Bab 17

5K 160 1
                                    

Hari yang ditunggu kunjung tiba. Permohonan nikah segera cepat diluluskan memandangkan terdapat kenalan En. Rahim di pejabat agama. Sijil kursus nikah sahaja yang perlu diserahkan kemudian. Nasib baik ujian HIV sempat Om dan Melati buat semasa mereka keluar petang semalam.

"Kamu semua pasti pengantin perempuan tidak mempunyai wali". Tanya jurunikah.

"Kami pasti. Sebab Melati ni ditemui hanyut dilaut. Sepanjang dia dengan kami tiada sesiapa yang mencarinya". Jelas En. Rahim.

'Hanyut di laut. Umur pun baya Zinnia. Tak mungkin la Melati Zinnia. Kalau betul takkan dia tak cam gambar-gambarnya'. Bicara Om di dalam hati.

"Baiklah. Kita boleh mulakan sekarang ya. Kamu Omar Asyraff bin Imran Shah dan kamu Melati binti Abdullah?". Tanya jurunikah.

"Ya..". Jawab keduanya serentak.

"Aku nikahkan dikau Omar Asyraff bin Imran Shah dengan Melati binti Abdullah berwalikan aku dengan maskahwin RM20,000.00 tunai".

"Aku terima nikahnya Melati binti Abdullah dengan maskahwin sebanyak yang tersebut".

Senafas qabul dari Om telah menghalalkan hubungannya dengan Melati.

Melati menyalami tangan Om setelah ditegur oleh Puan Rahmah. Gugup, malu dan gembira bercampur aduk.

Saat Om mengucup dahi Melati. Air mata syukur menitis jua ditubir mata Puan Rahmah dan En. Rahim. Anak angkat kesayangan mereka sudah boleh dilepaskan sepenuhnya ke pangkuan penjaga baru iaitu Om.

"Nah ambil ni Om. Bawalah Melati ke resort ni. Kami tak mampu nak bagi apa-apa untuk kamu berdua. Bilik pengantin pun kami tak sediakan". Kunci dengan tag glory beach resort diserah oleh En. Rahim kepada Om.

"Terima kasih abah.. Mak.. Ni sumbangan dari saya untuk Rumah Sinar Harapan". Bank draf bernilai RM10,000.00 diserahkan ke tangan En Rahim.

"Banyak sangat ni Om. Malu abah hendak menerimanya". Tutur En. Rahim. Bank draf diserahkan kembali ke tangan Om.

"Abah ambil la. Setakat tu sahaja saya mampu sekarang. Insyaallah ada rezeki lebih saya bagi lagi ya". Akhirnya kertas itu Om selitkan di poket baju melayu En. Rahim.

"Terima kasih banyak-banyak Om. Jagakan anak kami ya. Melati pun jaga suami baik-baik. Jangan nak ikut kepala sendiri sangat". Giliran Melati menerima teguran.

"Baiklah Mak Abah". Tubuh Puan Rahmah dipeluk erat.

"Halalkan semua makan minum Melati dekat sini mak, abah". Esak tangis kedengaran.

"Ya nak. Mak halalkan semua. Jangan risau ya. Dah pergi dekat Suami kamu". Dahi Melati dicium.

"Jom sayang". Tangan melati diraih menuju ke kereta.

✳✳✳✳✳✳

"Jahanam... Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku jugak nanti. Aku akan musnahkan hidup kau sekali dengan orang yang kau sayang". Stereng kereta dihentak kasar. Hazim melepaskan amarahnya. Dia bergegas ke Rumah Sinar Harapan apabila mendapat tahu Melati hendak nikah hari ni. Namun sudah terlambat kerana Melati sudah menjadi hak orang.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now