Bab 4

5.8K 213 2
                                    

"Mak Ara... Melati nak tanya sikit boleh?". Pinta Melati memecahkan keheningan petang.

"Tanya apa pulak ni Melati?". Soal Mak Ara pula.

"Emmm... Apa hubungan En. Ammar dengan En. Om ya?. Nak kata adik beradik muka langsung tak sama". Tanya Melati dengan muka berkerut seribu.

"Ingat tanya apa la tadi. Mereka adik beradik. Tetapi bukan adik beradik kandung. En. Ammar anak sulung arwah Tuan Ziyad. En. Om pula anak tunggal arwah Pn. Nurin. Mereka berkahwin setelah Ibu En. Ammar dan Ayah En. Om meninggal. Pn. Nurin pula adik kepada Ibu En. Ammar. Jadi mereka berdua tu sepupu dan adik beradik tiri la". Jelas Mak Ara dengan panjang lebar.

"Oooo... Anggun Zinnia tu siapa pulak Mak Ara?" Tanya Melati lagi.

"Zinnia tu adik En. Ammar. Tetapi lebih rapat dengan En. Om. Sebab Zinnia la perkahwinan ini terjadi. Ibu Zinnia meninggal semasa melahirkannya. Pn. Nurin dengan rela hati menawarkan diri untuk menjaga Zinnia dan seluruh keluarga ini". Seronok Mak Ara menceritakan kisah keluarga majikannya itu.

"Habis tu mana Tuan Ziyad dan Puan Nurin. Zinnia juga". Melati makin berminat ingin mengetahui lebih dalam kisah keluarga ini.

"Mereka dah tak ada Melati. Kemalangan bot 15 tahun lalu. Hanya En. Om sahaja yang ditemui selamat. Zinnia sehingga kini masih hilang. Kesian En. Om Melati. Masih trauma sehingga kini. Berkurung di dalam bilik dengan gambar-gambar dia bersama Zinnia". Mak Ara bercerita dengan sebak menahan tangis.

"Sedihnya kisah mereka ni Mak Ara. Tapi mereka masih berdua. Melati pula cuma seorang diri. Tak ingat sesiapa pun. Wajah ibu dan ayah pun Melati tak ingat Mak Ara". Melati berkata dalam sendu. Air mata jatuh perlahan menuruni pipinya yang licin tanpa jerawat itu.

"Sabarlah Melati. Nasib setiap manusia ni tak sama". Pujuk Mak Ara sambil mengusap belakang Melati.

"Patutlah tak berasap dapur. Tengah drama ya". Tegur satu suara.

"Oh.. En. Ammar dah balik. Maaf ya. Kami berbual sikit. Nak makan sekarang ke? Lauk dah siap". Gelabah Mak ara menjelaskan situasi sebenar.

"Boleh jugak. Lagipun dah hampir pukul 7. Perut dah buat konsert ni Mak Ara". Pinta Ammar.

"Melati sendukkan asam pedas tu". Arah Mak Ara.

"Asam pedas???..". Berkerut dahi Ammar apabila mendengar asam pedas lauk kegemaran Om.

"Om yang minta Melati masak asam pedas tu ammar". Terang Mak Ara.

"Ye ke ni?". Soal Ammar separuh terkejut. Mak hanya mengangguk perlahan. Ammar sedikit bingung kerana Om tiba-tiba minta lauk kegemarannya.

"Melati jangan lupa ya. Pukul 8 nanti bawakan makanan Om ya". Pesan Mak Ara.

"Baiklah Mak Ara. Melati nak ke belakang ya. Nak mandi kejap". Pinta Melati.

"Om ok ke dengan Melati?. Ada dia halau seperti selalu?". Tanya Ammar.

"Tak Ammar. Mak Ara nampak Om senyum tadi. Puding yang Melati buat licin dia makan. Ni minta masakkan asam pedas pula". Jujur Mak Ara bercerita.

Tidak pula diceritakan apa yang dia nampak. Om dan Melati tidur bersama sambil berpegangan tangan tadi. Dia dapat rasakan Melati dapat menyembuhkan Om. Pertama kali bersua Melati sudah berjaya membuatkan Om senyum.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now