Bab 46

4.8K 150 0
                                    

"Abang Ammar.. Boleh Melati duduk".

"Hurm".

"Abang masih marah dan bencikan saya ke?".

"Entah... ".

"Saya tahu semua yang berlaku ni terlalu pantas. Saya harap abang boleh terima saya sebagai adik abang".

"Bagi aku masa. Memang betul semua yang berlaku ni terlalu pantas untuk aku terima. 8 tahun aku menahan rasa. Kalau hilang aku suka. Tapi Om sentiasa membuatkan aku teringatkan kau. Salah aku kerana tidak pernah mempersoalkan sebelum kau lahir lagi. Aku membiarkan perasaan benci bersarang. Jadi... Cuma bagi aku masa".

"Baiklah abang. Ambillah berapa banyak masa yang abang perlukan".

Melati tersenyum sendiri apabila teringatkan perbualan 2 hari lepas. Abangnya meminta masa jadi dia akan memberi seberapa banyak yang dikehendakinya. Janji satu-satunya abang yang dia ada itu tidak membencinya lagi.

"Amboi lebarnya senyum ni. Teringatkan siapa la ya". Tangan terus melingkari pinggang ramping isterinya.

"Emmm.. Melati teringatkan abang Ammar. Macam mana la pertemuan pertama dia dengan Kak Anis tu ya. Boleh ke dia nanti. Jangan dia marah-marah macam dia marah dengan Melati sudah la". Melati turut meletakkan tangan di tangan sasa yang melilit pinggangnya. Kontra tone warnanya.

"Mesti oklah. Ammar tak seteruk yang sayang sangka". Tipu Om. Padahal dia sendiri risau dengan penerimaan Ammar nanti. Buatnya di maki hamun Anis nanti haru jadinya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now