CORETAN PENULIS

8K 166 44
                                    

Assalamualaikum pembaca CSM semua.

Om @ Omar Asyraff - inspirasi dari nama watak Om cucu makjah dalam drama keluarga iskandar.

Melati @ Anggun Zinnia - Melati tu cuma datang semasa tengah menulis. Anggun Zinnia pula memang saya cari khas untuknya.

Ammar Zarif - Cuma hendak wujudkan askara AZ di pangkal nama.

Lain-lain watak sampingan yang ada saya main letak sahaja. Hihihi

Sepanjang penulisan cerita ni saya ada satu group penyokong tegar. Mereka merangkap editor tak bergaji saya. Komen dan tolong betulkan typo yang ada. Kalau terdapat lagi typo tu maknanya saya sendiri yang lalai.

Saya mula menulis sudah lama. Sejak dari zaman sekolah. Cuma saya banyak tulis puisi dan semuanya hanya menjadi koleksi peribadi saya.

Wattpad ni saya temui semasa search dekat google novel-novel untuk saya baca. Memandangkan saya serik kena bebel kalau beli novel bentuk buku. Orang yang tidak minat dalan dunia penulisan akan memandang pelik kalau kita asyik dengan novel. Kalau buku-buku ilmiah insyallah akan di pandang tinggi. Begitulah manusia yang tidak memahami.

Akhir sekali maafkan saya kalau bahasa yang digunakan tidak memuaskan pembaca semua. Saya, SPM ambil BM, itupun B sahaja. Bukan aliran sastera yang boleh mengarang ayat berbunga tidak menghalang minat saya. Tolong sokong saya ya.

Terima kasih.

Hasil Karya @missmelur
1)SUAMI SEGERA
2)CINTA SI MELANKOLIA
3)DIA BINTANGKU

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now