▼ 45 ; 1 Versus 10

657 94 15
                                    

Laungan itu membuat Jungkook berdiri untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas. Dia mendengar derapan kaki yang sedang menghampiri dari jauh.

"Oh my..."

"Shit."

Sekumpulan mutant berupa makhluk yeti sedang menuju ke arahnya. Mutant yang sama yang mengejar mereka sewaktu tadi.

Semakin ia mendekat, Jungkook mengira jumlah mereka. Sepuluh kesemuaya. Kalau satu atau dua, mungkin mudah buat Jungkook. Tapi sepuluh? Tiada tempat nak lari, Kook.

Namun, melarikan diri bukan apa yang muncul dalam kepala Jungkook ketika ini. Sekarang, matlamatnya adalah untuk lindungi gadis itu.

Bilah pedang yang digalasnya tadi ditarik keluar dari sarungnya. Besi yang berkilat itu memantul cahaya ke arah mutant tersebut.

Jungkook membaca wajah mereka. Mereka bukan datang untuk mempertahankan kawasan mereka. Tetapi sebaliknya. Mereka datang untuk hapuskan Jungkook.

Rundingan tak mungkin terjadi, walaupun Jungkook boleh bercakap dengannya. Kali ini, buat pertama kalinya, dia mengambil pilihan kedua.

Pertumpahan darah.

Kedua-dua belah tangannya menggenggam pedang itu. Bersedia, bila-bila masa sahaja ia boleh menyerang.

Salah satu daripadanya melaung lagi. Bunyi seperti seekor serigala yang sedang marah datang dari seekor makhluk berupa Yeti? Jungkook fikir, Wanton kalau nak buat mutant pun buatlah yang munasabah sikit!

Kali ini, giliran Jungkook pula untuk membuka langkah.

Dia menelan air liur gementarnya.

Kemudian dia terus menghumban diri ke arah mutant tersebut tanpa berfikir panjang.

Salah seekor daripadanya cuba menerkam Jungkook yang sedang laju mendekati. Jungkook segera mengangkat bilah pedang, kemudian menghayun kuat ke arahnya.

Pedang tersebut membelah dadanya. Terpercik cecair hitam yang pekat di atas salji putih. Kemudian, Jungkook menusuk belahan itu sehingga menembusi tubuh makhluk itu.

Rebah ia menyembah bumi. Cecair hitam yang dikenali sebahagai darahnya masih terus mengalir. Jungkook tidak sempat lihat sama ada ia masih hidup atau tidak. Apa yang dia tahu, ada sebaris mutant yang menunggu giliran untuk menyerang.

Sekali lagi dia menerkam salah satu mutant. Pedang yang memamah tubuh badan berlaga dengan tulang-temulangnya. Seraya terkeluar lolongan yang amat memeritkan telinga.

Kaki Jungkook menolak bangkai itu jauh daripadanya kemudian mengubah target. Kali ini, ia mengeluarkan duri dari celahan jari jemari mereka. Pada duri itu terdapat sesuatu yang berkilat, mungkin melekit.

Ia menyerang Jungkook terlebih dahulu. Kaki hadapan ia dilibas ke wajah pahlawan itu. Dia sempat menahan dengan pedang yang berlumuran air hitam, namun tolakannya membuat Jungkook berundur.

Dahi Jungkook berkerut seribu, mengerah kuasa untuk membalas serangan itu. Akhirnya, dia menghiris anggota tangan mutant tersebut.

Kaku sebentar, dada Jungkook berombak kuat.

Kedua-dua belah tangan menggenggam senjata. Sambil dia berlari ke arah lawannya, pedang itu dihayunkan pada aras kepala pihak musuh. Tertetak dua kepala lalu mereka rebah.

Lima sudah keluar, tinggal lagi lima.

Jungkook membuka langkah lagi. Menuju ke hadapan. Sebelum sempat bilah tajam pedang itu menyentuh mutant, dadanya ditusuk duri tersebut lalu badan Jungkook diangkat ke udara.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now