Bab 41

4.4K 134 2
                                    

"Sayang... Sayang nak tak kalau abang dapatkan rawatan untuk pulihkan kembali memori sayang?". Om memecahkan kesunyian dengan memulakan perbualan.

"Rawatan?". Melati pelik sehingga menimbulkan kerutan di dahinya.

"Ya sayang. Rawatan pakar. Sayang taknak ingat balik ke memori semasa kecil. Semasa sayang bersama abang". Rambut Melati dipintal dengan jari telunjuknya.

"Emmm... Kalau Melati pilih tak abang marah tak?". Duga Melati.

"Kenapa taknak sayang? Sayang taknak ingat balik ke memori masa kecil dulu. Betapa manjanya sayang dengan abang. Semua benda nak dengan abang aje tau". Pancing Om.

"Melati pilih tak abang. Memori tu biarlah berlalu. Melati nak jadi Melati isteri abang buat selama-lamanya. Biarlah Anggun Zinnia menjadi kenangan sahaja. Tiada yang penting untuk Melati ingat kan". Panjang lebar alasan yang keluar dari mulutnya.

"Kalau sayang tidak menggunakan nama Anggun Zinnia akan timbul masalah untuk pembahagian harta pusaka peninggalan arwah mama dan papa sayang". Om masih berniat memujuk Melati supaya menerima rawatan pakar.

"Kalau pasal harta memang Melati taknak. Biarlah abang Ammar yang uruskan. Melati cuma nak abang je". Pinggang Om dipeluk erat. Dada suaminya yang tidak berbaju dicium lama.

"Nak abang??? Jomlah. Abang sentiasa ready untuk sayang". Usik Om.

"Abang!!! Bukan itulah maksud Melati". Dada Om dipukul manja.

"Ooo.. Maksud abang pun bukan itulah jugak. Eeee... Otak kuning jugak sayang abang ni". Usikan Om kali ini menyebabkan Melati malu sendiri.

"Jadi.... Apa maksud abang". Suara Melati makin perlahan.

"Maksud abang.... ". Badan Melati dialihkan dan merebahkan ke tilam. Kedua belah tangan melati dijalin dengan jari jemarinya dan di bawa ke atas kepala isterinya.

"Abang.... ". Melati sudah memahami usikkan Om.

"Ya sayang". Dahinya menyentuh dahi Melati. "Abang cintakan sayang sangat-sangat. Abang tak mampu hidup kalau sayang hilang lagi dari abang. Tolong jangan tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi lepas ni. Sayang yang pertama dan yang terakhir dalam hidup abang". Bola mata hitam bersinar milik isterinya direnung. Kelihatan berkaca dengan air jernih.

"Oh! Sayang. Maafkan abang". Segera membawa Melati ke dalam pelukannya.

"Isk... Isk... Melati yang patut minta maaf kerana tinggalkan abang hari tu. Isk... Isk.. Lepas ni walau apa pun yang berlaku Melati janji tak akan pergi tanpa mendengar penjelasan abang terlebih dahulu". Ujar Melati dengan muka disembamkan ke dada Om. Habis basah badan tidak berbaju itu dengan air mata dan hingusnya yang meleleh-leleh.

"Alahai... Manja betul sayang abang ni. Suka betul dia menangis. Tengok.. Dah tak comel". Kedua belah pipi Melati dipegang dengan telapak tangannya sambil ibu jari menyapu sisa air mata yang masih laju membanjiri pipi.

"Melati isk.. Isk.. Minta ma.. maaf". Mohon Melati dalam esak tangis.

"Iya sayang. Abang sentiasa maafkan sayang. Dah berhenti menangis sayang. Tengok! Habis merah hidung sayang ni". Hidung Melati dipicit lembut.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now