▽ 26 ; Mutant Chase

1K 174 15
                                    

Aku memandang senjata yang tersedia. Aku tahu aku tak boleh lama, perlu buat keputusan dengan pantas. Sesuatu yang besar sedang menghampiri, dan ia mungkin cuba cederakan aku.

Ia mungkin ujian yang dimaksudkan.

Aku mencapai sahaja sepucuk revolver dan sebilah pisau belati. Kedua-duanya aku simpan pada tali pinggang khas yang aku pakai. Tak lupa juga aku untuk capai beg ammo bersaiz kecil. Aku tak boleh bawa banyak, menyusahkan pula nanti.

Kaki aku lari ke ruang yang lain. Lari sejauh mungkin dari benda yang semakin mendekati itu. Benda itu mengaum lagi. Ngaumannya membuat lutut aku rebah. Sungguh kuat sehingga lantai itu bergegar.

"Kau boleh, kook.. " aku kata pada diri sendiri. Aku bangkit semula. Sekilas aku menoleh ke belakang.

Benda tu sudah jumpa aku.

Dengan imej sekilas tadi, aku dapat lihat mutant tersebut. Ia sempat memandang aku. Anggaran tingginya dalam dua meter setengah? Ya, memang besar dan itulah hakikatnya.

Aku perlu lawan makhluk tu. Lagi.

Aku memecut sepantas mungkin. Lalu aku membelok ke lorong yang lain. Aku dapat rasa yang ia ikut aku, tapi ia tak dekat mana.

Nafasku tercungap. Peluh mula membasahi dahi. Aku bersandar pada dinding, mengambil sisa tenaga yang masih berbaki.

"Kau pernah lawan mutant sebelum ni. Pasti kau boleh, Jungkook. " aku monolog lagi. Mengimbau kembali memori lama yang pahit. Aku tak boleh lupakannya. Lebih-lebih lagi dengan apa yang Hyuk lakukan pada kami, bertujuh.

"Lari, " aku memecut laju. Namun, mutant itu masih mahu mengerjarku. Dia masih nampak kelibat aku.

Aku mengeluarkan revolver yang tersimpan kemas di dalam saku. Sambil aku melangkah seribu, ia diacu pada mutant tersebut. Beberapa das tembakan dilepaskan dan dimamah tubuh mutant tersebut.

Ia rebah ke bumi. Namun, aku tahu sifat mutant. Peratus imunisasi badannya cukup tinggi untuk memulihkan diri dalam masa yang singkat. Jadi, aku perlu melarikan diri dari pandangan mata pemburunya.

Aku asyik memandang ke belakang, bimbang jika ia bangkit lalu mengejarku kembali. Aku merayau-rayau tanpa arah tuju. Semua lorong di sini amat mengelirukan. Seperti aku pernah lalui sebelum ini.

Hanya mengikut kata hati, kaki ini melangkah ke mana-mana sahaja. Namun, aku tak boleh buang masa. Ujian ini juga tentang masa.

Tidak lama kemudian, aku menemukan sebuah ruang yang besar yag dibanjiri dengan palang besi. Jalan di situ Agak mencabar. Sekali terhantuk pada palang besi itu, benjol setahun.

Mataku menangkap sesuatu. Terdapat sesuatu tergantung antara palang-palang besi itu. Aku terus menghampiri. Adakah ia mutant lagi? Atau salah satu daripada ujian? Atau hanya untuk membuat aku keliru semata-mata?

Seorang budak perempuan! Terbuntang mataku melihat dia digantung sebegitu rupa. Tangannya digari pada rantai besi yang tergantung pada siling. Badannya lemah. Baju gaun ringkas yang dipakainya juga nampak kotor dan lusuh. Rambutnya serabai bak puntianak.

Gari itu tidak berapa tinggi bagiku. Aku dapat mencapai dengan mudah. Aku mengeluarkan pisau belati yang dipilih tadi lalu cuba untuk membuka gari tersebut.

Anak itu tidak berkata apa. Aku tahu dia masih hidup, aku dapat dengan bunyi nafasnya yang lemah. Masa semakin suntuk dan aku masih pada kata kunci ketiga. Save. Mutant tadi mungkin sudah pulih dan kini menjejakku.

Aku menyelak rambut budak tersebut. Wajahnya comot dengan kotoran. Ada juga luka-luka kecik di sekitar wajahnya. Matanya tidak mampu dibuka langsung.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now