▼ 47 ; Mistrust

827 130 37
                                    

Jungkook masih lagi mengesat kotoran darah pada pakaiannya. Berada di sisi orang yang masih lena di tanah salji yang membeku ini bukanlah apa yang dia fikir akan jadi sebentar tadi. Sua masih bernafas, syukur.

Mata melirik ke arah tempat pertempuran tadi, tidak jauh dari situ. Bangkai-bangkai yang baru sahaja dia bunuh nampak masih hidup dalam imaginasi.

Samakah bunuh mutant dengan bunuh manusia? Adakah dia sudah layak dilabel sebagai pembunuh?

Sedikit rasa serba salah mencucuk dadanya.

Tangan Sua tergenggam sendiri. Dahinya mula berkerut. Bagaikan dia mengalami sesuatu yang dahsyat. Jungkook mula menghampiri Sua.

Sebaik sahaja gadis itu sedar, dia terus berundur ke belakang. Mata terbeliak memandang Jungkook tanpa sebab. Dadanya naik turun menelan nafas.

"Mana pedang aku?" terus Sua menyoal.

"Sua, kau okey tak?"

"Mana pedang aku?!!" dia berteriak dengan amarah yang membuak.

Jungkook mengambil pedang yang digunakan tadi lalu menghulurkannya kepada Sua. Bilah yang tajam itu bertukar tangan dalam sekelip mata.

Kini, ia berada dalam genggaman gadis itu. Sua menghunus mata pedang tersebut ke arah Jungkook. Lelaki itu tergamam sesaat.

"Siapa kau, Jungkook?"

Soalan yang sama ditanya. Aries dan Sua, kedua-duanya menyoal perkara yang sama. Debarannya juga sama. Tidak sempat langsung Jungkook menelan air liur, Sua merehatkan bilah pedangnya di halkum lelaki itu.

"Aku nak kau jujur kali ni!" Sua menjerkah lagi. Keningnya bertaut marah. Nafasnya menghembuskan wap yang sejuk. Wajah mereka hanya beberapa jengkal jaraknya. Jungkook seakan-akan tergamam, tidak berganjak mahupun matanya tidak berkelip.

"Macam mana aku nak jawab soalan kau kalau aku sendiri pun tak tahu?" Jungkook tenang membalas. Serik ditanya buat kali kedua. Tidak campur lagi dengan dia bertanya pada diri sendiri.

Sua dan Jungkook sekadar bertentang mata. Gadis itu sudah buntu cuba memerah jawapan dari lelaki ini. Boleh sahaja dia tamatkan riwayat Jungkook sekarang, tapi apa gunanya?

Dia dapatkah jawapan jika Jungkook mati?

"Aries... hilang ibu dia sebab CLYD. Aku hilang kapten aku sebab CLYD. Semuanya! Semuanya bertarung nyawa sebab mutant jahanam tu!" Sua mula mengalirkan air mata. Deras cecair jernih turun melalui pipinya, terus ke garisan rahangnya.

Pedang yang mengancam nyawa tadi terlepas dari tangan. Sua terundur ke belakang, lalu jatuh terduduk. Lutut ditarik ke dalam satu pelukan.

Jungkook masih statik. Tidak langsung dia cuba mendekati Sua. Sebak juga dadanya melihat keadaan gadis itu.

"Aku minta maaf, Jungkook..." suara Sua disertai dengan esak tangisannya. "Aku cuba nafikan... tapi itu yang aku nampak."

Lelaki itu bingung serta-merta. Apa yang Sua tuturkan langsung tidak masuk akal baginya. Jungkook mahu berganjak. Dia mengambil satu tapak ke hadapan, menghampiri gadis itu.

"Apa yang aku nampak memang tak logik. Tapi entah kenapa aku percaya."

"Apa yang kau cakapkan ni, Sua? Kenapa kau minta maaf? Apa yang kau nampak?! Boleh tak kau jangan buat aku keliru macam ni?!" Jungkook hampir naik angin. Nadanya meninggi seraya bergema di dalam ruang gaung itu.

Hujung telinga menangkap bunyi roda meluncur di atas lapisan salji. Mereka berdua menoleh serentak. Tiga buah kenderaan laju meluru ke arah mereka lalu berhenti beberapa langkah daripada mereka.

Hyuk dahulu yang turun dari situ. Dia menutup pintu kereta lalu melangkah perlahan. Matanya terbeliak melihat bangkao-bangkai yang berselerak. Warna darah yang bercampur dengan salju agak menambah sedikit rasa seram.

"Sua!"

Aries melompat turun dari kereta lalu mendapatkan Sua dengan pantas. Kedua-dua bahu Sua didakap erat.

"Apa dah jadi dekat sini?" ahli pasukan yang lain turut mengosongkan kenderaan. Mereka berkerumun di sekeliling Jungkook dan Sua.

"Aku terkejut kau berdua selamat runtuhan tadi. Jauh kita orang pusing untuk dapatkan kau berdua." Seokjin mengomen. Sedangkan situasi sedang tegang pada ketika itu.

"Kau dua orang tak cedera?" Jimin mencelah ringkas. Sua menggeleng, Jungkook tidak menjawab. Matanya enggan memandang mereka semua.

"Aku nampak CLYD." Sua bersuara serak selepas semua tangisan tadi. Mereka semua memandang serius pada gadis itu. Termasuk Jungkook.

"Memori kau dah kembali, maksudnya?" soal Minso. Pantas Sua mengangguk.

"Aku nampak dia masa dia bunuh Kapten Lee." tangisan Sua kembali menerus. Tutur katanya seakan-akan tersekat di celah kerongkong. Masih banyak yang mahu diperkatakan. Tetapi mulut itu tidak pula terbuka.

"Macam mana rupa dia?" Yoongi turut bercangkung di sisi Sua.

Sua memandang tanah dengan satu pandang kosong. Sunyinya beberapa saat membuat semua orang tertunggu-tunggu. Pada satu detik, Sua mengangkat kepalanya. Kedua-dua belah anak mata mencari wajah Jungkook.

"Jungkook."

"Rupa dia macam Jungkook."

Semua orang memanah renungan tajam pada lelaki itu.

"Aku?!"

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now