▼ 6 : Familiar

1.1K 176 59
                                    

Jungkook

"Kook? Kau dah sedar ke? " suara Eunseong adalah bunyi pertama aku dengar. Mataku yang terpejam tadi dibuka perlahan.

Wajah Eunseong dan Shen dipandang. Aku mengukir senyuman nipis kepada mereka lalu cuba untuk bangun dari katil.

Sebelum aku berkata apa-apa, aku melihat persekitaran aku. Tempat ini dikenali sebagai Wanton Medical Centre (WMC). Aku ditempatkan di wad umum, di mana pesakit yang cedera ringan ditempatkan. Tempat ni agak sibuk. Ia tak terlalu bising cuma ramai staf dan orang lain lalu lalang, melenguhkan kaki.

"A-aku dah berapa lama ada kat sini? " soalky dengan penuh rasa ingin tahu yang membuak.

"Sekarang dah pukul tiga petang. Jadi, dalam lapan jam. " tutur Shen sambil melihat jam tangannya.

Aku merasa bahagian abdomen aku. Langsung tiada rasa sakit seperti sebelum ni. Aku mengangkat baju aku sehingga menampakkan abdomen aku.

Langsung tiada kesan apa-apa.

Aku tergamam. "Apa dah jadi dengan luka aku pagi tadi? " aku seperti baru nampak hantu. Terpana.

"Hahaha itulah yang kau tak tahu. Nasib baik kau masuk WMC ni awal, kalau tak sampai ke tualah kau tak tahu. " gelak Eunseong seorang diri. Shen sekadar tersengig menampakkan sebaris gigi sucinya sahaja.

"Wanton dah lama mencipta ubat untuk sembuhkan pendarahan dengan cepat, siap hilangkan parut lagi. Tisu-tisu badan kau yang rosak dah diganti dan sekarang kau sembuh sepenuhnya. Malah, badan kau lebih sihat dari sebelum ni. " terang Shen.

Hmm.. Macam betul apa yang Shen katakan. Aku memang ada rasa segar dan sihat. Malah, bertenaga. Benda apalah yang diorang masukkan, aku tak tahu. Yang pasti aku tak perlu risau tentang cedera lagi.

"Wah, hebatnya! "

"Jungkook, sebab kita dah jalani latihan simulasi, Tyler bagi kita cuti sehari dari apa-apa latihan. " riang Eunseong bertutur. Si Eunseong macam suka bila bab freetime. Bukan macam, memang.

"Dan, kami berdua bercadang untuk bawa kau pusing satu Wanton ni. " sambung Shen pula. Eunseong dari tadi lagi tersenyum girang. Suka sangat nampaknya.

"Ish, tak payah la. Wanton ni kan besar gedabok. Mana sempat nak pusing semua tempat. " kata aku dengan nada yang merendah. Tangan aku menggaru belakang leher.

"Alah, bukan semua tempat sampai toilet perempuan pun nak masuk. Dua tiga kawasan sudahla. Si Eunseong ni, nak tunjuk kau tempat paling best kat Wanton ni. " Shen menyiku lengan Eunseong dengan lembut.

"Tempat paling best? Kat mana tu? "

"Kita akan pergi ke... Mutant Laboratory! " sebut Eunseong dengan pelat koreanya. Hampir tergelak aku dengar dia bercakap bahasa inggeris.

"Yang kau happy sangat dah kenapa? Aku jugak yang tunjuk tempat tu kat kau dulu. " Shen mengacah macam dia senior. Tapi, memang dia senior pun.

Mutant? Oh ya.. Tyler pernah cakap tentang ni. Tapi aku tak ambil kisah sangat memandangkan aku dihantar ke Combat School. Bila Eunseong sebut balik tentang mutant, aku terus rasa nak tahu.

"Kau mesti tak pernah lihat mutant kan? " soal Shen dan aku terus menggeleng.

"Kalau macam tu, jom! " Eunseong menarik tangan aku dengan lembut, risau jika aku terjatuh katil. Tak pasal-pasal kena duduk kat sini lagi.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum