▽ 25 ; Final Stage

1K 166 7
                                    

Jungkook keluar dari bilik air selepas menyegarkan badannya selama beberapa minit. Matanya tertumpu pada pasukannya yang sedang lepak di sebelah katilnya sambil menjamu ayam goreng dan bir.

"Korang sambut apa ni? " Jungkook menggaru kepalanya. T-shirt hangat yang disimpan di dalam almari disarungnya. Setahunya, ayam goreng adalah sajian untuk menyambut sesuatu yang besar.

"Oh, lupa yang kau tak tahu. Kita mara ke final esok! " Eunseong menjulang ayam gorengnya ke atas. Hampir tergelak semua orang melihat kerenah lelaki itu.

"Seriuslah? " Jungkook duduk bersama mereka lalu mencuri seketul peha ayam goreng.

"Shen, Miya dan Eunseong buat dengan sangat baik tadi. Berbaloi sangat apa yang kita berlatih sepanjang dua minggu lepas. " Minso tersengih. Fikirannya bebas ketika itu. Rasa beban di bahu mula jatuh.

"Yah.. " wajah Yena dipandang semua.

"Katakanlah, tiga orang dari kita berjaya lulus dalam Final esok.. Apa yang korang nak cakap pada tiga orang tu? "

Suasana yang ceria tadi terus menjadi muram. Pandangan semua orang terjatuh ke bawah. Soalan Yena bagaikan ingin menyentuh hati keenam-enam manusia di situ.

"Aku.. hanya nak cakap, tahniah. Jaga diri di Omnus. Jangan lupakan apa yang kita dah berlatih di sini. Semua memori tu.. tak boleh dilupakan sama sekali. " Yena menjawab soalan sendiri. Memberi semangat kepada mereka yang lain.

"Kalau dah sertai Daredevils nanti.. Korang akan dapat kawan baru, memori baru. Tapi.. Sentiasa ingat kami di sini. Tahniah dan.. Terima kasih atas segalanya. " Shen terasa sebak. Bagaikan esok haru terakhir mereka akan berjumpa. Jika benar, mereka tak akan berjumpa lagi, dia tentu sudah mengalirkan air mata.

Mereka sudah bisu. Tiada sesiapa yang bersedia untuk menjawab soalan Yena tadi. Tiba-tiba, Jungkook berdehem. Namun matanya masih menatap lantai.

"Aku hanya seperti budak mentah bila sertai pasukan ni dua bulan lalu. Waktu tu, baru aku kenal siapa korang semua. Minso bersikap agak tegas pada aku mulanya, tapi aku baru sedar yang itulah yang menyebabkan aku masih dapat berada di sini. Shen bagaikan abang pada aku. Banyak benda yang aku belajar darinya.

Eunseong tak ubah macam Happy Virus. Aku suka bila dia buat lawak. Yena dan Miya, kadang-kadang aku rasa cemburu sebab Tyler selalu puji kerjasama korang. Kadang kala aku cuba mengelak dari korang berdua. Tapi korang masih cuba untuk rapat dengan aku. Di situ aku belajar, kita tak boleh pinggirkan sesiapa yang nampak lemah. Sebaliknya bimbing dia supaya menjadi yang lebih tinggi daripada kita.

Awal perkenalan, korang asyik katakan. Omnus tempat yang berbahaya. Omnus macam neraka. Omnus itulah inilah. Tapi, aku tak rasa yang Omnus tu satu cabaran buat kita. Kita ada masing-masing buat masa sekarang. Tapi berbanding tiga orang yang akan sertai Daredevils, aku harapkan enam orang yang akan mencabar Omnus. "

Semua terdiam. Impian mereka untuk sertai Daredevils sebagai satu pasukan mustahil menjadi kenyataan. Memang mustahil. Omnus bukan calang-calang tempat. Walaupun mereka tiada tanding sekalipun, Wanton tetap akan menghantar tiga orang sahaja.

Nampaknya, impian itu sesuai jadi angan-angan.

"Terpulanglah.. Apa yang akan jadi esok. "

OSP Arena menjadi kosong keesokkannya. Hairan bermain di fikiran mereka. Inikan Final? Bukankah orang lain akan datang menyaksikan mereka?

"Peserta Final OSP? " suara menyapa mereka. Seorang wanita berkaca mata berdiri tidak jauh dari mereka. Minso sebagai wakil mengangguk.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now