▼ 12 ; Gone and Miss

1.1K 203 10
                                    

Selepas Jungkook pulang dari menjelajah MS Room yang dulunya misteri, dia langsung tak dapat tidur. Dia hanya duduk melunjur kaki di atas katil.

Selepas mendapat memori semula dan mengetahui kebenaran, dia langsung tak dapat melelapkan mata semula. Duduk memeluk selimut dan memikirkan tentang apa yang berlaku.

Betul ke semua kawan-kawan aku ada kat sini. Jimin hyung dah pasti, sebab aku jumpa nama dia. Tapi Minso halang aku daripada bercakap tentang dia. Itu yang aku pelik. Minso bersubahat sekali dengan Wanton ke apa?

"Eeaarrghhh.. " suara seseorang menggeliat memecah kesunyian. Jungkook terkejut lalu terhinjut banhunya sedikit.

Ternyata itu suara Eunseong dari katil hadapan. Menggeliat dalam tidur rupanya. Nasib Jungkook tiada sakit jantung.

"Awal kau bangun, Kook? " suara Minso pula yang buat Jungkook meremang bulu roma sesaat.

"Terbangun awal. Pastu tak boleh tidur. " ujar Jungkook tanpa rasa bersalah. Hmm.. Tipu sunat je pun.

Kemudian, seorang demi seorang bangun dari lena tidur. Membersihkan diri, mengenakan flash suit yang sudah menjadi pakaian rutin mereka.

Jungkook baru keluar dari bilik air selepas memakai flash suit miliknya. Dia melangkah ke sinki di mana Minso sedang menggosok giginya. Minso hanya memandang kosong ke arah Jungkook, manakala Jungkook rasa kekok tanpa sebarang perbualan di antara mereka berdua.

"Minso, tentang hari tu.. aku ada satu soalan. " Jungkook ingin membuang situasi kekok yang mereka berdua sahaja yang berada di situ.

Minso mengangguk sekali, tanda dia membenarkan.

"Kenapa kau tak bagi sebut nama Best Gamer tu? " soal Jungkook dengan berani. Tak kisahlah dia akan ditengking oleh Minso, asalkan dia dapat jawapannya.

Seperti apa yang Jungkook sangkakan, Minso terkaku. Tangan yang sedang memegang berus gigi seakan-akan kehilangan tenaga lalu berhenti menggosok. Minso berkumur-kumur sebelum menjawab soalan Jungkook tersebut.

"Aku kenal dia, sewaktu aku baru sertai Combat School. Dia salah seorang senior yang rapat dengan aku, tapi dia bukan satu pasukan dengan aku. Tapi aku kenal dia tak lama. Dia terpilih untuk sertai Pasukan Daredevils di Omnus bersama pasukan dia. Sejak hari tu, tiada khabar berita daripada dia. " terang Minso secara perlahan, bimbang perbualan mereka berdua didengari orang.

"Ia merupakan salah satu peraturan Combat School, jangan sesiapa sebut nama ahli Pasukan Daredevils yang sudah tiada di sini. Hanya orang atasan sahaja yang tahu status diorang, hidup atau mati. Aku sendiri tak tahu kenapa, tapi lebih baik kau jangan. " sambung Minso lagi.

" Omnus adalah tempat dimana mutant dikaji. Tempat tu bahaya sangat. Kalau tak dilatih dengan betul, kita takkan selamat berada kat situ. Malah, masih ada lagi orang terlatih terkorban kat situ. " aku masih ingat apa yang diterangkan dulu. Jadi ini maksudnya, Jimin hyung berada di tempat yang sangat bahaya dan barangkali dia akan terkorban!

Status keadaan Jimin hyung antara hidup dan mati. Tiada sesiapa tahu. Aku harap takde apa-apa terjadi padanya. Aku bertekad untuk cari Jimin hyung!

"Itu menjawab soalan kau, kan? " soal Minso, kembali kepada nada asalnya. Jungkook mengangguk lalu tersenyum.

"Gomabda. " jawabnya sepatah.

Masing masing berkumpul di Battle Room, di mana mereka berlatih setiap hari. Mereka hanya menunggu kehadiran Tyler. Selang beberapa minit, Tyler muncul dari pintu masuk lalu berjalan ke tengah-tengah bilik itu.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now