▼ 36 ; Heterochromia

1.1K 172 7
                                    

Hyuk merenung lantai bilik. Fikirannya serabut selepas mengetahui kebenaran yang ibunya dibunuh dengan kejam oleh CLYD sendiri. Selepas sampai di HQ, dia langsung tidak melelapkan mata.

"Hei, Kwon Hyuk. " suara Aries jelas kedengaran di dalam bilik tersebut. Hyuk angkat kepalanya dengan pandangan bingung.

"Kau masih fikirkan hal semalam? " Aries menepuk belakang Hyuk lembut lalu duduk bersamanya di atas sofa biru yang empuk.

"Aku hanya fikir.. Bagaimana reaksi Hae jika dia tahu tentang perkara ni. Dan appa, "

"Appa mesti dah tahu. Cuma korang masih kecil masa tu. " Aries memotong ayat Hyuk yang sayu. Susah untuk dia terima hakikat.

"Apa jenis keluarga yang aku ada? Kematian mama pun aku tak tahu, apa jenis anak aku ni? Mama mesti menyesal dengam kehadiran aku. " Kwon Hyuk meraup wajah hingga ke kepala. Matanya sedikit bergenang dengan air jernih.

"Yah.. Aku tahu ia pedih untuk jangka masa ni. Tapi percayalah mama mesti bangga dengan anak-anaknya sekarang. " Aries cuba menenangkan Hyuk. Tubuh Hyuk tertunduk, siku ditongkat pada peha.  Melayan air mata yang gugur.

"Heterochromia, kau pernah dengar? "

Hyuk kesat air matanya. Bola matanya yang merah pandang wajah Aries tanpa apa-apa perasaan.

"Ianya seperti satu genetik, di mana seseorang mempunyai dua anak mata yang berlainan warna. Macam aku, merah dan violet. " Aries membesarkan matanya. Di hujung desakan Hyuk, terdapat tawa yang baru bercambah.

"Mama cakap, ia tak berlaku pada semua orang. Benda ni sangat-sangat jarang berlaku, terutamanya pada manusia. Aku pernah jadi spesimen uji kaji Wanton untuk Eksperimen Heterochromia. " sambung Aries lagi.

"Tak lama selepas tu, aku disahkan sebagai seorang psikopat. 90% psikopat.  Kenapa? Aku tak teragak-agak untuk sakitkan sesiapa. Kau tahu aku patahkan kaki 43 orang semasa aku di Combat School? Hahaha.. Aku tak tahu apa jadi pada mereka. "

"Tapi kau tengok. Mama tak pandang aku dari segi keburukan aku. Spesimen uji kaji, psiko. Mama tak pandang benda tu. Mama tetap sayang kita, tak kira apa jua keburukan kita. " senyuman Aries dilakar cantik pada wajah yang garang itu.

"Betul ke kau ni psiko? Macam mana ayat yang menyentuh hati boleh keluar daripda otak psiko kau? " Hyuk sudah mula tenang. Malah, sekarang ni pun dia boleh menyakat abangnya.

"Well.. " Aries angkat bahu, tanda tak tahu.

"But trust me, kita akan cari CLYD walaupun perlu korbankan nyawa sendiri. "

Pintu trak terus kubuka. Kaki yang baru sembuh itu menjejak lantai garaj yang luas ini. Dengan bergalaskan sebilah pedang dan sebuah rifle, aku melangkah ke bahagian but untuk mengeluarkan barang-barang.

"Jungkook, kali ni giliran kau untuk simpan senjata. " kata Yoongi sambil dia mengurut tengkuknya yang lenguh.

"Baiklah, tinggal saja dekat depan trak. "

Aku berjalan untuk mengambil troli pengangkut. Barang-barang yang tersimpan di dalam but trak tersebut aku susun dengan cermat di atas troli itu. Kemudian, aku penuhkannya dengan meletakkan senjata ahli pasukanku.

Sambil aku mengatur langkah ke Weapon Room, aku bersiul bosan. Agak berat juga barang-barang yang sedang kutolak ini. Sampai berpeluh aku dibuatnya.

Setibanya di destinasi, aku segera simpan segala benda yang kuangkut dalam troli tersebut. Sakit-sakit badan belum hilang lagi sejak semalam. Lepas ni memang aku tak akan tinggalkan katil.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now