Bab 15

4.9K 162 0
                                    

"Tidak Melati. Abang tak setuju Melati terima lamaran ni". Om sudah berdiri dan dengan pantas berlalu keluar dari rumah menuju ke kereta.

Melati dengan Puan rahmah saling berpandangan. Keliru agaknya memikirkan tujuan Om membantah tiba-tiba.

"Melati...". Om sudah melutut di di hadapan Melati. Puan Rahmah di sebelah tidak dihiraukan lagi. Tangan Melati diraih lembut. Mata Melati direnung penuh kasih.

"Kahwin dengan abang ya?". Om melamar Melati. Bekas cincin dikeluarkan dari poket seluarnya. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Melati. Cukup sesuai dan padan dengan jari Melati. Berkerut dahi Melihat cincin di jari manis. Cincin yang sama Om minta dia cuba tempoh hari.

"Abang...". Melati tidak tahu bagaimana hendak berbicara. Lidahnya kelu dengan tiba-tiba.

"Please say yes sayang". Pinta Om. Melati memandang Puan Rahmah di sebelahnya. Wanita itu hanya menganggukkan kepala dan kemudiannya menghadiahkan senyuman.

"Ok. Abang anggap Melati setuju ya. Sebab biasanya diam ni tanda setuju". Hidung Melati dicuit.

"Hish... Tunggu halal ya". Ugut Melati sambil jari telunjuknya digoyangkan.

Muka Om merona kemerahan. Malu ditegur begitu oleh Melati di hadapan Puan Rahmah. Sengihan mempamirkan gigi yang tersusun rapi ditayangkan buat kekasih hati.

"Maafkan saya makcik sebab melamar anak makcik tidak beradab macam ni. Adat kita orang melayu hilang entah kemana". Om menukar topik perbualan.

"Panggil Mak sahaja ya. Tidak mengapalah Om. Janji Om ikhlas dengan Melati. Mak dah gembira sangat-sangat". Air mata dihujung mata disapu perlahan.

"Macam mana dengan Dato' Aziz ni Mak?. Kalau Melati tak terima Hazim mesti dia rampas rumah dah tanah ni kan?". Melati sebak. Pantas matanya Mengeluarkan tangisan teresak-esak.

"Melati tak payah fikir pasal dia la. Orang tua tu bukannya betul sangat". Puan Rahmah menenangkan Melati.

"Mak dengan Melati jangan risau ya. Abang saya Ammar akan selesaikan masalah rumah dan tanah ni. Mak ada apa-apa bukti yang menyatakan rumah dan tanah ini di wakafkan kepada Rumah Sinar Harapan". Om sudah memicit pelipisnya. Menahan sakit yang amat sangat.

"Mak ada diberi dokumen oleh arwah ayah Dato' Aziz". Jawab Puan Rahmah. Om sudah tidak mempedulikan bicara Puan Rahmah. Kepalanya betul-betul sakit sekarang.

"Abang... Abang ok tak ni?. Ubat abang mana?". Melati kelam kabut melihat keadaan Om.

"Abang dah lama tidak makan ubat tu. Tapi tak sangka hari ni boleh tiba-tiba sakit sangat". Lemah bicara Om.

"Abang jangan fikir sangat masalah Melati ni ya. Tenangkan fikiran abang. Mak Melati nak bawa abang berehat di bilik ya. Abang tak boleh berfikir banyak sangat". Badan Om terus di papah ke bilik yang berdekatan.

"Mak ke dapur buatkan air dan masak sesuatu untuk legakan sakit kepala tu ya". Segera wanita itu berlalu ke dapur. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Risau kerana Melati berdua sahaja dengan Om.

Melati duduk dan bersandar di kepala katil. Kepala Om dipicit perlahan-lahan.

"Sayang... Izinkan abang tidur diriba sayang ya". Pinta Om.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now