▼ 22 ; The Fight Deal pt.1

1.2K 199 30
                                    

"Apa? Kenapa kami tak boleh masuk? " Shen menyoal para pengawal yang menghalang mereka daripada memasuki OSP Arena. Mereka baru sahaja menjemput Minso dari WMC yang perlu mendapatkan rawatan yang lebih lanjut sepanjang malam.

"Itu apa yang diberitahu. Ketua tak mahu sesiapa masuk sebelum pentas perlawanan siap. Sila terus pergi ke bilik persediaan ikut laluan lain. " pesan salah seorang pengawal tersebut.

"Jomlah.. " Minso mula mengikut laluan lain. Mengikut koridor belakang yang membawa terus ke bilik persediaan. Tanpa sesiapa yang ingin berlengah, mereka mengekori Minso dari belakang.

"Kau rasa Minso masih waras? Sejak dia sedar semalam, dia macam.. Kau tahu lah.. " Eunseong berbisik ke telinga kecil Yena. Lantas dihadiahi jelingan maut daripadanya.

"Kau dah lama hidup ke? " Yena menyiku perut Eunseong. Dia merintih kecil sambil menekan-nekan perutnya yang kesakitan sementara Yena selamba tersenyum sinis.

Mereka menolak pintu bilik persediaan mereka. 30 minit, 40 minit, 60 minit berlalu. Masih tiada apa-apa makluman untuk masuk ke arena. Semakin lama mereka semakin gelisah, mundar-mandir di dalam bilik tersebut.

DING DING DING

Bunyi loceng menandakan terdapat makluman yang akan disampaikan. Mereka berenam memandang ke arah speaker yang terletak pada siling bilik itu serentak.

"Perhatian! Acara Semi Final OSP akan bermula sebentar lagi. Para peserta, sila bersedia. "

"Dengar betul-betul, makluman ini takkan berulang lagi. "

"Acara ini dipanggil The Flag. Setiap pasukan akan dibekalkan dengan sehelai bendera. Pasukan hendaklah menyorok bendera sendiri di mana-mana di atas pentas arena. Pasukan perlu mencari bendera pihak lawan yang tersorok. Tetapi, segala senjata api dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali!! " suara yang bercakap pada mikrofon itu meninggi. Bingit telinga mereka dibuatnya.

"Tak dibenarkan? Dah tu? " Miya bersuara.

"Ini bukan perlawanan senjata. Ini pertarungan fizikal. " ucap Minso, sedikit demi sedikit bibirnya melakar senyuman.

"Hanya serangan fizikal sahaja yang dibenarkan dalam Semi Final kali ini. Pada hari ini, akan ada satu pasukan pemenang sahaja daripada lima pasukan yang berlawan dalam satu pusingan. "

"Maksudnya.. Lima pasukan bertanding sekali gus?! " Eunseong mengulang fakta, mencari kepastian.

Pengumuman tersebut tamat. Jantung masing-masing berdegup kencang. Empat pasukan yang lain adalah antara pasukan yang terkuat di Combat School. Apa mungkin Hyuk sengaja hendak menggagalkan Minso?

Begitu yang Minso fikir sejujurnya. Hyuk benar-benar mencabar Minso yang berani merempuh masuk ke dalam pejabatnya, merayu untuk membenarkan permohonan dia menyertai OSP pada hari ini. Masakan nak dibatalkan perjanjian itu? Nasi sudah menjadi bubur, Minso perlu juga menempuhi apa yang berada di hadapannya, bersama ahli pasukan yang setia disisinya.

"Pasukan, sila masuk ke arena sekarang. "

Mereka dibekalkan dengan sehelai bendera biru yang dijunjung tinggi oleh Shen. Menandakan merekalah yang mewakili pasukan biru. Kepala mereka mendongak melihat berisan penonton yang ramai bersorak.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now