▼ 53 ; Monster Inside

766 108 34
                                    

Kaki melangkah keluar daripada sel besi itu. Wajah Profesor Kwon dijeling  senyap-senyap. Dalam hati membayangkan, lelaki ini pernah bertemu CLYD yang sebenar. Juga tahu semua benda tentang dirinya yang dia tak pernah tahu.

Kini dia akan tahu apabila mereka mula melangkah ke sebuah lagi bahagian di dalam bangunan itu. Kediaman profesor Kwon lebih besar daripada apa yang dia jangka. Betapa sunyinya dia hanya tinggal seorang di sini.

Teringat pula pada Wanton. Imaginasinya mula membentuk imej-imej manusia yang tekun bekerja, berjalan ke sana ke sini.

Wanton. Satu-satunya jalan pulang.

"Jungkook, " namanya diseru jelas. Kepalanya yang perhatikan sekeliling kembali tetap pada Profesor Kwon.

Profesor Kwon sudah berada di sebuah bilik. Pintunya ditahan dengan belakang badan, menanti Jungkook untuk masuk. Tanpa ragu, dia menyambung langkah. Udara dingin menyapa kulit. Barang-barang di dalam kamar itu nampak sudah lama tidak digunakan.

Ia nampak seperti sebuah pejabat biasa. Meja, komputer, meja hologram. Sama seperti di Wanton. Namun, Profesor Kwon menekan sesuatu di bawah meja pejabatnya. Sebuah dinding di hadapan Jungkook tiba-tiba roboh tanpa ada apa-apa serpihan yang berkecai. Ia macam, jatuh ke bawah.

"Selamat datang. Ini makmal CLYD. "

Profesor Kwon berjalan terus ke bahagian yang baru dibuka. Sebaik sahaja dia menampakkan kaki ke dalam ruang itu, elektrik mula berjalan seperti biasa. Semua mesin yang lama mati dihidupkan semula secara automatik. Jungkook berasa takjub buat seketika. Kemudian, dia mengikut laluan Profesor Kwon.

"Di sini, aku mengkaji kebolehan CLYD sebelum dia mula menggila dan hilangkan diri. Semua rekod-rekod dia, ada dengan aku. Dan hari ni. Aku akan kaji kebolehan kau. "

Profesor Kwon mendekati sebuah meja hologram. Menekan sebuah punat lalu sebuah hologram yang besar terpancar dari pusat meja. Sebuah imej kapsul terpampang besar. Serupa dengan kapsul yang ada di hadapan meja hologram tersebut.

"Kebolehan CLYD hanya akan muncul bila adanya gas. Setiap jenis gas, ada kebolehan yang tersendiri. Macam apa yang jadi pada kau pada tasik tu. Aries cerita pada aku. Blucryste, namanya. Badan kau menghasilkan kristal sendiri sebagai satu bentuk pertahanan. " Profesor Kwon menerang sambil hologram turut menggambarkan situasinya.

"Aku hidu gas tu, dan aku dapat kebolehan tu? " Jungkook tak mahu fikir lebih-lebih. Fikirannya ringkas dan padat. Profesor Kwon mengangguk kecil, tangan bersilamg di dada.

"Ya, kalau kau nak cakap begitu. Tapi sebab hari tu kali pertama kau terdedah pada gas tu, badan kau tak dapat kawal kebolehan tu dengan baik. Mental kau pun kena stabil untuk kawal badan kau. Kau tak nak biarkan 'mutant' ambil alih badan kau. "

"Mutant? "

"Yes. Being a CLYD means there's a monster inside of you. Tame that monster, "

"And tame myself. " Jungkook menjawab.

"Bagus. Kau akan belajar. " Profesor Kwon mengaktifkan kapsul gergasi yang berada di hadapan mereka. Pintunya terbuka dengan sedikit wap-wap air yang mensterilkan bahagian dalam kapsul.

"Silakan. Jangan takut. " Jungkook nampak teragak-agak apabila dipelawa. Walau bagaimanapun, kaki yang berat itu diheret juga.

"Jungkook, keep your mind positive. Itu caranya untuk kawal mutant kau. " pesan Profesor Kwon sebelum sempat Jungkook menapak ke dalam mesin silinder lutsinar itu.

Dia mengangguk. Nafas ditarik dalam kemudian dilepaskan mengikut mulut. Kala dia memijak ruangan kapsul tersebut, gugup Jungkook pudar buat seketika.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsOnde histórias criam vida. Descubra agora