jumpa kat sini? " Namjoon terus mengemukakan soalan. Sambil itu, Seokjin melangkah laju ke arah mereka bersama orang yang datang bersamanya.

Mereka berhenti. Begitu juga dengan Seokjin. Situasi mula berubah, dari happy menjadi curious dan misteri. Seorang lelaki menampakkan wajahnya pada mereka. Sebaik sahaja wajahnya dilihat, mereka semua membuntangkan mata mereka.

"K-ketua? "

"Kita jumpa lagi, survivors.. " suara ketua memang tak berubah dari dulu. Hanya rambutnya sudah mula beruban sedikit. Namun, wajah sinisnya masih segar dalam ingatan mereka.

"Kau bukan dah mati ke?! Wanton dah meletup tahun lepas! " Hoseok menjerkah. Senyuman sinis ketua, siapa yang rindu? Tak, ia cuma menambahkan rasa geram dan dendam mereka.

"S-seokjin hyung.. Kenapa hyung datang dengan dia? Apa yang hyung buat ni? " Taehyung seakan-akan tak percaya akan situasi sekarang. Kepalanya mula memikir yang bukan-bukan.

Seokjin langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi. Senyum pun tak. Kelakuannya seperti robot, walaupun dia manusia.

"Aku hanya buat apa yang disuruh. " kata Seokjin dengan nada yang mendatar.

"Kau jangan marah Seokjin. Dia tak buat salah pun. Dia seorang yang patuh pada arahan. Arahan aku. " ujar ketua dengan tenang. Belakang Seokjin ditepuk seperti seorang kawan rapat.

"Sekarang, kamu semua perlu ikut kami. " Seokjin berkata lagi. Namjoon mengerutkan dahinya lalu memandang kawannya yang lain.

"Tak guna kau! Jangan paksa Seokjin buat kerja kotor kau tu!!! " Yoongi cuba menerkam ketua tapi dadanya ditahan oleh Namjoon. Dia disuruh bersabar dahulu sebelum bertindak.

"Kau.. dah berpaling tadah? Sekarang kau bekerja untuk dia? " Namjoon cuba menenangkan keadaan. Suaranya diperlahankan. Namun, Seokjin masih belum menjawab pertanyaannya serta merta.

"Kau bodoh. Seokjin dah lama berpaling tadah sejak aku culik dia daripada kamu semua dulu. Dia dah bersetuju untuk bekerja untuk aku. Aku hantar dia sebagai perisik untuk memantau pergerakan kamu semua dalam akademi ketika mutant dilepaskan dan selepas Wanton dimusnahkan. Ia sebuah perangkap yang kamu dah termakan umpannya tanpa disedari. Seokjin dah buat kerja yang bagus tahun lepas. Maklumat yang dihantarnya tepat dan jelas. Potensi Seokjin dalam berlakon menyebabkan aku mengambil dia sebagai perisik. Kau mungkin perasan yang Seokjin tahu banyak tentang mutant dulu. Aku rasa kau langsung tak nampak petunjuk kat situ. "

"DASAR PENGKHIANAT!! "

"Yah, ini semua untuk kebaikan korang. Kau perlu ikut kami sekarang? " Seokjin menyakinkan mereka lagi. Semakin lama Seokjin menyakinkan, semakin meningkat tahap ketidakpercayaan mereka terhadap Seokjin.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now