Bab 39

4.6K 138 0
                                    

'Mesti abang ada something dengan Dayana kalau tak kenapa sungguh-sungguh nak halang mereka nikah. Taknak cerita pulak tu, kenapa dia tak sukakan Dayana. Ishhh... Tak sedap hati la macam ni'. Melati membebel sendirian sambil merenung ke luar. Sesekali menyedup udara nyaman di balkoni sebelum terbit matahari. Cardigan labuh yang dipakainya dibetulkan sedikit supaya membaluti keseluruhan tubuhnya yang hanya berseluar pendek dan singlet.

Beberapa ketika berteleku di balkoni Melati menapak masuk menuju ke katil. Om sedang tidur dengan terlentang tidak berbaju. Melati duduk di birai katil, memerhati suaminya yang sedang tidur. Jari telunjuknya menyentuh sedikit lengan Om sebelum menjalar naik ke bahagian dada.

Cardigan yang dipakai Melati dibuka dan mencampaknya ke lantai. Badannya direbahkan disebelah Om dengan sebelah tangan memeluk erat badan kekar itu.

"Emmm...". Om tersedar apabila terasa bebanan yang memberat di bahunya.

"Melati kejutkan abang ke?". Kakinya pula disilangkan ke atas kaki Om. Kulit bertemu kulit.

"Sayang goda abang ke ni?". Tanya Om.

"Ma-mana ada. Kenapa? Abang tergoda ke?". Tanya Melati pula.

"Abang tanya dia tanya abang balik". Kepala Melati di belai lembut.

"Abang....". Melerek suara Melati.

"Emmm... Apa sayang". Jawab Om tetapi mata masih tertutup rapat.

"Melati nak tanya sesuatu boleh tak?". Niatnya cuma satu, iaitu mengorek cerita pasal Dayana.

"Tanyalah sayang". Balas Om lagi.

"Kenapa abang tak suka Dayana dengan abang Ammar. Abang sukakan Dayana ke?". Melati mengigit bibir bawahnya. Segan sebenarnya tetapi demi suami yang sangat dicintainya dia perlu pastikannya. Om hanya membatukan diri sahaja. Melihat sikap Om begitu Melati bertindak menindih suaminya dengan kedua belah tangan memegang pipi Om.

"Abang... Bukalah mata. Melati tanya ni. Kenapa susah sangat nak jawab. Kalau macam ni Melati akan anggap abang sukakan Dayana dan hendak memilikinya, sebab itulah abang tak suka dia dengan abang Ammar". Keluhan dilepaskan dan ingin beralih dari badan suaminya.

Belum sempat Melati berkalih ke sebelah, Om terlebih dahulu bangun. Tangannya segera memeluk pinggang isterinya serentak dengan ciuman di bibir. Lama sehingga keduanya lelah mencari nafas masing-masing.

"A-abang...". Melati mencari nafas untuk bersuara.

"Mulut suka betul cakap bukan-bukan". Om gigit sediki bibir Melati.

"Abang la. Payah sangat nak bagitahu Melati". Jari jemarinya mengelus lembut sekitar bahu naik ke leher Om membuatkan suaminya menahan rasa.

"Abang... I love you. Sebab tu Melati ingin tahu kenapa abang tak suka Dayana dengan abang Ammar". Bisik Melati ke telinga Om.

"I love you more baby". Pelukan diketatkan.

"Jadi bagitahu la kenapa". Pelukan dijarakkan. Rambut dibetulkan dan di bawa ke bahu kiri. Leher sebelah kanan terdedah menjadi santapan mata Om.

Om hanya memandang statik kepada Melati yang sedang duduk di ribanya. Sejengkal sahaja jarak yang memisahkan mereka berdua.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now