▼ 34 ; Don't Leave Me

1.1K 178 18
                                    

Satu minggu kemudian, 1:21 a.m.
Wanton.

Pintu pejabat Kwon Hyuk diketuk kuat. Terhinjut bahunya. Pintu itu terkuak apabila Kwon Hae merempuh masuk dengan membawa sebuah kotak kecil.

"Aku dah ketuk pintu. Jadi kau perlu dengar masalah ni. " Hae menghempas kotak itu di atas meja. Hyuk memandang sahaja.

"Silakan, "

"Kita ada masalah besar. Sangat besar. Dan kita perlu selesaikannya secepat mungkin.. " laju Hae bercakap dengan nadanya yang masih tercungap-cungap.

"Seokjin dan Jungkook. Mereka dah dapat memori mereka semula. "

Terbeliak mata Hyuk. Hae mengeluarkan sesuatu daripada kotak kecil yang dia bawa. Dua buah memory cube, milik Seokjin dan Jungkook.

"Memory cube Jungkook dah kosong. Maksudnya, dia dah tahu kebenarannya. Seokjin pula ada rekod yang memorinya disalin. Dia juga dah tahu apa yang kita buat padanya. " nada Hae jelas menunjukkan yang dia amat risau. Hyuk juga tak ubah sepertinya.

"Bermaksud, mereka sedang memusuhi kita. Mereka berdua. "

"Jungkook dan Seokjin mungkin akan bongkarkan sesuatu tentang Wanton kepada Daredevils. Sebab mereka dah tahu banyak tentang Wanton. " fikir Hae. Wajah Hyuk seperti sedang mempertimbangkan sesuatu. Ia buat Hae rasa tertunggu.

"Aku perlu hentikan mereka. " Hyuk buat keputusan. Dia menanggalkan kotnya lalu mengatur langkah ke arah pintu.

Namun, tangannya dicapai. Hae pegang tangan abangnya supaya dia berhenti.

"Jangan kata kau akan pergi ke sana! Kau tak boleh ke sana! " Hae berteriak dengan nada geram. Hyuk tak sangka perkara ini berlaku. Kali terakhir dia lihat adiknya berteriak sebegini.. ketika di akademi.

"I need to turn things right, Hae. Mereka kawan-kawan kita! Kita dah buat silap. Kita anggap mereka sebagai kawan suatu masa dahulu. Sekarang? Mereka masih kawan kita, tak kira apa jua keadaan! Dan apa yang kau lakukan sekarang?! Halang aku daripada selamatkan kawan kita? Kenapa aku tak boleh ke sana, Hae?! " ini kali pertama Hyuk tinggikan suara pada Hae sebagai seorang ketua Wanton. Muka Hae sudah dibasahi air mata.

"Mama terkorban di sana, Hyuk.. Kau dah lupa ke? Mama tinggalkan kita di sini dan tak balik-balik.. Aku tak nak kehilangan kau lagi, Hyuk.. Cukuplah aku menderita dulu.. " air mata tak henti bercucuran.

Hyuk terdiam seribu bahasa.

"Tapi.. Seseorang perlu betulkan keadaan, Hae. Bila lagi kalau bukan sekarang? Aku yang pergi. " Hyuk menarik adik kembarnya ke dalam dakapan. Dia cuba menenangkan gadis itu.

"Biar aku ikut. "

"Tak. Aku perlukan kau di sini untuk back up aku. Tak adalah nampak sangat yang aku hilang, kan? " Hyuk menyeka air mata adiknya. Untuk kesekian kalinya, dia rasa hubungan rapat antara mereka berdua. Bukan selalu dia dapat rasakan benda ni. Semua sibuk dengan kerja.

Hae tersangkut-sangkut nafasnya sebelum dia bersuara.

"Jadi.. Apa rancangan kau? Aku akan tolong.. " akhirnya, tangisan Kwon Hae berakhir di situ. Dia kembali serius.

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now