▼ 19 ; Maze Combat

1.1K 185 9
                                    

Pintu bernombor sembilan ditolak oleh Minso, yang menandakan nombor pasukan mereka. Dia menunggu hingga kelima-lima ahli pasukannya selesai masuk barulah dia masuk.

Minso terus melabuhkan punggung di atas sebuah bangku panjang. Dia memandang Eunseong, Miya dan Shen yang berada di bangku yang bertentangan dengannya manakala Jungkook dan Yena berada di bangku sebaris dengannya.

"Maze Combat Match tu acara baru. " ujar Minso. Seluruh pasukan itu senyap tanpa menyerlahkan sebarang reaksi.

"Tahap kesusahan acara tu sukar ditafsirkan sebab ia acara berpasukan. Biasanya, Combat Match ni acara survival. Lagipun, pasukan lawan kita kuat sangat. " sambung Minso lagi. Dahinya berkerut memikirkan hal tersebut.

"Aku tak pasti kita boleh lawan atau tidak sebab.. "

Shen tiba-tiba bangkit dari duduknya. Wajahnya menjadi perhatian dek dia memandang tepat ke mata Minso.

"Tak, kita boleh sebenarnya. Takkanlah kita berhempas-pulas berlatih selama dua minggu hanya untuk tahu acara apa yang kita bakal hadapi dan terus mengalah saja tanpa mencuba? " Shen menyuarakan pendapatnya. Minso menunduk, dan menghela nafasnya lagi.

"Shen, aku tak habis cakap lagi.. "

Muka Shen memerah, menahan malu. Sia-sia sahaja dia membantah bak pendakwa raya dan peguan bela di mahkamah. Akhirnya, dia duduk sambil merenung lantai.

"Sebab aku tak boleh nak fikirkan sebarang strategi. Lepas aku dengar syarat tadi, otak aku terus kosong. " kata Minso.

"Yah, kau fikir begitu sebab kau selalu fikirkan strategi untuk kitaorang semua. Ia sebenarnya tugas setiap ahli pasukan, untuk sama-sama mengatur strategi. " Miya yang biasanya seorang yang pendiam terus berkata-kata tanpa ragu.

Minso mengangguk. Memang apa yang dikatakan itu benar. Dia sajalah yang mencipta strategi selama ini dan tak pernah mendengar idea orang lain.

"Baiklah, setiap orang.. Sumbangkan idea untuk strategi. "

Shen mengangkat tangan. "Kita bahagikan pasukan kita. Empat menyerang, dua bertahan. Dua tu, The Bomb dan seorang lagi. The Bomb akan lindungi seorang lagi daripada musuh. "

"Musuh akan ingat, seorang lagi tu ialah The Bomb. Jadi, mereka akan serang si dia tu, manakala The Bomb pula akan menyingkirkan musuh yang menyerang. Walaupun seorang lagi tu dah tersingkir, The Bomb masih selamat dan boleh larikan diri atau apa-apa jelah. " idea Shen keluar mencurah-curah, semuanya dia lontarkan menjadi strategi.

"Amacam? "

"Bernas sekali! " balas Minso.

Idea Shen mungkin boleh menjadi rancangan yang bagus. Kerana ia menggunakan tipu muslihat. Memang sesuai dengan konsep Wanton.

"Tapi, siapa yang nak jadi The Bomb? " Jungkook menyoal.

"The Bomb perlu pandai tembak menembak. Jadi aku pilih Yena! " Minso menepuk belakang Yena yang duduk bersila di sebelahnya. Terkejut Yena dibuatnya.

"A-aku? " Yena menunding dirinya sendiri.

"Skil tembak-menembak kau dah cukup mantap. Kaulah yang jadi. " minta Minso lagi. Yena memandang lantai, mencari alasan.

"Kalau musuh tembak aku dulu macam mana? " Yena berjaya membuat ayat kemusykilannya.

"Diorang takkan bazirkan lazer pada kau jika diorang nampak kau sedang lindungi The Bomb yang menyamar. Diorang akan terus tembak The Bomb yang palsu. " Shen menyambung syarahannya.  Melihat Shen yang tersenyum sambil dia menerang, rasa ingin tabik tiga puluh tingkat padanya. Gayanya tak ubah seperti seorang komander tentera.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now