Bab 3

6.1K 231 0
                                    

Puding kastard sedia untuk dihidangkan. Melati tersenyum puas dengan hasil air tangannya. Setelah siap hidang terus dia melangkah ke tingkat atas untuk diberi kepada Om seperti yang Mak Ara arahkan.

"Tok.. Tok.. Tok.. Assalamulaikum". Salam diberi. Senyap.

Melati memulas tombol pintu perlahan. 'Tak berkunci'. Bisik Melati di dalam hati. Sudah selangkah kaki Melati masuk ke dalam bilik Little Anggun Zinnia. Kelibat Om tidak kelihatan. Melati melihat sekeliling bilik itu. Dindingnya dipenuhi dengan gambar-gambar. Dihampirinya, membelek sekeping gambar. Seorang remaja lelaki sedang memeluk budak perempuan kecil dari belakang. Melati kenal. Ya dia sangat mengenalinya kerana mereka berdualah yang sering muncul di dalam mimpinya sejak 15 tahun yang lalu.

Melati beralih ke meja tulis. Puding kastard diletakkan di situ. Di meja itu terdapat beberapa frame gambar lagi. Gambar di taman. Budak perempuan itu sedang naik buaian. Di belakangnya remaja itu lagi. 'Kenapa mimpi aku sama dengan gambar-gambar ni'. Hati Melati bersuara lagi.

"Siapa kau?". Tegur Om yang baru keluar dari bilil air.

"Oh.. Maafkan saya En. Om. Saya pembantu rumah baru. Mak Ara minta saya bawakan puding kastard". Terang Melati. Gugup dengan renungan tajam Om yang kaku berdiri di hadapan bilik air.

Om merenung tajam gadis di hadapannya. Matanya. Ya matanya. Seperti Zinnia. Tetapi Zinnia tak sebesar ni. Dia kecil dan comel. Gadis yang berada di depannya tinggi lampai, hidung mancung dan bermata bulat. Ya seperti arwah pakciknya.

"Arrrghhh...". Om menjerit nyaring sambil menarik kuat rambutnya.

"Kenapa ni Melati? Om?. Melati cepat ambil ubat Om ada meja tepi kati tu". Arah Mak Ara yang tiba-tiba muncul apabila terdengar jeritan nyaring dari tingkat atas.

Kelam kabut Melati menghadapi situasi yang tiba-tiba berlaku. Otaknya kaku dengan tiba-tiba.

Setelah Om kembali bertenang. Mak Ara mengajak Melati keluar dari bilik itu.

"Kejap!!! Siapa nama kau?". Soal Om keras.

"Me.. Me.. Melati En. Om". Jawab Melati takut-takut.

"Kau teman aku makan". Suara Om semakin lembut.

Melati memandang Mak Ara. Minta simpati darinya. Dia takut amat takut dengan renungan tajam Om.

"Melati teman ya. Ada apa-apa jerit panggil Mak Ara ya". Sambil tangan Melati digenggam erat sebelum menutup pintu bilik perlahan.

Melati kembali melangkah ke arah Om. Puding kastard turut dia ambil dari meja.

"En. Om nak saya suap atau nak makan sendiri?. Tanya Melati sambil melabuhkan duduknya di birai katil. Matanya memandang Om yang diam bersandar di kepala katil.

Om mengangkat muka. Merenung ke dalam mata gadis sopan bertudung di hadapannya. Sekali lagi bayangan Zinnia muncul.

"En. Om". Tegur Melati sambil melambai-lambai tangannya.
Dah kenapa pulak dengan dia ni. Aku tanya membisu pula. Bebel Melati di dalam hati.

"Letak dulu. Nanti aku makan. Kau duduk sahaja dekat situ. Bila aku dah lena baru kau keluar ya". Pinta Om.

Melati memandang pelik jejaka kacak di hadapannya. Kenapa dia macam ni ya?. Dia sakit apa?. Hati Melati bersoal jawab lagi.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now