▼ 23 ; The Fight Deal pt.2

1K 181 27
                                    

Tinggal beberapa minit lagi sebelum genap sejam mereka berada di dalam arena. Kini, tinggal dua pasukan yang tinggal. Biru dan jingga. Semua orang sudah penat mengerah tenaga. Tetapi, perlawanan tetap perlu diteruskan.

Tetapi, acara sudah berubah. Masing-masing tidak dapat menemukan apa-apa kecuali musuh. Oleh itu, satu acara kecil dirancang untuk menamatkan pertandingan yang tidak berpenghujung itu.

Kedua-dua buah pasukan berada di atas pentas, saling berhadapan. Seorang pengadil diutuskan untuk mengadili acara tersebut. Syaratnya mudah, siapa menang empat daripada enam perlawanan menang

Tema acara masih dikekalkan, iaitu pertarungan. Minso dan ahli pasukannya mula memanaskan diri. Lawan mereka nampak lebih bagus daripada mereka. Malah, ranking mereka lebih tinggi.

"Deom versus Minso. Sila bersedia. " pengadil sudah mengumumkan pelawan pertama. Minso memandang ke arah lelaki yang digelar Deom itu. Dia sebenarnya langsung tak ingat apa-apa ketika datang ke sini. Malah namanya sendiri. Kemudian, orang menggelar dia Deom.

Deom sudah tiga tahun berada di Combat School. Bertubuh sederhana dan pantas berfikir. Dia lebih cepat belajar dan lebih banyak berlatih berbanding orang lain . Dengan IQ yang tinggi, dia berani menolak tawaran untuk ke Wanton Institute of Science dan menyertai Wanton Combat School.

Minso dan Deom mengambil tempat di dalam pentas. Mata saling bertentang. Kawan di luar, Musuh di dalam. Sepasang penumbuk dipasang pada tangan setiap mereka. Bersedia.

"Mula! "

Minso memulakan serangan. Walaupun penumbuk di tangan, namun kaki yang bergerak dahulu. Tekanan yang dibuat dikenakan ke atas lantai lalu tubuh Minso terapung di udara. Dalam detik tersebut, kedua-dua belah kaki Minso menendang pada pasangan penumbuk Deom.

Kulit jarinya calar akibat tapak kasut Minso yang bergerigi. Tangan Deom dilambai ke bawah, cuba menghilangkan rasa sakit. Sementara itu, Minso selamat mendarat di atas lantai pentas semula.

Inilah peluang Minso. Dia sudah menggangu penumbuk yang berkuasa itu. Hanya tinggal untuk menewaskan Deom.

Namun, Deom menyerang balas dengan lengannya didepakan, seperti hendak menggegarkan tengkorak Minso. Tetapi Minso lebih pantas. Walaupun IQ tak seberapa bijak, Minso tahu bagaimana untuk mengawal keadaan ketika belawan.

Minso menunduk lalu dia menaikkan kaki ke paras kepala Deom. Sepakan itu mengenai bahagian tengkuk.

Penonton terlopong. Sungguh tidak sangka sepakan tersebut menjatuhkan Deom dengan teruk ke lantai. Minso tidak tersengih, wajahnya kosong tanpa perasaan yang dilemparkan.

Deom tidak bangkit. Dia hanya membeku tanpa khabar. Matanya terpejam, namun dadanya masih laju menarik dan menghembus nafas. Pengadil tidak pasti jika dia hendak menamatkan perlawanan atau tidak.

Deom laju menepuk lantai secara tiba-tiba. Ya, itu tanda dia mengalah. Tangannya memegang tengkuk yang sudah merah.

Minso tersengih. Tetapi dia tidak boleh meraikannya sekarang. Masih banyak ahli pihak lawan yang sedang menunggu giliran.

Lagipun, dia tidak boleh lupa janjinya dengan Hyuk. Sekali pasukan dia tak lepas Semi Final, dia diharamkan untuk menyertai OSP.

"Dalam apa jua cara, kita mesti menang kali ni. " getus hati Minso. Semangat membara melepaskan aura perjuangan.

Minso sudah lepas. Kini, giliran Yena. Lawannya pula adalah Seyoo. Seorang gadis yang nampak sebaya dengannya. Dia pernah berlawan dengan Seyoo ketika Bro Battle. Pada masa itu, Seyoo kalah tetapi tidak teruk kecederaannya.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now