Bab 35

4.8K 126 0
                                    

Usai solat subuh berjemaah Om dan Melati merebahkan badan ke katil untuk tidur. Melati terus memaksa diri untuk lelapkan matanya kerana tidak mahu berbicara lagi dengan Om. Mereka terlena sehingga matahari tegak berdiri.

Om tersedar dari tidur. Lengan kanannya terasa lenguh dan berat. Melati sedang enak tidur berbantalkan lengan suaminya. Berhati-hati Om menarik tangan dan meletakkan kepala Melati ke bantal. Ciuman sekilas singgah di dahi isterinya sebelum berlalu ke bilik air untuk mandi.

Melati membuka matanya apabila kelibat Om hilang. Dia bertindak mendiamkan diri sahaja sedari tadi walaupun dia yang terlebih dahulu tersedar dari tidur. Malah sempat meneliti wajah kacak suaminya. Terasa sungguh kerdil apabila bersama Om.

Beberapa ketika Melati merenung keluar tingkap sehingga tidak menyedari Om susah duduk di birai katil di sisinya.

"Mandi sayang". Belakang badan Melati diusap lembut. "Kita keluar pergi jumpa seseorang". Usapan dari belakang badan turun ke bahagian pinggul.

"Jumpa siapa?". Tanya Melati pelik.

"Sayang mandi dan siap-siap dahulu. Nanti kita jumpa orangnya". Om sudah bangun menuju ke wardrobe.

Melati mencebikkan bibirnya. Geram dengan Om. Kemudiannya melangkah malas menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

..................

"Amboi-amboi kamu berdua ni. Dekat zohor baru muncul ya. Honeymoon ke?". Tegur Mak Ara. Melati hanya tersipu-sipu malu walaupun hakikatnya bukan seperti yang Mak Ara sangkakan.

"Mak Ara ni. Kami kan masih lagi dalam mood pengantin baru. Sekali sekala apa salahnya bangun lambat". Jawab Om sambil menarik kerusi di meja makan.

"Mengada betul kamu ni Om. Kamu berdua nak minum atau nak makan apa-apa?. Tapi nasi goreng pagi tadi la". Tanya Mak Ara. Melati sudah ke dapur mencari susu segar di dalam peti ais. Perutnya sudah terasa mencucuk-cucuk.

"Tak apalah Mak Ara. Kami nak keluar ni. Makan kat luar aje nanti. Sayang!!! Jom gerak sekarang". Jerit Om. Mendengar panggilan Om, Melati cepat-cepat menghabiskan baki susu di dalam gelas dan menuangkan lagi untuk suaminya.

"Nah". Hulur Melati.

"Terima kasih sayang". Om senyum segaris. Mak Ara yang duduk berhadapan dengan Om juga tersenyum.

"Nak Melati juga yang bagi. Mak Ara pelawa langsung taknak". Usik Mak Ara.

"Mestilah nak isteri Om bagi". Pinggang Melati diraih dengan tangan kirinya sambil meneguk susu sekaligus. Melati hanya menjeling sekilas ke arah Om.

"Jom sayang". Tangan Melati pula dipimpimnya.

"Kami pergi dulu ya Mak Ara". Ucap Melati.

"Yalah. Hati-hati memandu tu Om". Pesan Mak ara.

Om hanya mengangguk perlahan. Pinggang Melati dirangkul erat. Mereka berjalan beriringan ke kereta.

"Kita nak ke mana sebenarnya". Tanya Melati. Tangannya yang berada di dalam genggaman Om ditenung lama.

"Jumpa seseorang, tetapi sebelum itu kita makan dulu ya. Perut abang lapar sangat dah ni". Belakang tangan Melati di bawa ke mulut dan memciumnya seketika.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now