▽ 27 ; Farewell

996 168 18
                                    

Semua orang selesai melalui ujian itu. Wajah Yena pucat lesi. Miya pula masih dihantu bayangan mutant tadi. Eunseong dan Shen langsung tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Minso pula.. susah nak mentafsirkan riak wajahnya.

Kwon Hyuk tidak berada di situ. Dia ke sudut yang lain, di mana tempat pengumpulan data terletak. Di situ, dia menilai prestasi setiap ahli pasukan yang melalui ujian tadi. Bersamanya ada beberapa lagi pembantu. Video ujian mereka yang dirakam di dalam bilik tadi dihantar ke HQ Daredevils untuk dinilai.

Penilaian itu memakan masa yang lama. Kwon Hyuk kembali ke arah mereka dengan membawa sebuah tablet.

"Baiklah, keputusan sudah dibuat. " ayat itu membuat semua orang sedar semula. Lari dari lamunan yang lama.

"Sebelum itu, saya nak tanya. Apa perasaan kamu semua masa berada di dalam sana, menjalankan misi sambil diburu mutant? " soal Hyuk secara tiba-tiba. Suasana suspen tadi bertukar. Mereka ingin sangat tahu keputusannya tetapi dialih pula ke topik lain.

"Takut, "

"Rasa macam nak mati. "

"Sangat membebankan. "

"Dan itulah kehidupan setiap hari bagi Daredevils. " Hyuk menyambung ayat mereka. Mata mereka terbuntang.

"Dengar. Kehidupan sebagai Daredevils tak seindah yang kamu tahu. Memang mereka dihormati, dipandang tinggi. Tapi untuk dapat status itu, mereka perlu bertaruh nyawa. Kamu boleh terkorban bila-bila masa, tak kira muda atau tua. Lelaki atau perempuan. " hujah Hyuk. Nadanya seperti merisaukan keadaan bakal ahli Daredevils yang berada di hadapannya.

"Menjadi Daredevils adalah satu keputusan yang berat. Kamu semua pasti yang kamu boleh lalui setiap hari dengan keadaan begitu? "

Bisu. Mereka menjadi bisu. Sungguh mereka tak sangka berhadapan dengan mutant adalah sebegitu rupa.

"Belum terlambat untuk tarik diri sekarang. Kalau ada yang nak tarik diri, kamu akan ditukarkan ke jabatan yang lain. "

Hyuk memberi mereka peluang, namun tiada seorang pun yang menarik diri. Dia menghela nafas lega.

"Biasanya mereka akan rekrut 10 hingga 20 orang sekali gus. Tapi memandangkan ada krisis di sana, mereka hanya nak tiga orang sahaja. " Hyuk membuka tablet yang berada di tangannya. Wajahnya serius dan nampak agak gementar.

"Nama tiga orang yang saya akan panggil ni, sila ke hadapan. "

"Shen, "

"Minso, "

Kemudian, Hyuk terhenti di situ. Dia seperti tergamam dengan apa yang dilihatnya. Namun, riak wajahnya kembali normal sepantas kilat.

"Dan, Jungkook. "

Jungkook bangun bersama Minso dan Shen. Mereka saling berpandangan. Masih gementar. Boleh jadi mereka tak berjaya dan tiga orang yang masih duduk itu lulus atau sebaliknya. Ia boleh jadi apa-apa sahaja.

"Syabas, kamu bertiga akan direkrut ke Daredevils. " Hyuk melemparkan senyuman tahniah.

Shen menutup mulutnya yang terlopong. Minso sudah sebak manakala Jungkook menghela nafas lega. Segala apa yang dikorbankan sewaktu di sini semuanya berbaloi. Tenaga, masa, memori, keperitan, tentangan mental. Ia berbaloi sekarang.

"Kepada Eunseong, Yena dan Miya, jangan rasa kecewa. Kamu bertiga ada potensi untuk direkrut. Belum masanya lagi. Mungkin Daredevils akan rekrut kamu dalam masa terdekat. Sementara tu, kamu bertiga teruskan berlatih. Orang baru yang akan menggantikan tempat kosong dalam pasukan kamu akan datang nanti. " tutur Hyuk lagi. Penerangan itu membuat hati mereka sejuk kembali. Realitinya memang mereka tak rasa mereka dapat hadapi mutant setiap hari. Tetapi mereka masih diberi peluang untuk berlatih lagi, bersedia untuk direkrut.

"Saya nak Minso, Shen dan Jungkook, jumpa saya di Omnus Centre tepat pukul 12 tengah hari. Kamu akan berangkat hari ini juga. Kemaskan barang-barang sekali. Keperluan kamu di Omnus akan diberi nanti. " ujar Hyuk lagi. Mereka berenam menunduk serentak.

11:30 a.m
Dormitory, Combat School

Suasana di dalam bilik mereka suram sama sekali. Hari perpisahan yang dinantikan kini tiba. Mungkin mereka takkan berjumpa lagi. Atau mungkin mereka tak ingat memori yang diluangkan di sini.

"Korang, jaga diri kat sana. " Miya sedang membantu Jungkook membersihkan almarinya. Rasa seperti baru semalam Jungkook penuhkan almarinya dengan baju, kasut dan buku-buku tentang senjata api dan berlawan. Ada juga makanan ringan yang disimpan di celah-celah lambakan baju.

"Jangan lupa makan. Jangan cederakan diri. Jangan menyusahkan orang kat sana. Jangan bodek membodek. Jangan --- " Eunseong membebel seperti Yena ketika ahli lelaki dalam pasukan itu buat hal. Memandangkan Yena mengambil tugas membersihkan tandas, Eunseong mengambil tugas Yena sebagai pengomel.

"Kitorang tak pergi pun lagi, Seong.. " Minso tersengih. Wajah muram Eunsing direnungnya. Aduhai, apalah Eunseong akan buat tanpa Minso. Mereka dah macam abang dan adik di sini.

"Kalau ada masa, korang hantarlah mesej atau email atau apa-apa je lah. " Eunseong menahan tangis. Matanya berkelip tanpa henti demj menghalang air mata jatuh. Kelakar sungguh jika dilihat di depan mata.

"Seong, perpisahan memang memeritkan. Kau boleh menangis jika menangis tu buat kau lebih baik. Pasti ada hikmahnya dengan pemergian kami. " Shen menepuk belakang Eunseong. Mendengar kata-kata Shen tadi, dia menjadi lebih sebak.

"Baiklah, " dia tersedu sedan menjawab.

"Semuanya dah selesai? Kita kena pergi sekarang.. " Minso mengangkat begnya dan dicampak ke atas katil. Hanya standard sebuah beg sahaja yang dibawa.  Begitu juga dengan Shen dan Jungkook.

"Korang tak nak ambil berus gigi ke? Nanti kuning gigi, aku tak nak mengaku kawan dah. " Yena keluar dari bilik air dengan memakai apron, selipar dan sarung tangan getah. Tiga batang berus gigi dijulang ke atas. Pemilik mereka segera mendapatkan mereka lalu tersengih-sengih.

"Okey, dah settle kan? Ada apa-apa lagi yang kami tertinggal? " Jungkook menyoal. Semua menggeleng.

Jungkook, Minso da Shen berbaris di hadapan mereka secara memanjang. Senyuman paling manis mereka lakar pada bibir.

"Terima kasih atas segalanya! " mereka menunduk hormat pada ahli pasukan yang lain. Empangan air mata Eunseong sudah bocor. Miya dan Yena tertawa kecil dek Eunseong meminjam bahu Miya.

"Kalau korang mati kat sana, aku siat-sat korang pastu bagi mutant makan. " ugut Yena. Ya.. Mereka akan rindukan segala ugutannya. Serentak mereka tersengih.

"Kami pergi dulu. Selamat tinggal. "

Minso, Shen dan Jungkook mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Mereka berjalan keluar dari dorm lalu turun ke tingkat bawah dengan menaiki lif.

Apa yang mereka lihat adalah amat mengejutkan. Semua pasukan di Combat School membuat laluan panjang. Setiap orang menabik hormat.

"Semoga berjaya di Omnus! " itu yang mereka ulangi sehingga tiga bakal ahli Daredevils itu tiba di Omnus Centre. Keadaan itu amat mengharukan. Serius mereka katakan.

"Kau dah sedia? " Minso senyum gembira. Shen dan Jungkook turut teruja. Pintu Omnus Centre dia tolak.

Perjalanan ke Omnus, bermula.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now