Bab 9

5.1K 175 0
                                    

Sampai sahaja dekat Villa Nurin Al-Ziyad Melati terus cepat-cepat meluru masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Om. Om hanya menggelengkan kepalanya. Tersenyum sendiri melihat telatah Melati yang merajuk dengannya. Om sengaja hendak menduga Melati.

Bilik tempat yang dituju. 'Aku benci kau. Benci sangat-sangat'. Marah Melati di dalam hati. Dia menangis semahunya. Mukanya disembamkan ke bantal mengelakkan sendunya jelas kedengaran. Terasa sangat kerdil apabila dipermainkan oleh Om. Lelaki yang telah mencuri hatinya.

Siapa sangka dalam diam dia jatuh hati dengan Om. Tapi tiada gunanya lagi sebab Om mempunyai yang lain. Cincin telah dibeli. Maknanya tidak lama lagi ikatan akan dijalinkan.

Melati hanya duduk berteleku di dalam biliknya. Dia tidak perlu menyediakan makan malam sebab sebelum pulang tadi dia dan Om sudah makan di luar.

Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Bilik Melati sudah gelap. "Dah tidur ke?. Merajuk ke dia?". Bicara Om sendiri. Timbul perasaan menyesal kerana asyik mengusik Melati. 'Dia marah pasal cincin tu ke?'. Teka Om lagi. "Nampaknya rancangan aku perlu dipercepatkan". Bicara Om seorang diri.

Seperti yang dijanjikan. Tepat pukul 8 pagi Melati sudah siap berkemas. Walaupun muka dan mata sembab kesan menangis tidak dia peduli. Perasaan rindu sangat lebih diutamakan sekarang ni.

"Dah siap ke?". Tanya Ammar. Tegas tanpa segaris senyum.

"Dah. Kita nak gerak sekarang atau En. Ammar nak sarapan dulu?". Tanya Melati.

"Tak payah la. Nanti sarapan kat luar je". Jawab Ammar. Terus berlalu keluar. Begitu juga Melati namun langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik Om. Lama di situ.

"Om tak ada. Dia keluar joging. Aku dah bagitahu dia". Ujar Ammar. Melati masih tidak berganjak.

"Tunggu apa lagi?". Sergah Ammar.

Terangkat bahu Melati akibat terkejut. Dia menghempaskan keluhan berat sebelum menyusun langkah menuju ke kereta.

"Pintu semua dah kunci ke?". Tanya Ammar.

"Dah En. Ammar". Jawab Melati sepatah.

Om memandang dari jauh kereta meluncur berlalu dari rumah. Dia tidak sempat bertemu Melati sebelum dia pergi. "Malam nanti balik la tu". Ucap Om untuk menyedapkan hatinya.

Om membuka tudung saji di meja makan. Nasi lemak sambal sotong terhidang. Terselit nota ringkas.

Silakan makan En. Om. Jangan lupa makan ubat.

-Melati-

Ringkas dan padat. Om tersenyum memandang nota dari Melati. Marah-marah pun Melati masih siapkan kerjanya.

Tiada selera Om makan bersendirian kerana biasanya Melati yang temankan. Nasi  dijamah sedikit sahaja. Langkah di atur menuju ke bilik Melati. Katil dikemas rapi, meja solek yang tak berapa banyak barang. Almari dibuka, beberapa helai baju kurung tergantung. Laci pula dibuka, tersusun anak kecil. Laju tangan Om menutup kembali. Kemudiannya ketawa kecil. Belum sejam Melati pergi dia dah merinduinya.  

"Esok aku nak hantar Melati ke Rumah Sinar Harapan". Ujar Ammar.

"Hah!!!. Kenapa?. Dia dah berhenti kerja ke?". Kalut Om mendengarnya. Tahu takut. Masa menyakat tak ingat dunia.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now