▼ 11; Everything's Back

1.2K 208 38
                                    

Aku tak percaya apa yang aku sedang saksikan. Sebaik sahaja lampu terbuka, aku menyaksikan sebuah bilik yang penuh dengan almari. Cahaya neon yang malap pada rak almari tersebut menarik perhatian aku. Aku terpandang sebuah papan tanda yang tertulis MS Room (Memory Storage Room).

"Tempat penyimpanan memori? T-tempat ape ni? "

Aku melangkah dengan rasa ingin tahu ke arah almari tersebut. Terdapat kiub-kiub berwarna hitam dan mengeluarkan cahaya biru neon di bahagian tengahnya sebagai satu jalur. Aku mengambil sebuah lalu melihat dengan penuh jakun.

"Memory cube? " aku melihat tulisan yang tertera pada kiub tersebut. (Bukan milo energy cube ya 😂)

Aku membelek-belek lagi memory cube yang lain. Sehinggalah aku terjumpa sesuatu di rak yang paling hujung.

Aku mencapai memory cube yang aku jumpa. Apabila aku meneliti memory cube tersebut, aku tersentak.

"Jeon.. Jungkook? "

Apa mungkin ini memori aku yang hilang? Semua mimpi yang aku alami, yang aku syak memori aku yang hilang.

Aku menggigit bibir. Mata aku berair secara tiba-tiba. Rasa dendam terhadap Wanton menggelegak dalam hati aku. Ini memori aku, dan mereka tiada hak untuk mengambilnya sesuka hati.

Aku masih memegang memory cube yang tertera namaku. Aku menoleh ke bahagian lain bilik itu. Terdapat sebuah monitor berskrin besar, mungkin sebesar televisyen tetapi lebih besar sikit. Juga terdapat sebuah meja yang besar dan

Kaki aku mula bergerak ke arah monitor tersebut. Lambang Wanton terpampang jelas pada skrin, buat aku rasa hendak bagi penyepak yang Minso ajar aku beberapa hari lepas.

Jariku ligat mencari butang on lalu menekannya.

Insert memory cube

Sebuah kotak lutsinar di tengah-tengah meja monitor tersebut muncul dari bawah secara automatik. Aku sebenarnya kagum, tetapi rasa kagum itu tenggelam di dalam rasa gementar aku.

Aku teragak-agak untuk meletakkan memory cube tersebut. "Macam mana kalau aku tak suka memori aku? Bagaimana kalau aku menyesal nanti? " aku menyoal diri sendiri.

Aku putuskan untuk letak juga memory cube itu ke dalam kotak lutsinar tersebut. Selepas ditutup kotak itu, ia dimasukan ke dalam meja semula dan segala data di dalamnya seperti sedang dimuatkan pada skrin monitor.

Apabila proses tersebut berakhir, skrin memaparkan banyak fail yang tertera bilangan tahun. Dari tahun 1997 sehingga tahun 2021, iaitu pada masa sekarang.

"Kenapa tahun 1997? " aku mencapai tetikus lalu klik pada fail 1997. Skrin memaparkan pula fail lain. Namun, ia bermula daripada 1 September 1997.

"T-tarikh lahir aku, bukan? " tekaku. Aku menekan fail 1 September itu, lalu ia mengeluarkan satu catatan.

1 September 1997

Name: Jeon Jungkook
Blood type : A
Birthplace: Busan, South Korea

Spy until 2016.

"2016? " aku mengerutkan dahi, keliru. Tercengang di hadapan skrin bersaiz besar itu.

Aku membuk fail tahun 2016 pula. Kali ini, apa yang aku lihat bukan catatan. Tetapi fail video. Pada mulanya aku teragak-agak, tetapi aku tahu aku tak ada banyak masa. Aku terus klik pada fail tersebut.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now