▼ 38 ; The Truth Untold

1.1K 148 9
                                    

"Tak.. Tak mungkin. "

Sepanjang mendengar penerangan Hyuk tentang apa yang terjadi beberapa tahun lepas, aku tak mampu menahan air jernih yang menghujani pipiku. Segala yang kami tempuhi di akademi, semuanya diceritakan. Tetapi malangnya, tiada seorang pun daripada mereka ingat kecuali aku dan Seokjin.

"Kau nak cakap.. Yang kitorang ni dah berkawan lama. Pernah dijangkiti virus mutant. Ditipu dan diculik oleh Wanton dan di sinilah kitorang berada? " Namjoon membuat kesimpulan cerita. Hyuk mengangguk dengan rasa serba salah. Aku melihat wajah kawan-kawan aku yang langsung hilang memori pahit dan manis tersebut. Hanya menambah luka di dalam sahaja.

"Aku dapat memori aku beberapa hari selepas aku masuk ke Combat School. Aku selinap ke dalam MS Room dan kebenaran terbongkar depan mata aku. Selepas aku dengar yang korang berada di Omnus, aku bernekad untuk memenangi OSP. Hanya untuk bertemu semula dengan korang. " aku bersuara demi memecahkan kesunyian.

"Kau, Seokjin? Kau pun dapat memori kau? Kenapa tak pernah beritahu kitaorang? " Taehyung menyoal. Dengan melihat ke dalam matanya, aku dapat tahu yang Taehyung sedang diselubungi duka. Suaranya yang dalam juga penuh dengan kekecewaan.

"Aku cuba untuk lupakan tindakan bodoh yang aku buat dulu. Jadi aku ingin kita mulakan hidup baru. Tapi Jungkook datang juga untuk memperbetulkan keadaan. Aku rasa bersalah. " Seokjin pandang tepat pada muka aku. Akan tetapi, rasa marah aku masih terasa walaupun aku faham perasaan Seokjin.

"Sekejap, macam mana kitorang nak percaya semua ni? Kau ada bukti? " Jimin masih lagi ragu.

Hyuk membuka zip beg galasnya. Dia mengeluarkan sebuah memory cube yang bercahaya biru. Lantas dia letakkan di atas meja.

"Ini memori kau, Jimin. " ujar Hyuk sambil dia menekan suatu punat pada memory cube tersebut.

Terpapar sebuah hologram kecil daripadanya. Mengisahkan tentang masa lalu.

"Korang boleh faham tujuan aku? " soal Hyuk, menanti jawapan daripada mereka yang duduk mengelilingi.

"Tapi macam mana nak keluar dari sini? Syaratnya hanya dengan mencari lokasi CLYD. " Hoseok bukan menjawab, tetapi mempersoalkan semula niat baik Hyuk.

"That's why.. Aku usulkan pasukan korang kepada The Seeker. " jawab Hyuk dengan penuh semangat. Semua ahli pasukan itu terlopong seketika.

"Aku bukan hanya nak kita yang keluar. Kalau boleh, semua Daredevils selamat mengharungi cabaran di Omnus ini. Beratus, bukan.. Beribu orang terkorban di sini semata-mata untuk menunjukkan kesetian kepada Wanton yang tamak. Jadi sekarang, Wanton berada di tangan aku. Ini peluang aku untuk ubah keadaan." aku lihat betul-betul ke dalam mata Kwon Hyuk. Bolehkah aku percaya lelaki ini? Aku tak boleh menafsirkan wajahnya sekarang.

"Jadi.. apa kau nak buat dengan memory cube tu? Bawa semata-mata untuk tunjuk je ke?" Seokjin menyebut semula soal tadi. 

"Ahh.. " dahi Hyuk berkerut. "Pasal tu.. aku rancang untuk kembalikan memori korang sekarang. Tapi.. ada masalah sikit. So, aku akan kembalikan memori korang bila kita kembali ke Wanton." 

"Kau pasti?" 

Yoongi yang dari tadinya bisu seribu bahasa, kini bersuara dingin. Renungan tajam dipanah terus ke mata Hyuk.

"Kalau aku berada di tempat kau, aku tak akan berani langgar protokol. Lambat laun, Aries akan tahu juga bukan? Ya, memang memori kami tu hak kami. Tapi daripada membangkitkan isu yang bukan-bukan, lebih baik selesaikan masalah CLYD ni dan pulang ke Wanton. Kemudian, baru bangkitkan isu ni. " dingin suara Yoongi hinggap di telinga masing-masing. Nadanya bagai mengancam nyawa.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsМесто, где живут истории. Откройте их для себя