▼ 30 ; Razor Mutant

1.5K 195 67
                                    

"So, ini kawan kita yang baru? " Taehyung yang sedang berbaring bingaks bangun dari katilnya.

"Sekejap.. " salah seorang daripada mereka bersuara. Semua orang menumpukan perhatian pada Jimin.

"Minso? "

"Jimin hyung? " Minso membalas. Reaksi Jimin terus bertukar ceria begitu juga dengan Minso.

"Wah!! Akhirnya kau berjaya jugak!! " teriak Jimin lalu dia mendakap Minso seeratnya. Ahli Silver Clan yang lain turut teruja. Semua orang meraikan kedatangan Minso.

"Okey, short intro. Aku Jimin, Taehyung, Namjoon, Hoseok, Seokjin dan Yoongi si kapten pasukan. " katanya dengan teruja.

"Hyung, ini ahli pasukan aku kat Combat School. Jungkook dan Shen. " ujar Minso. Dua orang ahli baru itu menunduk hormat kemudian dibalas baik oleh mereka.

"Kita takde masa sangat ni. Kita perlu beri taklimat pendek pada mereka tentang misi esok. " Namjoon memutuskan perbualan mereka. Mereka semua bergerak ke sebuah sudut bilik itu di mana sebuah meja terletak.

Semua orang mengambil tempat di sekeliling meja tersebut. Namjoon selaku ketua pasukan duduk di hujung.

"Firstly, ketua Kwon ada beritahu tak tentang CLYD? " soal Namjoon. Juga menjadi persoalan di fikiran tiga ahli baru itu. Mereka mengangguk.

"Ya.. Apa bendanya CLYD tu? " tanya Jungkook kembali.

"Itu masalah paling besar. Kami pun tak tahu apa tu CLYD. " jawab Seokjin, menggaru kepalanya. Buntu.

"Wanton nak uji Daredevils sama ada kita ni cukup bijak untuk cari benda yang tak diketahui. Tapi, kami tak rasa ini ujian. " Hoseok mengangkat muka. Dia memandang semua ahli pasukannya dengan santai.

"Betul. Wanton terdesak untuk cari CLYD. Macam.. CLYD adalah satu benda yang penting buat Wanton. " sambung Jimin pula.

"Takkan takde langsung petunjuk atau jejak yang CLYD tinggalkan? " Minso tertanya-tanya. Susah manakah untuk mencari CLYD sehinggakan orang terkorban sana sini semata-mata hanya satu benda yang mungkin sekadar mitos?

"Ada. " Namjoon membuka skrin yang menghadap meja tersebut. Gambar petunjuk itu ditayangkan kepada semua orang.

"Lokasi terakhir CLYD adalah di Abandoned City sebelah utara. Lima tahun lepas, salah sebuah dinding diconteng dengan tulisan CLYD WAS HERE. " Namjoon menayangkan pada skrin. Ahli yang melihat mampu menongkat dagu sahaja.

"So, kat situ kita boleh tahu yang CLYD adalah benda hidup yang bergerak. Sama ada manusia atau mutant. "

Semua terdiam. Nak fikir apa? Semuanya dah terbentang pada skrin itu. Segala tekaan tak boleh gunakan satu bukti yang lemah itu. Seseorang mesti ambil tindakan.

"Sudah pasal CLYD, kita beralih pada misi kita esok. " Yoongi yang diam dari awal lagi terus memecahkan kesunyian berfikir mereka.

Dia bangun dari kerusinya lalu bergerak ke hadapan meja. Dia mendekati skrin lalu menukar tayangan.

"Aries beri misi Protector untuk kita. Esok. " Yoongi menyentuh-nyentuh skrin itu untuk membuka maklumat tersebut. Dalam beberapa saat, maklumat tersebut terus terpapar pada skrin.

"Ini Razor Mutant, level 27. Saintis Wanton katakan yang dia akan berevolusi ke tahap yang seterusnya pada hari esok. Data menunjukkan yang dia sedang menghampiri kawasan bertoksik tinggi, di mana kawasan yang sesuai untuk berevolusi. Razor mutant masih belum selesai dikaji, jadi dia tak boleh berevolusi. Kita kena ambil sampel kulit dan hantar dia ke habitatnya semula. Kita perlu berangkat pagi. Sebuah helikopter, dua buah trak dan motorsikal. " petah Yoongi berkata. Tiada seorang pun yang tidak memasang telinga.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsKde žijí příběhy. Začni objevovat