Bab 28

4.4K 137 0
                                    

Selepas Om berlalu pergi dengan sebuah teksi, Melati segera mengemas semua baju-bajunya yang tidak seberapa. Segala pemberian Om ditinggalkan. Cincin yang tersarung dijari kirinya dibuka dan diletakkan di meja sebelah katil. Begitu juga dengan telefon pemberian Om. Kemudian mengambil sekeping kertas untuk menulis sesuatu.

Assalamualaikum Abang

Maafkan Melati kerana hadir dalam hidup abang. Maafkan Melati kerana membuatkan hidup abang terganggu.
Halalkan semua pemberian abang selama kita bersama. Abang jaga diri ya.

Salam sayang
Melati.

Nota ringkas diletakkan di atas meja. Cincin dan telefon pintar hadiah dari Om diletakkan di atasnya.

Melati mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke pintu utama. Dia ingin segera pergi dari rumah itu. Seminggu umpama bertahun lamanya.

Berbekalkan baki duit belanja yang Om pernah bagi sebelum ini, Melati mengambil teksi untuk terus ke Rumah Sinar Harapan. Biar terpaksa membayar lebih, dia sanggup asalkan segera dapat tinggalkan Villa Nurin Al-Ziyad.

..........................

Hampir subuh Om tiba di rumah. Matanya terasa amat berat. Mungkin disebabkan sudah berhari-hari dia tidak mendapat rehat yang cukup. Om terus ke bilik bacaan untuk merehatkan badan sekejap. Tidak sampai hati hendak ke bilik tidurnya, bimbang tidur isterinya terganggu. Beberapa ketika Om terus terlena.

....................

"Boleh berhenti solat subuh mana-mana tak pakcik. Saya rasa dah masuk waktu ni". Pinta Melati apabila jam di tangannya menunjukkan pukul 6 pagi.

"Boleh nak. Nanti stesen minyak shell di hadapan kita berhenti. Yang ni tak ada ruang solat berasingan". Jawab pemandu teksi itu.

"Baiklah pakcik. Saya minta maaf sangat-sangat sebab minta pakcik hantarkan saya pagi-pagi macam ni". Melati merasa bersalah mengganggu lena pakcik Roslan.

"La... Kenapa Melati cakap macam tu. Pakcik bukan hantar sahaja tetapi berbayar kan. Lagipun dah memang tugas pakcik sebagai pemandu teksi. Kalau pakcik tolak, Melati mesti cari orang lain yang tidak dikenali. Buatnya dia apa-apakan Melati macam mana".
Bicara Pakcik Roslan terhenti apabila melihat Melati kembali terlelap.

'Apalah masalah dia ni, sampai nekad lari dari rumah. Kesian pula aku tengoknya'. Monolog pakcik Roslan. Kemudianya terus meningkatkan sedikit kelajuan teksinya supaya tidak lewat sangat mereka solat subuh nanti.

"Melati bangun. Kita solat subuh ya". Pakcik Roslan menyentuh sedikit lengan Melati untuk mengejutkannya.

"Dah sampai rumah ke pakcik?". Tanya Melati. Masih lagi dalam kantuknya.

"Belum lagi nak. Kita dekat stesen minyak ni. Singgah solat kejap. Dah tak jauh ni. Nak teruskan takut tak sempat subuh". Terang Pakcik Roslan.

Melati Mengambil beg sandangnya dan mengikuti langkah pakcik Roslan ke surau yang terletak di bahagian belakang.

"Nanti jumpa kat kereta la ya". Melati hanya membalas dengan anggukan sahaja.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now