Bab 31

4.6K 141 0
                                    

Melati segera merebahkan badannya di katil. Naim yang menghantarnya segera berlalu pergi kerana ingin menunggu Om di pintu masuk utama, bimbang beliau tidak menemui hotel yang diduduki isterinya. Terasa lenguh sengenap inci urat saraf dan tulang belulang Melati ketika itu. Mungkin kesan kekasaran Hazim terhadapnya. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam.

Melati merenung syiling bilik hotel itu. Timbul penyesalan yang amat kerana cuba lari meninggalkan suaminya padahal dia boleh sangat kalau hendak terus berada di samping Om. Oleh kerana tidak mampu hendak bersabar, dia telah menyusahkan semua orang dan juga dirinya sendiri.

"Ya Allah apa aku buat ni. Ampunkan aku ya Allah". Melati meraup kasar mukanya. Kemudiannya bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Badannya betul-betul melekit dan sungguh tidak selesa.

Melati memandang pantulan figuranya di kaca cermin. Pucat lesi dengan rambut serabai. Pipinya disentuh perlahan. Terbayang ciuman Hazim yang pernah singgah disitu. Serta merta air matanya jatuh. Pipinya digosok kasar. Jijik kerana sentuhan lelaki yang tidak halal baginya pernah singgah di situ.

"Ya Allah. Aku isteri yang berdosa. Ampunkan aku ya Allah". Raung Melati. Esak tangis makin bergema di ruangan yang agak sempit itu.

Hampir 20 minit Melati merintih mengenangkan betapa berdosanya dia. Pakaian yang dipakai dibuka satu persatu dan kemudiannya di campak ke atas katil supaya tidak basah kerana dia perlu memakainya kembali memandangkan itulah satu-satunya pakaian yang dia ada. Beg bajunya masih berada di dalam teksi.

Pili air pancut dibuka. Mencurah-curah air jatuh ke kepalanya. Terasa segar sangat kerana kali terakhir dia mandi adalah waktu magrib sebelum dia meninggalkan Villa Nurin Al-Ziyad. Beberapa ketika Melati berteleku di bawah pancuran air yang agak dingin. Selesai mandi segera Melati mencapai tuala yang telah disediakan di bilik hotel itu.

Hampir rebah Melati sebaik sahaja pintu bilik air dibuka. Hazim mencerlung kepadanya dengan kedua belah tangan memegang bingkai pintu bilik air.

"Hai sayang. Kita jumpa lagi. Kali ni aku takkan lepaskan kau". Lirikan senyum sinis jelas terukir di bibir Hazim. Tubuh Melati yang hanya berbalut tuala separas paha itu direnung tajam.

Melati segera ingin menutup pintu bilik air. Namun pantas dihalang oleh Hazim dengan kasar. Tubuh Melati dirangkul kemas. Dengan kasar tubuh kecil itu diheret ke katil.

"Please awak... Jangan buat saya macam ni. Saya isteri orang. Jangan rosakkan maruh saya". Rayu Melati dengan esak tangis. Hazim hanya tersenyum sinis. T-shirtnya pantas dibuka, begitu juga jeans yang dipakainya. Melati memejamkan matanya apabila terpandang Hazim yang hanya memakai boxer sahaja dibadannya.

"Hazim!!! Saya merayu dengan awak. Tolong jangan apa-apakan saya". Melati merayu lagi. Namum Hazim tidak mengendahkannya. Hujung kaki Melati yang terdedah dicuit sedikit. Laju Melati melarikan kakinya.

Hazim menghempap badan kecil Melati. Tangan Melati di bawa ke atas dan mengikatnya di kepala katil. Mulut Melati pula disumbat dengan kain entah dari mana sebelum diikat ketat supaya tidak boleh bersuara lagi.

Hazim memandang bengis sekujur tubuh Melati yang berikat itu. Tuala sudah terburai ikatannya dan terselak mendedahkan keseluruhan paha gebu Melati. Bahagian atas pula hanya di puncaknya sahaja yang masih tertutup. Dada Melati berombak kencang menambahkan lagi keghirahan Hazim. Kaki Melati dicapai. Dicium rakus sehingga ke pangkal paha. Hazim menghadiahkan senyuman sinis memandang Melati yang sudah memejamkan matanya ketakutan.

Baru sahaja tangan Hazim hendak menarik tuala yang menutup sebahagian badan Melati, pintu bilik hotel ditendang kuat.

"Kurang ajar kau binatang!!!". Jeritan nyaring kedengaran berserta tendangan padu mengena dada Hazim dan menyebabkan dia jatuh terduduk.

Melati masih memejamkan matanya. Malu teramat malu dia ketika itu. Tetapi tidak lama selepas itu dia merasa ada yang menutup badannya dengan selimut. Tali yang mengikat tangan dan mulutnya di buka.

"Sayang... Sayang ok tak ni?. Sayang tolong buka mata. Jangan tinggalkan abang". Om meraung sekuat hatinya. Kalaulah dia segera ke sini tanpa singgah di balai polis terlebih dahulu sudah tentu keadaan Melati tidak seteruk ini. Timbul penyesalan yang menggunung di dalam dirinya.

"Abang...". Melati membuka matanya sedikit setelah betul-betul yakin orang yang memakunya ketika itu adalah suaminya sendiri.

"Maafkan Melati kerana tinggalkan abang... Ampunkan semua dosa Melati". Melati melepaskan tangisan semahunya. Badan Om dipeluk seeratnya.

"Syukur sayang tak apa-apa". Kepala Melati dikucup lembut sambil mengusap lembut lengan yang sudah berbalut dengan selimut.

"Encik dengan Puan maafkan saya. Sila ikut kami ke balai untuk membuat laporan lebih lanjut mengenai kes ini". Tegur salah seorang pegawai polis. Hazim yang bergari memandang sinis kepada Melati dan Om. Air mukanya penuh dengan dendam.

Setelah Hazim dibawa pergi, Om mencapai pakaian Melati yang berterabur di atas katil dan juga lantai. Pakaian itu disarungkan satu persatu ke badan isterinya dengan penuh cermat.

"Mana tudung sayang?". Tanya Om setelah melilau sekeliling bilik hotel itu namun tidak kelihatan di mana-mana.

"Hazim dah bakar". Tangisan kembali pecah mengenangkan berapa ramai yang telah melihat auratnya selain Om.

"Sial betul". Sumpah Om. Om menarik nafas dalam untuk membuang amarahnya.

"Sayang pakai tuala dulu untuk tutup rambut dan leher sayang". Om meletakkan tuala di kepala Melati dan melilit ala kadar supaya aurat isterinya tertutup. Jaket yang dipakainya juga disarungkan ke bahu Melati.

"Jom sayang". Om memimpin Melati keluar dari bilik hotel itu. Melati hanya tunduk membisu. Rasa bersalah dengan tindakannya yang terburu-buru.

"Duit ni untuk repair pintu bilik yang saya rosakkan". Om menghulurkan RM150 kepada pemilik hotel budjet dari kedai dua tingkat yang diubahsuai. Pemilik hotel hanya menerima duit dari Om tanpa berkata apa-apa. Mungkin terkejut dengan kekecohan sebentar tadi.

"Kita ke balai polis sekejap lepas tu kita terus ke airport, bermalam di hotel sekitar sana sahaja. Kalau ikut hati abang ni nak je bawa sayang terus balik ke rumah kita tapi flight tak ada lewat malam macam ni". Melati hanya mendengar tanpa bersuara apa-apa. Terkunci terus mulutnya ketika itu walaupun dia sebenarnya mengharapkan kata-kata maaf dari suaminya. Layanan yang baik tidak cukup untuk menunjukkan kesalahannya telah dimaafkan.

Pengalaman sepanjang dua hari telah memberi impak yang besar kepada Melati. Kebetulan yang tidak disangka kerana bertemu dengan Hazim telah membawa dia ke negara yang cukup asing baginya. Ketakutan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Melati cukup bernasib baik kerana bertemu dengan orang yang baik hati seperti Abe Pa dan Naim.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now