▼16 ; Encore Fight

1.2K 212 52
                                    

"Kita akan teruskan sehingga kau dapat buat dengan betul, Jungkook. Tak kisahlah berapa lama masa yang diperlukan. " Tyler menepuk kick bag yang disarungkan pada tangannya. Jungkook bangkit semula dari lantai.

"Teknik ni penting untuk menjatuhkan musuh dalam sekali gerak. " Tyler menyambung lagi, memberi semangat kepada Jungkook.

Sebaik sahaja Tyler menangkat kick bag, mata Jungkook menajam ke tepat di titik tengah kick bag tersebut. Tangannya menggenggam buku lima, manakala kakinya berhinjut-hinjut ingin melompat.

Jungkook melompat lalu kaki kanannya menendang kick bag tersebut. Tepat akhirnya. Jungkook mendarat dengan buku limanya dan lutut kanannya menghentam lantai.

"Kecilkan lagi badan kau, buat lagi. " arah Tyler lagi. Tubuh Jungkook yang bermandi peluh dan nafas beratnya tak dihiraukan oleh Tyler.

Jungkook tak ingin melambatkan proses latihan, walaupun dia sudah letih yang teramat. Malah, nak merungut pun tiada tenaga. Mengikut arahan Tyler, dia mengulang lagi pergerakan itu.

"Bagus, Kook! Sharp dan clean! " pergerakan sempurna Jungkook itu diberi thumbs up oleh Tyler. Jungkook tersengih dalam keletihan. Dia rasa puas hati dengan latihannya yang panjang itu.

"Tiada masa rehat, Jungkook. Ulang lagi. Kau akan lupa pergerakan ni nanti. "

Baru sahaja Jungkook ingin melentangkan badan di atas lantai. Jungkook bingkas bangun lalu mengulangi pergerakan itu selama 15 minit berturut-turut dan kesemuanya tepat dan sempurna.

"Baiklah, semua! Berkumpul! " Tyler menanggalkan kick bag di tangannya lalu dia menuju ke arah stage.

Keenam-enam ahli pasukan berkumpul dengan pantas tanpa ada seorang pun yang terhegeh-hegeh.

"Hari pertama latihan intensif OSP. Amacam? Penat? " soal Tyler. Tiada sesiapa yang mampu bercakap. Wajah setiap orang ada menyimpan seratus keinginan untuk tidur.

"Untuk pengetahuan semua, ranking kita naik dari nombor 41 ke nombor 37. Satu kenaikan yang tinggi. Syabas kepada semua terutamanya Minso. " kata Tyler lagi. Mereka bertepuk kecil manakala Minso pula tidak membuat apa-apa reaksi yang khusus.

"Dah seharian kamu berlatih. Jadi, malam ni dapatkan rehat yang secukupnya. Aku tak nak ada sesiapa pun yang tak sertai latihan sepanjang dua minggu ni. " pesan Tyler, kemudian pasukan itu diminta bersurai.

Sebaik sahaja keluar daripada Battle Room, mereka tidak melencong ke mana-mana tetapi terus menuju ke bilik mereka.

"Hari kedua latihan OSP! Bangun cepat! Kita akan lambat ke Bro Battle! " pagi pagi lagi Minso sudah bersemangat. Bukan main suka lagi dia mengejut ahli pasukannya.

"Ish.. Dia buat lagi.. " Miya merungut sendiri. Mereka semua menuruti arahan Minso, bersiap untuk menjalani latihan.

Seperti semalam, mereka bergerak ke Main Hall. Belum pukul 6:30 pagi lagi, orang ramai sudah membanjiri. Suasana riuh-rendah mula menghangatkan dewan tersebut.

"Shen, Yena, Miya, kau boleh sertai hari ni. Jungkook dan Eunseong, lebih baik jangan. Skil korang masih belum cukup bagus" usai melangkah masuk, Minso terus berkata. Jungkook dan Eunseong mengangguk faham.

"Kenapa kau tak bagi diorang berlawan? " suatu suara menyapa ke telinga Minso. Suara itu memang tidak disukainya dari dulu lagi. Walaupun dia tahu siapa gerangannya, Minso tetap menoleh.

"Apa kau nak lagi, Ryujin? " Minso mula rasa menyampah sebaik sahaja wajah musuhnya itu dipandang.

"Tak adil kalau kau tak benarkan diorang berdua ni sertai Bro Battle. Kalau bukan sekarang, bila? " ujar Ryujin dengan nada kasihan. Wajah Jungkook dan Eunseong sedang dilihatnya.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now