▼ 32 ; The Last Girl

1.1K 180 22
                                    

Tit.. Tit.. Tit..

Bunyi itu yang aku dapat dengar dengan telinga ini. Lemah tubuh badanku rasanya. Bau ini bagaikan pernah aku hidu.

Cahaya mula memasuki mata. Terangnya membuat anak mataku mengecil dan silau yang teramat.

Aku mengangkat kepala, melihat tubuhku yang sedang terlantar di atas katil. Aku pandang ke depan. Dinding kaca yang menampakkan bahagian luar bilik membuat aku tergamam.

"Makmal? Aku dah balik Wanton ke? " aku menoleh ke semua tempat. Bilik, peralatan, dan bau sebiji macam di Wanton.

Aku cuba bangun, namun kaki aku tak dapat bergerak. Tangan menyelak selimut. Kaki aku berbalut kemas. Dari hujung jari sehingga ke lutut.

"Kau masih di HQ Daredevils. Ahli pasukan kau hantar kau ke beberapa jam yang lepas. Mereka dah keluar untuk jalankan misi lain tadi. Kau sekarang ada di Daredevils Medical Section. " seorang lelaki muncul di sebelahku.

"Hai, aku Jihoon. Paramedik Daredevils. " lelaki itu gelarkan dirinya sebagai Jihoon menghulur tangan untuk berjabat. Aku menyambut tangannya baik.

"Aku dah keluarkan semua bisa Araneida daripada kaki kau. Tapi kaki kau masih tak boleh banyak bergerak. Jangan risau, hanya lumpuh sementara. Kau perlu berehat selama 6 hari baru boleh sertai pasukan untuk jalankan misi. " terang Jihoon sambil dia menyeluk poket kotnya.

"Enam hari? Lamanya.. " keluhku. Haih.. Menyesal aku relakan diri kena sengat tadi.

"Kau boleh berlatih senjata, atau jelajah bangunan ni, atau apa-apa ajelah. Kalau perlukan sesuatu, beritahu aku. " ucap Jihoon lagi.

"Aku nak keluar, "

Jihoon yang baru sahaja hendak beredar terhenti akibat permintaan aku tadi. Dia terus menoleh ke wajahku yang pucat.

"Okey. Biar aku ambilkan kerusi roda dulu. " lalu Jihoon berlari anak menuju ke luar bilik ini.

Ya.. Agak memalukan apabila kau bersiar-siar duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh orang lain. Macam orang tua. Aku sering kali memandang ke lantai daripada melihat persekitaran aku.

Jihoon membawa aku ke tingkat 4, di mana terletaknya banyak bilik latihan fizikal. Keadaan di situ agak hening dek semua orang sedang sibuk menjalankan misi.

Sedang Jihoon mengiring aku, mataku tertancap ke sebuah bilik latihan. Aku perhatikan seorang gadis yang sedang berlatih dengan punching bag.

Aku segera menekan brek kerusi roda.

"Jihoon.. Siapa tu? " soalku. Jihoon pandang ke dalam bilik latihan tersebut.

"Satu-satunya Daredevils perempuan, Soo A." bisiknya.

"Satu-satunya? " berkerut dahiku menanyakan soalan. Jihoon mengangguk kecil.

"Beberapa tahun lalu, ramai saja Daredevils perempuan. Tapi, kebanyakan yang dah terkorban dan menjadi mangsa. Dia pun hampir hilang nyawa tapi Aries sempat selamatkan dia. Dia agak anti-sosial dan hanya bercakap dengan Aries sahaja. " jelas Jihoon selepas dia mengeluh panjang.

"Boleh aku cakap dengan dia? " soalku. Personaliti Soo A yang Jihoon beritahu aku tadi buat aku tertarik.

"Pergilah, aku tunggu kat luar. Ada apa-apa, beritahu aku. "

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu