Bab 21

5K 159 2
                                    

'Aduh sekali lagi aku suka suki buka baju dan seluar masa tidur'. Bebel Melati apabila tersedar dari tidur dengan baju t-shirt hilang dari badan. Legging masih melekat di hujung kaki, tetapi sebelah sahaja. Nasib baik Om di sebelah masih nyenyak tidur. Melati mengurut dada lega. Dengan berhati-hati dia turun dari katil menuju ke bilik air. Hendak mandi dan bersihkan diri sebelum ke bawah bantu Mak Ara sediakan sarapan.

Agak lama Melati di dalam bilik air. Om tersedar dari lena. Meraba-raba di sebelahnya. Sudah kosong. Jam di meja sebelahnya di jeling, sudah pukul 6 pagi. Om mengeliat, terasa ada sesuatu di bawah belakangnya.

"Ya allah Melati. Dia buat lagi. Tahu tak boleh tidur pakai macam ni dipakainya jugak. Entah bilalah dia buka bajunya". Om membebel seorang diri. Senyum sumbing jelas di kelihatan. Geli hati dengan perangai Melati yang membuka baju semasa tidur. 'Nasib baik dia buka yang luar sahaja. Kalau semua sekali dibukanya mau tak lena tidur aku nanti'. Bicara Om di dalam hati.

"Abang dah bangun. Baru Melati nak kejutkan". Tegur Melati yang sudah berpakaian lengkap, cuma kepala masih berbalut dengan tuala.

"Mandi tak ajak abang pun. Sampai hati sayang". Mulut dimuncungkan. Cuba merajuk sedikit.

"Aaa... Takkan nak mandi sama-sama. Emmm.. Melati nak turun siapkan sarapan dengan Mak Ara ya". Mohon Melati.

"Kejap la sayang. Awal lagi ni. Sini kejap". Panggil Om. Dia bangun dari baring dan bersandar di kepala katil.

Melati melangkah berat menghampiri suaminya. Akur dengan permintaan suaminya dan melabuhkan duduk di birai katil.

"Kenapa suka buka baju dan seluar masa tidur?". Tanya Om. Agak serius suaranya. Wajah Melati merona menahan rasa apabila perihal kelakuan tidak senonohnya dibangkitkan.

"Emmm... En-entah. Me-melati pu-pun ta-tak ta-tahu". Tergagap Melati menjawabnya.

"Sayang... Pandang abang ni". Om mendekatkan dirinya kepada Melati. Dagu Melati diangkat supaya memandangnya.

"Lepas ni sayang pakai sahaja baju yang sayang rasa selesa. Kita sudah halal kan, jadi sayang tak perlu nak cover sangat. Kalau tak pakai apa-apa pun masih halal untuk abang tengok tau". Bola mata Melati direnung seketika sebelum isterinya melarikan pandangannya ke sebelah kanan.

'Aduh... Takkan aku nak pakai singlet dengan seluar pendek paras paha yang biasa aku pakai'. Omel Melati di dalam hati. Bibir bawah dikemamnya.

"Sayang... Dengar tak ni?". Di balas dengan anggukkan Melati.

"Ingat ya. Jangan nak pakai pelik-pelik lagi masa tidur". Pesan Om.

"Pakai t-shirt dengan seluar panjang pelik ke?". Soal Melati separuh menyindir. Menghilangkan rasa malu dengan perangai tidak senonohnya.

"Pelik la kalau Melati tak biasa pakai tiba-tiba pakai. Kalau kat luar bilik ni wajib kena pakai macam tu termasuk tutup rambut sayang ni. Sebab ianya milik abang sorang sahaja". Hati Melati berbunga riang apabila mendengar bicara suaminya. Sengihan sumbing jelas kelihatan.

"Punya la banyak abang membebel, sayang balas dengan sengihan sahaja". Hidung Melati dipicit, menyebabkan isterinya terjerit kecil.

"Tapi kan... Kalau tak pakai apa-apa masa tidur lagi bagus sebenarnya. Senang abang ngap sayang nanti". Bisik Om ke telinga Melati.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now