Bab 34

4.9K 135 0
                                    

Melati masih lagi berselubung di dalam selimut. Berpura-pura tidur kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri yang terlebih miang walaupun dengan suami sendiri.

"Sayang... Tak payah pura-pura tidur la. Abang tahu sayang tipu je". Selimut yang melitupi Melati dibuka. Mata Melati dipejam rapat. Timbul idea hendak mengusik isterinya. Dahi Melati dikucup lama, begitu juga dengan kedua belah pipi. Melati masih lagi mendiamkan diri.

Om tersenyum sumbing. Pipi Melati dielus lembut. Perlahan-lahan turun ke leher. Om ketawa kecil apabila melihat Melati seperti menelan liurnya. Hujung telunjuk dilerekkan dari leher hingga ke dada. Degupan kencang disebalik dada jelas kedengaran. T-shirt pink yang dipakai oleh Melati diselak sedikit sehingga menampakkan perut lepernya. Ciuman singgah berkali-kali disitu sehingga Melati mengeliat kegelian.

"Tengok.... Bangunlah sayang. Ok...". Om berpura-pura hendak menarik seluar trek yang membaluti Melati.

"Abang!!!". Jerit Melati. Tangan segera membetulkan pakaiannya.

"Tahu takut. Tipulah abang lagi. Lepas ni abang buka je semua". Ucap Om dengan tawa terbahak-bahak. Suka betul kerana dapat mengusik Melati.

"Gatal tau". Perut Om yang terdedah dicubit geram.

"Aduh". Om menyeringai kesakitan.

"Main kasar nampak". Om segera merebahkan Melati kembali dan menindihnya. Melati cuba untuk menolak badan Om, namun dia tidak sekuat suaminya.

"Abang suka sayang macam ni. Sudah berani mengusik abang. Sentuh dan belai-belai abang. Curi-curi kiss pun dah pandai". Hidung Melati dicuit sedikit.

"Ma...mana ada...". Melati mengalihkan pandangan daripada renungan Om kerana malu menyelubunginya kini.

"Comel betul isteri abang ni. Sayang... Abang nak..".

"Nak apa???". Laju Melati memotong percakapan suaminya.

"Sayang fikir apa ni?. Abang nak air la. Boleh tolong buatkan?. Abang nak tunggu subuh baru tidur. Takut terlajak nanti. Sayang temankan abang ya. Kita borak-borak". Om membetulkan duduknya.

"Ooo... Ok". Segera Melati bingkas menuju ke pintu.

"Bawakan makanan ringan sekali ya sayang". Pesan Om lagi. Melati mengangguk sahaja.

Om juga bangun dari katil untuk mengambil baju t-shirt. Album lama diambil juga.

"Malunya aku". Melati menggigit bibir bawahnya sambil tangan lincah mengacau kopi o di dalam teko. Sebekas keropok diambilnya.

"Aduh... Lupa nak tanya. Nak minum dalam bilik atau kat ruang tamu". Bebel Melati sendiri.

Melati segera membawa dulang berisi seteko air kopi o, dua cawan dan sebekas keropok ke tingkat atas menuju ke biliknya dengan Om.

Om yang sedang duduk di bangku di beranda tidak menyedari kehadiran Melati kerana asyik merenung ke luar.

"Air abang". Melati menuangkan air ke dalam cawan.

"Duduk sini sayang". Kusyen di sebelahnya ditepuk perlahan. Teragak-agak Melati melabuhkan duduk di sebelah Om.

"Terima kasih sayang". Pinggang Melati segera dipaut. Ciuman singgah di pipi kanan Melati.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now