Bab 37

4.4K 135 1
                                    

"Abang... Melati takut la. Macam mana kalau abang Ammar taknak terima Melati". Melati gelisah memikirkan penerimaan Ammar nanti. Tambahan pula Ammar memang selalu dingin sahaja dengan dia.

"Tak payah fikir dia terima atau tidak janji kita beritahu sahaja berita gembira ni". Belakang badan isterinya diusap perlahan. Melati hanya mengangguk sahaja. Namun jantungnya betul-betul berdegup kencang. Serba tidak kena semenjak Om memberitahu keputusan ujian siang tadi.

Jam sudah berganjak ke angka 10 malam. Namun Ammar masih tidak kunjung tiba. Lepas magrib tadi bagitahu sudah dalam perjalanan tetapi hampir dua jam berlalu.

"Sayang... Baring sini". Om menepuk paha kanannya supaya Melati baring berbantalkan pahannya. Tanpa banyak soal Melati terus meletakkan kepalanya ke riba Om, memandang wajah suaminya dari sudut bawah.

"Abang... Kalau abang Ammar enggan terima Melati macam mana?". Tanya Melati lagi.

"Abang kan ada untuk jaga sayang sampai bila-bila". Sambil menguis rambut Melati yang berjuntai di dahi.

"Tapi...". Melati masih tidak merasa tenang dengan jawapan suaminya. Melati bingkas dan duduk di sisi Om. Tidak selesa berbaring.

"Abang... Mana abang Ammar ni. Kenapa dia lambat sangat?". Keluh kesah Melati, tidak senang duduk kerana agak lama mereka menunggu untuk memberitahu Ammar mengenai keputusan ujian DNA.

"Cupp!!!". Ciuman hinggap di bibir Melati sekilas.

"Abang!!!. Kita serius dia main-main pulak". Marah Melati. Mulut dimuncungkan tanda tidak puas hati kerana mendapat ciuman curi dari suaminya. Om hanya ketawa bahagia.

"Membebel tak henti-henti mulut ni. Geram betul abang nak gigit-gigit tau. Sabarlah sayang. Mungkin jalan jem". Pujuk Om.

Bunyi enjin kereta memasuki kawasan rumah. "Ammar dah balik. Sayang pergi buat air ya. Dah lewat ni, rasanya Ammar dah makan kat luar". Melati hanya mengangguk perlahan sebelum terus bergerak menuju ke dapur.

"Lambatnya bro. Lama kami tunggu". Tanya Om apabila Ammar melangkah masuk ke dalam rumah.

"Sorry la. Aku ke rumah Dee jumpa parents dia kejap. Aku terlupa nak bagitahu kau tadi". Jawab Ammar tanpa rasa bersalah.

"Aku...". Serentak.

"Kaulah dulu". Om ketawa kecil.

"Macam mana nak cakap ya. Em... Kau jangan terkejut dengan apa yang aku nak cakap ni". Tiba-tiba Ammar terasa gugup untuk memberitahu Om.

"Cakap ajelah bro. Macam-macam la kau ni". Gesa Om.

"Aku sebenarnya nak nikah dengan Dee next week". Beritahu Ammar.

"Apa???. Ok bro. Aku terkejut sangat ni. Kenapa tiba-tiba dan kenapa Dee?". Sumpah Om betul-betul terkejut kerana Ammar tiba-tiba membawa berita diluar jangkaannya, dengan Dayana pulak tu. Om terbayang godaan-godaan Dayana terhadapnya sebelum ini. Timbul tanda tanya tujuan perempuan itu memilih Ammar secara tiba-tiba.

"Kenapa? Tak boleh ke aku nikahi dia?". Tanya Ammar pelik.

"Eh!. Aku tak kata tak boleh pun. Cuma pelik sebab tiba-tiba sahaja nak nikah. Minggu depan pulak tu. Balas Om cepat-cepat. Bimbang Ammar menyedari riak tidak puas hatinya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz