▼ 20 ; The Capsule

1.1K 187 7
                                    

Hari kedua Omnus Selection Program.  Mereka sudah berada di bilik persediaan sejak dua jam lepas. Menenangkan diri untuk menempuhi apa sahaja selepas ini.

Eunseong membuka pintu dari luar lalu melangkah masuk ke dalam. Dia segera mengunci pintu lalu bersandar padanya.

"Kau dah kenapa? Macam kena kejar makhluk halus je? " Minso bertanya, alang-alang dia berada berdekatan.

"Aku nampak acara untuk hari ni.. " Eunseong sesak nafas. Macamlah dia berlari ke hulur hilir.

"Maksud kau? Kau nampak semua? " Yena juga masuk campur. Eunseong menggeleng, menafikan andaian Yena.

"Aku nampak tangki gas nitrogen dibawa masuk ke dalam arena. Oh, dan kapsul mutant. " ujar Eunseong selepas bertenang buat sementara.

"Kapsul mutant?! " Minso agak terkejut. Ia bukan seperti yang dijangka mereka. Apa pula yang Wanton cuba uji? Itu menjadi persoalan.

"Tak mungkinlah diorang nak tukarkan kita jadi mutant kot? " Shen mencelah. Eunseong hanya mampu mengangkat bahu, tidak tahu. Bukan dia tahu segalanya, sudah dia beritahu apa yang disaksikan sebentar tadi.

"Lebih baik.. " Jungkook bersuara. "Kita jangan andai benda bukan-bukan. Kita sedang bertanding, ingat? Penting untuk setiap kita bersedia dari segi mental dan fizikal. Semakin kita berfikir buruk, semakin lemah semangat kita. "

"Ya, lebih baik begitu. " Minso menghela nafas berat. Kepalanya cuba membuang benda negatif tentang pertandingan yang akan berlangsung dalam beberapa ketika lagi, tetapi sebenarnya agak sukat untuk tidak memikirnya.

Semua sepuluh pasukan yang berjaya menempuhi pertandingan semalam dipanggil semula ke lokasi yang sama. Sebaik sahaja mereka berkumpul, bait-bait kata Eunseong tadi terbukti benar-benar belaka. Terdapat dua belas kapsul mutant dan tangki gas yang beraneka. Simbol tengkorak kepala pada setiap tangki tersebut seakan-akan disengajakan untuk menakut-nakutkan para peserta.

Spotlight memancar ke arah pentas. Mata-mata penonton mula tertumpu di tempat yang sama. Pada masa yang sama, Hyuk melangkah masuk ke dalam arena dengan kot hitam yang unik, khas buat jawatan ketua Wanton.

"Selamat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah buat para peserta yang berjaya melepasi ujian semalam. Semuanya nampak hebat! " Hyuk yang tampak segak dengan pakaiannya mula berbicara. Sebahagian daripada peserta tersebut tersengih, mengenangkan kemenangan semalam. Ada juga yang perasan sendiri apabila dipuji oleh ketua yang disukai ramai. Dan ada juga jenis yang tiada emosi, merisaukan ujian pada hari ini.

"Seterusnya, saya akan terangkan tentang acara pada hari ni. "

Suasana semakin tegang. Para penonton juga senyap, menantikan penerangan kepada acara yang asing ini.

"Di Omnus, hanya 30% gas oksigen sahaja yang wujud. Agak mustahil untuk manusia tinggal di situ. Acara ini, atau lebih sesuai dipanggil ujian, adalah untuk menguji paru-paru bertahan dengan gas asing. "

"Pada satu masa, dua pasukan yang akan bertanding. Setiap ahli pasukan akan mengambil tempat di dalam kapsul tersebut. Masa demi masa, gas asing akan dibebaskan ke dalam kapsul, secara teknikalnya akan mengurangkan kadar peratusan gas oksigen. "

"Jika kamu tak boleh teruskan, kamu boleh tekan butang hijau pada pintu kapsul. Gas asing akan disedut semula dan pintu akan terbuka. "

"Lima pasukan yang bertahan paling lama akan maju ke Semi Final pada hari esok. "

Akhirnya, Hyuk tamat menerangkan kepada peserta tentang ujian tersebut. Dari luar, kelihatan sukar. Tetapi tahap kesukaran belum ditentukan lagi.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now