Bab 32

4.6K 132 0
                                    

Om dengan Melati tiba di KLIA lewat petang keesokkan harinya. Tidak jadi hendak balik awal pagi kerana Melati keletihan dan tertidur sehingga masuk waktu zohor. Mak Ara sudah diberitahu awal lagi bahawa Melati selamat. Ammar pula macam buat tak endah dengan insiden penculikkan Melati.

Sepanjang perjalanan dari Kelantan sehingga tiba di Villa Nurin Al-Ziyad Melati banyak mendiamkan diri. Tidak berani hendak bertentang mata dengan suaminya. Om yang melihat Melati membisu hanya membiarkan sahaja isterinya itu.

'Kenapa abang dingin sangat sejak balik ke rumah ni. Dia dah benci ke dengan aku'. Keluhan berat dilepaskan serentak dengan mengubah posisi baring dari mengandap Om beralih membelakanginya. Setitik air mata jatuh membasahi bantal tidurnya. Beberapa ketika menjadi makin kuat esakkannya.

Om yang sebenarnya tidak tidur lagi hanya mendiamkan diri. Membiarkan isterinya melepaskan tangisan buat seketika.

"Sayang...". Om memeluk Melati dari belakang. Bahu isterinya yang sedikit terdedah dicium lembut. Kemudiannya naik ke batang leher dan telinga.

Melati tersentak dengan ciuman Om. Segera dia bingkas dan menjarakkan diri dari suaminya. Berkerut kening Om memandang Melati yang telah duduk di birai katil membelakanginya.

Belum sempat Om bersuara Melati terlebih dahulu mencelah. "Melati turun tidur bilik lama Melati. Maafkan Melati". Bersuara tanpa memandang langsung suaminya. Langkah dibuka laju menuju ke pintu.

Om meraup kasar mukanya. Menghantar Melati pergi dengan boleh matanya sahaja. Mulutnya terkunci rapat daripada bersuara untuk menghalang Melati pergi. Akhirnya keluhan kasar sahaja yang keluar dari mulutnya. Om betul-betul tiada rasa untuk memujuk isterinya. Dia kembali baring, merenung syiling tembus ke ruang angkasa yang gelap kelam tanpa bintang.

Beberapa ketika Melati menoleh ke belakang. Tiada tanda-tanda Om mengejarnya. Air mata makin laju merembas keluar. Langkah dipercepatkan menuju ke bilik lamanya.

Keesokkan harinya Om keluar awal pagi tanpa bersarapan dirumah. Dia perlu menyelesaikan beberapa perkara yang terbengkalai sejak insiden kehilangan Melati. Nasib baik klien memahami dan memberi tempoh seminggu lagi untuk Om selesaikannya.

Sebelum Om meninggalkan rumah beliau sempat menjenguk Melati yang sedang tidur mengiring di bilik pembantu rumah, merangkap bilik Melati semasa dia masih seorang pembantu rumah. Wajah Melati ditatap sayu. 'Apa aku nak buat kalau Melati adalah Zinnia'. Bicara Om di dalam hati. Pipi Melati diusap lembut dengan ibu jarinya. Cintanya hanya untuk Melati seorang sahaja, membuatkan perasaan takut akan penerimaan isterinya nanti kian menebal. Sejujurnya dia ingin membiarkan sahaja Melati sebagai Melati sampai bila-bila. Anggun Zinnia pula dibiarkan sekadar nama sahaja. Namun jauh di sudut hatinya ingin mengangkat Melati kepada kedudukan selayaknya, bukan sekadar isterinya sahaja. Melati mempunyai hak selayaknya seperti Ammar dan dia sendiri. Segala aset peninggalan keluarga juga hak Melati kalau sah dia adalah Anggun Zinnia.

"Aduh!!! Kenapa aku boleh tertinggal benda tu. Lagi sejam nak meeting dengan klien". Om mengurut pelipisnya untuk menghilangkan sedikit tekanan yang dirasainya ketika itu.

Hendak minta Melati hantarkan, isterinya itu tidak dapat dihubungi kerana telefon miliknya masih belum diserahkan kembali. Telefon rumah langsung tak berangkat. Hendak pulang mengambilnya tidak sempat kerana ulang alik mesti lebih 1 jam. Itupun kalau tidak jem.

Om cuba menghubungi telefon rumah kali terakhir sebelum dia sendiri pulang untuk mengambilnya.

"Teet... Teet... Teet.."

"Hello. Assalamualaikum". Salam dari Mak Ara dihujung talian.

"Waalaikumussalam Mak Ara. Melati mana?. Panggilkan dia saya nak bercakap sikit". Arah Om.

"Melati tengah mandi Om. Om nak cakap apa? Kalau pesan dekat Mak Ara aje tak boleh ke?". Tanya Mak Ara.

"Macam ni. Mak Ara ke bilik saya. Ambil pendrive dekat meja kerja saya. Lepas tu minta Melati hantarkan segera ke ofis saya". Terang Om.

"Apa benda tu. Mak Ara tak tahu la Om". Balas Mak Ara sambil menggaru kepala yang tak berapa nak gatal.

"Macam mana ni. Melati lambat lagi ke?". Om semakin panik.

"Om tunggu kejap. Mak Ara panggilkan Melati". Terkedek-kedek Mak Ara ke bilik Melati.

'Kenapa tiba-tiba telefon nak bercakap. Malam tadi bukan main berlagak. Tegur kita pun tak'. Bebel Melati di dalam hati. Langkah dilajukan menuju ke ruang tamu.

"Assalamualaikum abang. Ada apa nak bercakap dengan Melati". Salam diberi dengan nada yang dingin.

"Sayang... Tolong abang". Melerek suara Om. Hendak minta tolong pandai pulak buat nada menggoda.

"Hmmm... Tolong apa?". Melati masih lagi dingin. Dia betul-betul terkilan kerana Om seperti tidak ikhlas memaafkannya.

"Tolong ambilkan pendrive dekat meja kerja abang. Kalau tak ada kat atas meja, sayang tengok dalam laci. Lepas tu sayang tolong hantarkan segera ke ofis abang. Abang perlukannya untuk meeting lebih kurang 1 jam lagi. Tolong abang ya sayang". Om betul-betul mengharapkan Melati.

"Ok". Sepatah. Talian terus diputuskan.

"Sayang!!!". Om mengeluh berat. Melati sudah berjauh hati dengannya.

"Mana ni. Atas meja tak ada. Laci pun tak ada". Bebel Melati sendirian.

MELATI @ ANGGUN ZINNIA

PERSAMAAN
1)hilang di laut
2)tanda lahir di belakang telinga
3)memiliki rantai dan loket yang ditempah khas

MASALAH
1)dia adik Ammar anak kepada Papa Ziyad dengan mama Nuriah.
2)mama Nuriah kakak kepada mamaku
3)papa Ziyad kahwin dengan mamaku demi si kecil Anggun Zinnia
4)dia sepupu dan adik tiriku juga.
5)kini dia isteriku

Hampir rebah Melati membaca catatan suaminya. 'Kenapa aku sama dengan Anggun Zinnia. Apa maksud semua ini'. Melati buntu dengan apa yang dibacanya. Kertas digenggam erat dengan tangan yang terketar-ketar.

"Melati!!!...". Pintu dibuka Mak Ara. Berkerut dahi orang tua itu apabila Melati yang kelihatan sangat sedih dan muram.

"Melati... Kamu tak apa-apa ke ni?". Tanya Mak Ara. Risau dengan kelakuan Melati.

"Ada apa Mak Ara?". Melati baru kembali dari dunia lamunannya apabila ditegur oleh Mak Ara.

"Kamu ni. Patutnya Mak Ara yang tanya macam tu?". Tangan Melati di genggam erat.

"Om ada telefon lagi selepas kamu naik ke bilik. Katanya dah jumpa barang yang dia nak kamu hantarkan tadi. Dia minta maaf kerana menyusahkan kamu". Terang Mak Ara.

"Baiklah kalau macam tu". Jawab Melati segera. Kertas catatan Om digumpal, lalu disorokkan di dalam genggamannya.

'Aku perlukan perjelasan segera. Dia macam tahu sesuatu mengenai memori silam aku. Memori yang aku sendiri tidak tahu'. Melati berbicara sendiri. Wajah kesedihan dan kekeliruan disorokkan sebaik-baiknya dari pandangan Mak Ara. Bimbang kerisauan melanda si tua itu. Melati hanya mampu memendamkan sendiri dahulu sebelum dia dapat pastikan situasi yang sebenarnya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now