Bab 43

4.3K 113 0
                                    

"Hello. Dee you kat mana ni? Mama you tak balik lagi sejak keluar ke ofis. Om pula beritahu you tak join meeting pun tadi. Sekarang dah hampir pukul 11 malam". Bertubi-tubi pertanyaan keluar dari mulut Ammar apabila Dayana akhirnya menjawab panggilannya setelah entah berapa kali dia hubungi tunangnya itu.

"Hurm". "Sayang... Emmm.. ". Serentak suara Ben kedengaran semasa Dayana melekapkan smartphone ke telinganya. Batang tengkuk Dayana menjadi singgahan bibir Ben. Kelam kabut Dayana bangun dan menjarakkan diri dari pelukkan Ben.

"Suara siapa tu Dee. Baik you cakap you kat mana sekarang?". Ammar yakin dia mendengar suara seseorang seperti baru bangun dari tidur.

"Oh!!! Suara dari movie. I kat rumah kawan I sekarang. Family dia tak ada. Dia minta tolong I temankan dia". Dalih Dayana. Matanya dibuka luas memberi isyarat supaya Ben diam sekejap.

"You jangan tipu I Dee. I yakin itu suara lelaki. Baik you cakap sekarang, you kat mana?". Ammar tidak puas hati.

"Sumpah sayang. I kat rumah kawan I sekarang. You tunggu I kat rumah ya. I balik sekarang. Lagipun dia dah tidur. Dia takkan perasan kalau I balik pun". Dayana berusaha menutup perbuatan tak bermoralnya.

"I pergi ambil you. Bagi alamat sekarang". Desak Ammar.

"La... Buat apa nak ambil I. I drive sendiri ke sini. Kereta I macam mana kalau you datang ambil I. Oklah I nak drive ni. Lagi setengah jam I sampai. Miss you baby". Terus Dayana matikan talian. Takut hendak bersoal jawab banyak-banyak dengan Ammar.

Dayana segera mengutip pakaiannya yang bertaburan di lantai. Namun yang kecil berada di tangan Ben.

"Ben bagilah. I kena balik sekarang. Nanti tunang I syak bukan-bukan". Dayana cuba mencapai fabrik lace berwarna peach dari tangan Ben. Namun laju Ben sorokkan di bawah badannya.

"Suka hati youlah". Dayana terus menyarung seluar pallazonya. Handbag dan kunci kereta dicapai sebelum segera keluar dari bilik tidur Ben.

"Dee!!!.. Sampai hati you". Hanya itu yang mampu Ben ucapkan. Dayana sudah menghilang dari pandangannya. Ben mengepal penumbuk menahan geram.

"I akan pastikan you akan jadi milik I Dee. You akan kahwin dengan I Dee, bukan dengan mamat poyo tu". Ben kini merancang sesuatu agar Dayana jatuh ke dalam tangannya. Hati cukup sakit dengan layanan Dee terhadapnya. Keperluan batin dari Dee tidak memuaskan hatinya. Dia ingin memiliki keseluruhan Dayana Daniyal. Pesona Dayana membuatkan dia sentiasa inginkan wanita itu walau apa cara sekali pun. Godaan dan rayuan Dayana benar-benar membuatkan dia hanyut berkali-kali.

✳✳✳✳✳

Hampir 30 minit memecut dengan kelajuan maksima, Dayana tiba di rumahnya. Ammar kelihatan resah dan mundar mandir di hadapan pintu rumah.

"Sorry sayang buat you tunggu lama. I tak berani drive laju sangat. Kenapa tak tunggu dekat dalam ni?". Dayana terus menerpa ke arah Ammar.

"Kenapa selekeh sangat you ni Dee". Ammar memandang Dee atas bawah. Rambut kusut masai. Kolar kemeja yang di pakai sebelah sudah termasuk ke bahagian dalam. Nasib baik kesan-kesan merah gigitan asmara dari Ben tidak kelihatan kerana terselindung dengan rambut panjangnya.

"Oh! I tertidur tadi. Masa leka tengok movie. Tadi I pakai baju kawan I. Nak balik cepat sangat jadi I tak sempat tengok cermin". Tangannya laju membetulkan baju dan rambut.

"You ke singapore kan?". Dayana pelik kerana apa yang dia tahu Ammar ada urusan di Singapore.

"Ya. Tapi I terus balik selepas semuanya selesai. I rindukan you sayang". Tangan Dayana dicapainya. Dayana mengeluh kecil. Hampir tidak didengari Ammar yang berdiri di sebelahnya. Geli mendengar bicara romantis Ammar. Dia lebih rela mendengar dari mulut Ben.

"Ala... Sweet betul you ni. Jom masuk. Sejuk la kat luar ni". Ajak Dayana.

"Kita sembang kat luar aje la. Lagipun parents you dah tidur". Tolak Ammar. Baginya tidak manis berdua dengan Dayana di dalam rumah sedangkan mereka yang lain sudah masuk tidur.

"Ikut suka youlah". Dayana sudah makin menyampah.

"I dah bincang dengan parents you tadi pasal kita. Diaorang pun dah setuju majlis nikah dah sanding kita diadakan sebulan dari sekarang. Sanding kita buat serentak dengan Om dan Melati". Ammar memberitahu butir perbincangan dia bersama mama dan papa Dayana sebentar tadi.

"Hah!". Dayana amat terkejut apabila mendengar rancangan dia sudah berubah. Pada jangkaannya, dia ingat dapat masuk ke rumah Om minggu ni jugak. Ni kena tunggu sebulan lagi.

"You tak kisahkan tunggu sebulan lagi. Atau you dah tak sabar". Ammar sudah senyum-senyum dihujung bicaranya.

"Eh! I ok je. Bolehlah kita buat majlis besar sikit". Lain yang difikirnya lain pula yang keluar dari mulutnya.

"Nanti kita pergi cari baju nikah dan sanding ya. Bila you free?". Tanya Ammar.

"Emmm.. Untuk you I sentiasa free". Dayana cuba bermanis mulut.

"Baiklah sayang. I balik rumah dulu ya. Esok jumpa dekat ofis. Assalamualaikum baby". Ammar mohon untuk pulang, memandang jam sudah menginjak ke angka 12 tengah malam.

"Ok". Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Dayana.

"Oh! Lupa lagi satu perkara. I ingat nak rahsiakan dahulu siapa bakal isteri I dari kawan-kawan dan rakan bisnes kita. I nak kejutkan mereka yang akhirnya I dapat wanita yang I angankan semenjak dari zaman sekolah lagi". Ammar memberitahu idea Om supaya merahsiakan siapa bakal isterinya sehingga hari akad nikah.

"Up to you my dear". Dayana mengiyakan semua kehendak Ammar kerana dia betul-betul tidak teruja dengan pernikahannya dengan lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Oklah kalau you pun ok. I gerak dulu. Love you dear". Ammar terus memboloskan diri ke dalam perut keretanya.

"Arggghhh... Macam-macam la kau Om. Dapat je aku jejakkan kaki ke rumah korang jangan harap kau dapat lepas dari aku. Aku akan buat isteri kau lari tinggalkan kau". Dayana merengus geram sembelum kembali ke keretanya. Dia ingin dapatkan Ben kerana rasa bersalah tergesa-gesa meninggalkan kekasih gelapnya itu.

Dayana memandu seperti biasa tanpa sebarang syak wasangka yang terdapat dua pasang mata tengah memerhatinya ketika itu. Ammar yang singgah di kedai 24 jam berhampiran dengan rumah Dayana untuk dapatkan minuman secara kebetulan melihat kereta Dayana sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

'Mungkin kawannya menyedari dia tiba-tiba hilang'. Ammar bersangka baik dan langsung tidak mengesyaki kemana arah tuju Dayana sebenarnya. Tetapi berbeza dengan sepasang mata yang memandu di belakang kereta Dayana sejak dia keluar dari rumahnya sebentar tadi. Mata itu sungguh teliti memandang sekeliling. Merekod segala-segalanya berkaitan dengan Dayana.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin