Bab 2

5.4K 192 2
                                    

"Villa Nurin Al-Ziyad". Melati membaca perlahan label di pagar utama.

"Masuk duduk dulu Melati. Aku nak panggil Mak Ara kat belakang". Arah Ammar.

"Mak Ara buat apa?". Tegur Ammar. Sengaja dikuatkan sedikit suaranya kerana Mak Ara leka memasak sambil menyanyi.

"Ya Allah Ammar. Terkejut makcik tau". Jerit Mak Ara. Tangannya mencubit perlahan lengan Ammar.

"Macam mana dengan Om hari ni?". Ammar bertanyakan keadaan sepupunya.

"Macam tu la Ammar. Seperti biasa. Asyik menyebut nama Zinnia. Makan pun tak nak. Makin teruk Mak Ara tengok". Terang Ara sambil mengeluh perlahan.

"Tak apalah Mak Ara. Mari ke depan sekejap. Saya bawa seseorang". Ajak Ammar.

"Calon isteri ke Ammar?". Teka Mak Ara sambil senyum-senyum. 
"Bukan la Mak Ara. Saya bawa pembantu untuk Mak Ara". Ujar Ammar lagi sambil memeluk bahu Mak Ara.

"Melati ni Mak Ara. Mak Ara ni Melati". Ammar memperkenalkan mereka berdua.

"Makcik!!!.. Terjerit kecil Melati melihat makcik yang bagi alamat tadi.

"Jawatan ni yang kamu minta nak?". Soal Mak Ara.

Melati menggelengkan kepalanya. "Saya ditawarkan kerja ni makcik sebab saya belajar sampai tingkatan 5 sahaja". Jujur Melati menerangkannya.

"Ehem..." Ammar berdehem perlahan untuk mematikan perbualan dua wanita di hadapannya.

"Lupa pulak dengan Ammar. Sebenarnya Mak Ara la yang bagi alamat pejabat Ammar dekat Melati ni. Mak Ara terserempak dengan dia masa beli makanan untuk Om siang tadi". Terang Mak Ara.

"Ooo.. Dah kenal senang la sikit. Mak Ara nanti bersihkan bilik sebelah Mak Ara tu ya. Malam ni Melati tidur dengan Mak ara dulu. Saya nak ke atas tengok Om kejap. Nanti bawakkan makanan Om ya". Arah Ammar.

Kedua-duanya mengangguk perlahan.

"Melati pergi rehat dulu ya. Bilik Mak Ara yang pertama tu ya. Nanti kita sembang ya". Arah Mak Ara pula.

"Om... Macam mana hari ni?. Ubat dah makan ke?" "Jumpa Zinnia tak?". Soalan dijawab dengan soalan.

Om mengeluh berat. Matanya menitiskan air mata lagi. Hidupnya kosong tanpa Zinnia. Zinnia hilang kerana dia tak kuat. Kerana dia lemah dan lembik.

"Sudah la Om. Kesihatan kena jaga juga. Kita kena bangkit Om. Jom makan. Abang pun belum makan lagi ni". Ujar Ammar.

"Om belum lapar lagi. Abang makan la dulu. Om nak duduk sini sekejap".

✳✳✳✳✳

Setelah selesai menyediakan sarapan Melati ke tingkat atas untuk mengambil pakaian kotor seperti yang diberitahu Mak Ara.

"Little Anggun Zinnia". Melati membaca perlahan.

"Bilik tu biar Mak Ara yang kemas". Larang Ammar bimbang Om yang sedang tidur akan terganggu.

"Baiklah En. Ammar". Jawab Melati patuh.

Ammar berlalu turun untuk bersarapan di bawah. Dia perlu ke pejabat lebih awal untuk menguruskan beberapa hal penting.

"Melati macam mana Mak Ara?". Tanya Ammar sambil menyuapkan nasi lemak.

"Alhamdulillah Ammar. Dia memang pandai buat kerja. Nasi lemak tu dia la yang masak". Terang Mak Ara.

"Emmm... Sedap. Ada lebih tak Mak Ara. Bungkuskan untuk bekal saya ya. Tak perlu nak keluar makan tengah hari nanti". Ujar Ammar dengan mulut penuh.

"Yalah Ammar. Selalu nak bekal aje. Tak segan ke dengan pekerja asyik bawa bekal. Sesekali tu pergilah makan dengan kawan-kawan". Tegur Mak ara.

"Mak Ara ni. Macam tak tahu perangai saya pulak". Balas Ammar.

"Melati bawa baju kotor tu ke belakang ya. Kita sarapan dulu". Tegur Mak Ara apabila melati berjalan hendak ke belakang dengan bakul baju.

"Tak mengapalah, Mak Ara dengan En. Ammar sarapan dulu ya. Saya tak biasa makan awal sangat". Jawab Melati sopan.

Ammar hanya tunduk diam membisu. Menyudahkan suapan terakhirnya sebelum bangun membawa pinggang kotor ke dapur.

Melati ada di situ. Sedang memasak sesuatu.

"Lain kali kalau orang ajak tu jangan tolak macam tu. Duduklah jamah sikit. Tak makan pagi boleh minum aje". Tegur ammar.

"Baiklah En. Ammar. Maafkan saya. Lain kali saya tak buat lagi". Laju Melati memohon maaf.

"Tu kau masak apa pulak"?. Tanya Ammar lagi.

"Oooo... Saya masak puding castard untuk En. Om. Mak Ara cakap dia suka". Terang Melati.

"Oklah. Hati-hati dengan Om. Jangan buat dia tak selesa atau stress dengan kau ya". Pesan Ammar lagi.

Melati hanya mengangguk tanda faham dengan arahan Ammar dan kemudiannya kembali mengacau bancuhan tepung kastard.

"Mak Ara tak sangka Melati pandai buat puding kastard ni". Tegur Mak Ara.

"Biasa aje Mak Ara. Saya selalu buat untuk adik-adik di Rumah Sinar Harapan". Jawab Melati jujur.

"Berapa umur Melati sekarang?". Selidik Mak Ara. Nampak muda sangat di matanya.

"Dah masuk 23 rasanya Mak Ara". Jawab Melati yang tidak pasti dengan umurnya.

"Ada pulak rasanya. Macam-macam la Melati ni". Balas Mak Ara lagi. Tidak faham situasi Melati.

Memori Melati hanya mengenai remaja lelaki yang berusia 17 atau 18 tahun yang selalu bermain dengan kanak-kanak perempuan berusia 7 atau 8 tahun. Selain dari itu dia tidak ingat langsung siapa dirinya yang sebenarnya. Dia ditempatkan di Rumah Sinar Harapan setelah ibu angkatnya meninggal dunia. Ibu angkatnya menemui Melati di laut. Sedang berpaut pada serpihan bot. Melati adalah nama yang diberi oleh ibu angkatnya kerana dia tidak tahu siapa, nama dan dari mana asalnya.

"Eh.. Eh.. Termenung pulak dia. Teringatkan kekasih ke ni?". Usik Mak Ara.

"Tak adalah Mak Ara. Teringatkan kenangan semasa di Rumah Sinar Harapan aje. Selalu masa macam ni adik-adik mesti tengah makan pagi". Mata Melati hampir menitiskan air mata. Namun cepat-cepat dia menghalang.

"Sabar ya Melati". Mak Ara berkata lagi sebelum mengusap perlahan belakang Melati.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now