▽ 29 ; Hi, Hyung!

1.2K 183 20
                                    

Aku masih berada di atas helikopter. Aku, Shen dan Minso tidak bosan melihat ke luar tingkap. Memandang pandangan atas Omnus. Aku dapat lihat habitat mutant yang pelbagai. Ada yang aku pernah jumpa di akademi dulu, membuat aku tersengih mengingati memori lalu.

"Siapa nama korang? " tegur Sewoon. Perjalanan itu rasa membosankan, jadi dia mulakan perbualan.

"Jungkook, "

"Shen. "

"Minso. "

Sewoon tergamam. "Minso? Minso yang selalu join OSP tu ke? " soalnya. Minso angguk dengan ragu.

"Wah! Gembira dapat jumpa kau! Daredevils sebelum kau selalu cerita pasal kau. Tak sangka pulak kau dapat lepas OSP kali ni! " Sewoon mencapai tangan Minso lalu berjabat dengannya. Minso masih blank. Dia hanya mampu tersengih walhal dia benar-benar terkejut apabila mendengar yang namanya sudah terkenal di kalangan Daredevils.

"Kamsahabnida.. " ucapnya perlahan.

"Jadi, bagaimana keadaan di Wanton? Ketua Son masih berkuasa lagi? " Sewoon bertanya lagi. Maklumlah, sudah lama tak menjejak kaki ke Wanton. Muka kawan di sana pun belum tentu masih ingat.

"Ketua Son dah bersara. Sekarang, anak dia pulak yang naik jadi ketua. " tutur Shen. Sewoon mengangguk faham.

"Ahh.. Kwon Hyuk. Aku pernah dengar tentang dia. Tapi tak pernah lagi aku nampak dia. Sebelum ni, dia banyak habiskan masa sendiri je. "

Lama kami bersembang. Kemudian, penerbang helikopter mengatakan sesuatu.

"Ribut semakin dekat. HQ berada dalam dua kilometer lagi. Daredevils diminta bersedia. " suara itu keluar dari pembesar suara yang berada di dalam helmetku. Semua orang juga begitu.

Sewoon bangkit dari tempatnya. Dia melangkah ke bahagian belakang helikopter tersebut lalu mencampakkan beg kepada kami bertiga. Tindakan refleks yang tepat dan pantas menyelamatkan beg itu dari jatuh ke dasar helikopter.

"Sekejap lagi, kamu bertiga perlu terjun dari helikopter ni. " ujar Sewoon. Mata kami yang mendengar membulat.

"Se.. Seriuslah?! "

"Ya, aku serius. Gunakan payung terjun ni. Dalam satu minit korang akan jejak tanah. Kemudian, berlari ke HQ dengan segera. Jangan biar mutant bertembung dengan kamu. Gunakan rifle tu untuk kecemasan sahaja. " lelaki itu memberi penerangan pendek dan ringkas.

"Tiada lagi orang terkorban jika ikut arahan ni. Semua Daredevils baru perlu melalui benda ni. " lega sikit bila Sewoon berkata begitu. Janganlah tak jejak HQ lagi dah buat kubur kat sini.

Kami bertiga menggalas beg payung terjun tersebut. Rifle yang disimpan di sebuah sudut helikopter itu sudah kemas di tangan. Kami serentak berpaling ke wajah Sewoon yang asyik memandang keluar tingkap pintu helikopter.

"Perfect! " Sewoon berkata sambil membuka pintu helikopter tersebut. Penunjuk altitud memaparkan kedudukan mereka adalah 10,000 kaki dari tanah Omnus, yang anggarannya 3 km dari atas ke bawah.

"Hanya tarik tuil di sebelah kanan untuk buka dan tutup payung terjun. Tarik bila dah sampai pada 9,000 kaki. " katanya.

Logik Daredevils: terjun 10,000 kaki dari langit dan berlari 2 kilometer melalui segerombolan mutant yang berhabitat di situ bukanlah satu hal yang serius pun. Walaupun ia mampu meragut nyawa.

"Harap kamu semua tak gayat.. Good luck, greenies. " ucapnya dengan teruja.

Aku, tak teruja langsung.

Kini kami bertiga sudah sedia untuk melempar diri di udara. Rasa teragak-agak untuk melangkah hadir. Shen berada di hadapan sekali untuk mengambil giliran. Dia bertentang mata terlebih dahulu dengan Sewoon bagi mendapatkan semangat sedikit. Jika dia lemah semangat, boleh menangis dia di situ.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsМесто, где живут истории. Откройте их для себя