Bab 8

5.2K 180 1
                                    

"Jom dah sampai". Ucap Om.

Melati memandang pelik. Jauh-jauh datang ini sahaja yang Om bawanya. Padahal berderet kedai mamak sepanjang perjalanan mereka tadi.

"Assalamualaikum pakcik". Sapa Om.

"Om!!!!.. Lamanya tak datang warung pakcik ni. Dah tak sudi ke?". Balas pakcik itu.

"Takdelah pakcik. Saya kurang sihat sikit. Makan macam biasa ya pakcik. Melati nak apa?". Tanya Om sambil menarik kerusi untuk Melati.

"Saya nak roti kosong dua dengan milo kosong". Jawab Melati.

"Minum dulu ya sementara si Arif tu buat roti". Pelawa pakcik itu.

Melati dengan Om menghirup sedikit air. Pakcik itu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Melati.

"Siapa ni Om. Taknak kenalkan dengan pakcik ke?". Ujarnya sambil senyum-senyum memandang Melati.

"Lupa pula. Ni Melati pakcik. Bakal isteri saya". Jawab Om. Tersedak Melati mendengarnya. Dipijaknya kaki Om menunjukkan protes. Namun Om hanya berlagak biasa sahaja.

"Wah!!!. Pakcik ingat kamu nak membujang sampai tua. Elok sangat la kamu kahwin. Umur kamu tu bukannya muda remaja lagi. Dah 31 tahun ni kan. Si Arif yang sebaya kamu tu anak dah nak masuk tiga". Panjang lebar tutur pakcik itu.

"Nak cepatkan jugak ni pakcik. Tapi orang sebelah ni macam tak sudi pulak". Ujar Om dengan nada sedikit sedih.

"Mana boleh macam tu. Perkara macam ni elok dipercepatkan". Ujar pakcik itu lagi.

"Abahnya!!! Sini kejap!!!". Laung satu suara dari belakang. Empunya suara tidak kelihatan.

"Pakcik ke belakang kejap. Kamu duduk la ya". Kelibatnya terus hilang.

"Siapa nak kahwin dengan En. Om". Keras sedikit suara Melati.

"Melati la. Siapa lagi". Jawab Om. Tersenyum dia melihat Melati malu-malu.

"Tak ingin tau tak. Menyampah aje". Bebel Melati lagi.

"Ye ke tak ingin?. Atau dalam hati tu suka tak?". Teka Om.

"Tak.. Tak.. Tak.. Dan tak mungkin". Ucap Melati lagi. Roti canai di depannya dicarik-carik kasar. Geram. Malu. 'Ada ke cite pasal kahwin macam ni?'. Tanya Melati di dalam hati.

Om hanya melepaskan ketawa. Seronok dia mengusik Melati. Memang dia mahu melamar Melati. Tapi bukan sekarang. Dia mahu Melati betul-betul menerima segala baik buruknya.

"Bencinya..". Ucap Melati lagi. Dia betul-betul geram dengan Om. Perkara kahwim dibuat main.

"Benci tapi sayang kan?". Duga Om lagi. Matanya melirik ke arah Melati yang tunduk sedari tadi. Cantik. Manis. Sopan. Calon isteri solehah.

'Sayang... Ya sayang tu ada'. Jawab Melati di dalam hati. Memang perasaan sayang tu ada. Tapi taklah sampai ada perasaan sampai nak kahwin bagai.

"Diam tanda betul la kan. Melati memang sayang Abang kan?". Duga Om lagi.

"Abang???... Uwerrkk...". Melati buat-buat nak termuntah.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant