Bab 1

14.8K 161 12
                                    

***Syed Muhammad Shafiq Al-Rayyan***

-"Ana..Cuba kau sebut " I love You "-

***Nur Fara Adriana ***

-" I love you"-

*******************

Tahun 2010

Nur Fara Adriana Zainal nama penuh di beri oleh ibunya, merupakan anak tunggal dalam keluarga dan lebih selesa jika orang memanggilnya dengan nama 'Ana'. Mudah dan ringkas.

Dia..Duduk sambil memeluk tubuhnya. Wajah lelaki itu bermain-main di minda.. terasa asing, tetapi hatinya ingin mendekati lelaki itu dengan lebih dekat. Apa sahaja yang dilakukan serba tidak kena.. Sungguh meresahkan..

Seraya itu Adriana bangun dan mengambil wuduk, bersolat isyak. Meluahkan segala keresahan di hati kepada yang Maha Mengetahui sekalian Alam.

Usai solat,Adriana baring di atas katil dan merenung kipas ciling yang berpusing. Mindanya merewang entah ke mana.

Adriana menyewa di kondominium di Setapak bersama , Syeda. Mereka sebaya. Masing-masing berusia 23 tahun dan masih menuntut jurusan Jurupulih Perubatan di salah satu universiti swasta di Kuala Lumpur. Hanya syeda sahabatnya kerana mereka merupakan sahabat sejak sekolah rendah di Negeri Sembilan.

"Ana, aku lapar la.. jom kita keluar makan. lapar sangat-sangat ni.."

rintih syeda sambil menggosok perut.

"Ala..dah lewat malam ni, pukul 10 malam dah. masak jela.. kan lagi jimat. perempuan jangan malas".

Adriana berkata sambil matanya memandang cermin. melihat raut wajahnya yang keanak-anakkan tapi comel! Puji diri sendiri lah sebab tiada siapa nak puji huhu.

" Ana..please.. kau tak kesiankan kawan kau ke ni. Kita dah la hidup berdua je kat KL ni, siapa lagi aku nak mintak tolong, kalau bukan kau kawan aku dunia akhirat ni.."

" Yelah-yelah.. siap cepat. cepat pergi cepat balik. Aku malas nak berlama-lama kat luar tu.. dah malam.. "

" yahoo! thanks sayang..sayang kau Ana yang cute...!" .

syeda terus mencubit Pipi Adriana yang gebu. geram betul dia dengan lesung pipit Adriana yang dalam tu. ala-ala Pretty Zinta gitu.

" Aduh.. sakitla.. cepat la siap. nanti aku berubah fikiran tahu la, kelaparan kau nanti aku biarkan je.."

Adriana berkata sampai mengusap pipinya yang pedih dek cubitan spontan syeda. Habis merah pipi.

" heheh okay sekejap ye aku bersiap".

syeda terus berlalu dan menyiapkan diri.

Adriana hanya tersenyum melihat karenah sahabatnya itu.. fikirannya melayang sebentar.. teringat sesorang yang membuatkan jantungnya berdegup kencang...

Seorang pemuda yang mempunyai raut wajah yang tampan,segak dan kelihatan seperti berkedudukan tinggi, melihat dari cara pemakaian dan kereta yang dipandunya.

Pertama kali melihat pemuda itu beberapa tahun yang lalu, jantung Adriana tiba-tiba berdegup dengan kencang.Adriana tidak pernah mengalami perasaan seperti Itu. aneh!

" Hoi..!! Ana. mengelamun ke ape kau ni.. Baru sekejap aku bersiap kau dah sampai ke planet mana entah. sampaikan Aku panggil pun tak dengar ."

lamunan tersentak dek suara syeda yang macam guruh tu. Ini betul-betul boleh putus nyawa den ni. berkata Adriana dalam hati.

" ya Allah syeda! Terkejut aku tau. kot ye pun, bagi la salam. Ni tak, terjah aku macam tu je. nasib tak de heart attack tau tak, kalau tak , mau mati aku kat sini" .

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now