Bab 36

4.4K 120 0
                                    

"Hello, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan En. Omar Asyraff?". Tanya empunya suara di hujung talian.

"Ya selamat pagi. En. Omar Asyraff tengah mandi. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni dan dari mana?". Tanya Melati.

"Saya Elaine Tan dari Easy DNA. Keputusan sampel yang dia bagi sebelum ni dah keluar. Boleh terus ke sini untuk dapatkannya". Talian terus Melati matikan.

'Keputusan ujian aku dengan abang Ammar ke? Ya Allah bantulah aku. Kalau aku hakikat bukan darah dagingnya aku redha Ya Allah. Aku hanya ingin menjadi isteri Om sahaja. Yang lain-lain sudah tidak penting'. Bicara Melati di dalam hatinya.

"Siapa yang call sayang?". Tanya Om yang baru keluar dari bilik air. Badannya hanya berbalut tuala sahaja.

"Sayang... Abang tanya ni. Termenung pulak dia". Bahu Melati disentuh.

"A.. Apa.. O..ooo.. Orang Easy DNA yang call. Minta pergi ambil result ujian". Terus memberi tahu cerita sebenarnya. Tidak jadi hendak menyembunyikannya buat seketika.

"Oh... Kejap lagi abang pergi ambil. Sayang taknak mandi ke?". Tanya Om. Rambut lembab isterinya yang masih berbau haruman syampu dibelai-belai. Tak pasal-pasal kena mandi dua kali.

"Malas.... Nak sambung tidur". Jawab Melati geram.

"Ok, jom. Abang tak kisah mandi sekali lagi". Badan Melati di tarik supaya baring dengannya.

"Eeee... Tak habis-habis menggatal". Dada Om yang terdedah dipukul manja.

"Dengan sayang mestilah tak habis dan tak akan pernah habis sampai bila-bila". Dahi Melati dicium berkali-kali.

"Dah la. Pergi pakai baju. Melati dah siap iron". Dada Om ditolak supaya menjauh. Namum langsung tidak berganjak.

"Taknak... Nak round 3 dahulu". Muka Melati menjadi mangsa singgahan bibirnya.

"Abang!!!... Kan nak pergi ambil result dekat Easy DNA. Jangan la macam ni". Pujukan bercampur geram.

"Yang tu nantilah. Yang ni tak boleh nanti". Terus menyambung adegan yang tergendala.

"A..ba..". Suara Melati sudah tenggelam dan hanyut di dalam nikmat belaian seorang suami.

..............

"Setiap hari bangun lewat macam ni. Nampaknya Mak Ara boleh dapat cucu tahun ni". Tegur Mak Ara apabila melihat Melati dengan Om baru turun menuju ke meja makan.

"Insyaallah Mak Ara. Nanti Om dengan Melati bagi Mak Ara cucu ramai-ramai ya". Jawab Om.

"Pandai-pandai aje dia ni kan". Cubitan singgah di sisi pinggang Om". Geram sangat dengan Om yang asyik mengusiknya.

"Aduh sayang ni. Suka betul dia cubit abang". Om mengaduh kesakitan.

"Padan muka. Siapa suruh cakap macam tu dengan Mak Ara". Melati menjeling geram.

"Habis tu sayang tak sudi mengandungkan anak abang ke?". Om bertanya dengan muka muram.

"Eh!!!.. Bukan macam tu maksud Melati". Serba salah Melati kerana Om sudah salah faham dengannya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now