Bab 20

5.2K 171 0
                                    

"Emmm... Wanginya". Pelukan erat melingkari pinggang.

"Abang ni... Terkejut Melati tau". Lantas mengurut dadanya. Om ketawa mengekek.

"Lepaslah. Malu Mak Ara tengok. Melati nak bawa lauk ni ke depan". Tangan Om yang memeluk erat pinggangnya ditepuk perlahan.

"Oklah. Jom abang tolong". Mangkuk lauk dicapai dan terus berlalu ke meja makan. Ammar sudah duduk di kerusi mencuit lauk ayam masak kicap. Merasa sedikit.

"Esok aku pindah balik rumah aku?". Ammar memulakan bicara apabila semua sudah berada di meja.

"Kenapa pulak. Duduk sini terus la bro. Ni rumah kau jugak kan. Rumah ni kan besar. Bilik pun banyak". Menjawab dengan mulut penuh.

"Yalah Ammar. Duduk ajelah dekat sini. Ramai-ramai meriah sikit". Tambah Mak Ara pula.

Ammar diam dan tidak memberi apa-apa respon . Dia juga perlu ada kehidupan sendiri. Sudah cukup lama dia menetap di Villa Nurin Al-Ziyad. Tempatnya bukan di sini. Dia tidak mahu menjadi penumpang di dalam rumah milik adik tirinya. Dia ada rumah sendiri. Rumah peninggalan arwah ibunya.

"Kau serius ke bro?". Tanya Om. Tidak puas hati. Pertanyaan hanya dibalas dengan hanya dengan anggukan sahaja.

"Okeylah. Aku masuk bilik dulu. Nak rehat. Kau tu bila nak masuk ofis. Lama sangat dah bilik ofis kau kosong. Dah bersawang agaknya". Bicara Ammar hanya dibalas dengan sengihan Om.

"En. Ammar nak pindah kemana?". Tanya Melati setelah kelibat Ammar hilang dari pandangannya.

"Apa sayang ni. Panggil dia Abang Ammar ok. Dia kan dah jadi abang Melati kan". Tegur Om. Kini Melati pula membalas dengan sengihan.

"Ammar nak balik rumah dia la. Dia duduk sini sejak abang tak sihat. Sudah masuk lima tahun rasanya. Emmm... Dah lima tahun jugak abang tak pergi pejabat". Terang Om. Melati hanya mengangguk tanda faham.

"Korang berdua ni taknak honeymoon ke?. Boleh bagi Mak Ara cucu cepat sikit". Mak Ara menjeling Melati ke arah Melati yang sudah malu-malu.

Mak Ara sudah berlalu ke ruang dapur dengan sisa ketawa kecil.

"Sayang.. Jom honeymoon. Ada plan nak pergi mana-mana tak". Laju Menggeleng kepalanya. Om sengaja membangkitkan isu honeymoon untuk melihat reaksi Melati yang masih malu-malu dengannya.

"Kita tak jadi keluar ke malam ni?". Tanya Melati. Mengubah topik. Malu menerjah ruang mukanya ketika itu.

"Tak jadi nampaknya. Sayang la tak kejutkan abang awal-awal". Kepala Melati digosok kuat. Habis senget tudung bawal isterinya.

"Abang!!!". Jerit Melati geram. Om pantas melarikan diri ke ruang tamu. Melati menarik muncung geram. Dari jauh hanya menghadiahkan kenyitan mata kanannya. Sungguh kacak. Jantung Melati berdegup kencang.

"Dah siap makan ya. Melati ke depan teman Om. Meja ni biar Mak Ara kemas". Tangannya lincah mengemas pinggan dan mangkuk.

"Tak apalah. Biar Melati tolong". Tegas Melati.

"Melati... Dengar cakap Mak Ara. Melati dah jadi isteri Om. Semua ni tugas Mak Ara" pinggan di tangan Melati di ambilnya. "Dah pergi duduk dengan suami kamu".

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now